Angka Suzhou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Angka Suzhou

Huama numerals.svg

Cina Tradisional: 蘇州碼子
Cina Ringkas: 苏州码子
Nama Cina alternatif
Tulisan Tradisional: 花碼
Tulisan Ringkas: 花码
Maksud harfiah: nombor perhiasan atau berbunga
Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Angka Suzhou atau huama ialah sistem angka yang digunakan di China sebelum pengenalan angka Arab.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sistem angka Suzhou adalah satu-satunya variasi sistem batang pembilang yang masih wujud. Sistem angka batang ialah sistem angka tatatanda kedudukan yang digunakan oleh orang China dalam matematik. Angka Suzhou adalah variasi angka batang yang berasal dari zaman Dinasti Song Selatan.

Angka Suzhou khusus digunakan sebagai trengkas dalam bidang perdagangan yang banyak menggunakan nombor seperti perakaunan dan simpan kira-kira. Pada masa yang sama, sistem angka Cina piawai digunakan dalam penulisan formal, serupa dengan penyebutan nama nombor dalam bahasa Inggeris. Angka Suzhou pernah terkenal digunakan di kawasan perniagaan orang Cina, seperti di Hong Kong sebelum 1990an, tetapi secara beransur-ansur ia digantikan dengan angka Arab. Keadaan ini mirip dengan apa yang berlaku ke atas angka Rumi yang pernah terkenal digunakan untuk matematik dan perdagangan pada zaman purba dan pertengahan Eropah. Kini sistem angka Suzhou hanya digunakan untuk mempamerkan harga di pasar-pasar orang Cina atau pada invois-invois tulisan tangan tradisional.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem angka Suzhou, simbol khas digunakan untuk digit, bukan karakter Cina. Digit angka Suzhou ditentukan antara U+3021 dan U+3029 dalam Unicode

Unicode untuk angka Suzhou
Nombor "Hangzhou" Ideograf CJK (Cina, Jepun, Korea)
Karakter Unicode Karakter Unicode
0   U+3007
1 U+3021 U+4E00
2 U+3022 U+4E8C
3 U+3023 U+4E09
4 U+3024  
5 U+3025
6 U+3026
7 U+3027
8 U+3028
9 U+3029

Nombor satu, dua dan tiga kesemuanya diwakili oleh baris menegak. Ini boleh menyebabkan kekeliruan apabila ia muncul bersebelahan antara satu sama lain. Ideograf Cina piawai sering digunakan dalam situasi ini bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, "21" akan ditulis "〢一", dan bukan "〢〡" yang mungkin boleh terkeliru dengan "3" (). Karakter pertama dalam bentuk seperti ini biasanya diwakili oleh angka Suzhou, sementara karakter kedua diwakili oleh ideograf Cina.

Tatatanda[sunting | sunting sumber]

Digit-digit angka Suzhou adalah dalam tatatanda kedudukan. Tatatanda angka yang penuh ditulis dengan dua bari untuk menyatakan nilai angka, peringkat magnitud dan unit ukuran.

Apabila ditulis secara menegak (kiri ke kanan, atas ke bawah):

Apabila ditulis secara melintang (atas ke bawah, kanan ke kiri):

|} Baris pertama mengandungi nilai angka, dalam contoh ini, "〤〇〢二" merujuk kepada "4022". Baris kedua terdiri daripada karakter Cina yang mewakili peringkat magnitud dan unit ukuran untuk digit pertama dalam perwakilan angka. Dalam kes ini "拾元" yang merujuk kepada "sepuluh yuan". Apabila digabungkan, ia dibaca "40.22 yuan".

Karakter lain yang menyatakan peringkat magnitud termasuklah:

  • qiān () untuk ribu
  • bǎi () untuk ratus
  • shí () untuk puluh
  • ruang kosong untuk sa

Karakter lain yang menyatakan unit ukuran termasuklah:

Dapat dilihat yang titik perpuluhan sistem angka ini adalah tersirat apabila digit pertama diletakkan pada kedudukan sepuluh. Sifar diwakili oleh karakter sifar (〇) dan sifar pendahulu dan sifar pengekor tidak diperlukan dalam sistem ini.

Sistem ini mirip dengan tatatanda saintifik moden untuk nombor titik apung di mana digit-digit penting yang diwakili dalam mantisa dan peringkat magnitud, dinyatakan dalam eksponen. Unit ukuran dengan penunjuk digit pertama juga biasanya diselarikan pada baris tengah "nombor".

Penamaan yang salah Hangzhou[sunting | sunting sumber]

Dalam versi piawai 3.0 Unicode, karakter-karakter ini secara salah dinamakan sistem angka gaya Hangzhou. Dalam piawai 4.0 Unicode, ralat berikut telah ditambah[1]:

Angka Suzhou (Cina su1zhou1ma3zi) ialah bentuk angka khusus yang digunakan para pedagang untuk mempamerkan harga barang. Penggunaaan "HANGZHOU" untuk namanya adalah satu penamaan yang salah.


Semua rujukan pada "Hangzhou" dalam piawai Unicode telah dibetulkan kepada "Suzhou" kecuali nama-nama karakter, yang tidak boleh ditukar apabila telah ditetapkan, berdasarkan polisi kestabilan Unicode.[2] (Polisi ini membenarkan perisian untuk menggunakan nama-nama sebagai pengenal pasti yang unik.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Freytag, Asmus; Rick McGowan and Ken Whistler (2006-05-08). "UTN #27: Known anomalies in Unicode Character Names". Technical Notes. Unicode Consortium. http://unicode.org/notes/tn27/. Capaian 2008-06-13. 
  2. "Name Stability". Unicode Character Encoding Stability Policy. Unicode Consortium. 2008-02-28. http://www.unicode.org/policies/stability_policy.html#Name. Capaian 2008-06-13.