Angka Khmer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nombor 605 yang ditemui pada inskripsi Sambor bertarikh 683 Masihi, bukti terawal penggunaan angka sifar sebagai tempat perpuluhan.[1]

Angka Khmer ialah simbol-simbol yang digunakan untuk menulis nombor-nombor bagi beberapa bahasa di Kemboja, terutamanya bahasa Khmer, bahasa rasmi Kemboja. Catatan terawal yang mengandungi angka Khmer terdapat pada inskripsi bertarikh bertarikh 604 Masihi yang ditemui di kuil Bayang, terletak tidak jauh dari Angkor Borei[2][3].

Angka[sunting | sunting sumber]

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60
Angka Khmer dalam empat variasi topografi yang berlainan.

Seperti sistem angka Hindu-Arab, angka Khmer moden juga menggunakan sistem tatatanda kedudukan perpuluhan. Orang Khmer telah menggunakan angka sifar dalam tempat perpuluhan sejak abad ke-7, dua ratus tahun sebelum penggunaannya di India.[2][4]Bagaimanapun, orang Khmer purba pada zaman Angkor juga menggunakan simbol-simbol berbeza untuk nombor 10,20 dan 100. Setiap gandaan 20 atau 100 memerlukan satu lejang tambahan di atas aksara, contohnya nombor 47 dibentuk dengan menggunakan simbol 20 bersama lejang aksara tambahan, diikuti dengan simbol untuk 7.[5] Percanggahan dengan sistem perpuluhan ini menunjukkan sistem angka Khmer pada zaman Angkor menggunakan sistem perduapuluhan.

Oleh kerana angka Thai dan angka Lao diadaptasi dari angka Khmer tua[6], persamaan dengan angka Khmer tua masih boleh dilihat pada kedua-dua sistem seperti di dalam jadual di bawah:

Value Khmer Thai Lao
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Nombor Khmer moden[sunting | sunting sumber]

Nama untuk nombor Khmer moden adalah berasaskan sistem dewiperlimaan, dengan penggunaan kedua-dua asas 5 dan asas 10. Contohnya, nombor 6 (ប្រាំមួយ) ditulis dengan 5 (ប្រាំ) ditambah dengan 1 (មួយ).

Nombor dari 0 hinngga 5[sunting | sunting sumber]

Kesemua nombor Khmer dari 1 hingga 5 berasal dari bahasa Mon-Khmer, kecuali nombor 0 yang dipinjam dari perkataan Sanskrit śūnya.

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC Nota
0 សូន្យ soun sony sūny dari perkataan Sanskrit śūnya
1 មួយ muəj muŏy muay Sebelum penjodoh bilangan, /muəj/ diringkaskan kepada /mə/ dalam pengucapan biasa.[7]
2 ពីរ piː (pɨl) pir bīr Juga disebut /pir/
3 បី ɓəj bei
4 បួន ɓuən buŏn puan
5 ប្រាំ pram prăm prâṃ
  • Sesetengah penulis mungkin secara alternative menandakan [ɓiː] sebagai sebutan untuk perkataan dua, dan samada [bəj] atau [bei] untuk perkataan tiga.
  • Di negara jiran Thailand, nombor tiga dikatakan membawa tuah.[8] Tetapi di Kemboja, mengambil gambar secara bertiga dianggap mengundang nasib malang, kerana dipercayai orang yang berada di tengah-tengah akan mati awal.[9][10]
  • Nota: Oleh kerana sistem romanisasi UNGEGN adalah berdasarkan sistem BGN/PCGN tahun 1972 yang memiliki ejaan yang hampir sama, ia akan digunakan bersama dengan sistem romanisasi ALA-LC di dalam artikel ini.

Nombor dari 6 hingga 20[sunting | sunting sumber]

Seperti dinyatakan sebelum ini, nombor dari 6 hingga 9 boleh dibentuk dengan menambah sebarang nombor dari 1 hingga 4 kepada nombor asas 5 (ប្រាំ), contohnya nombor 7 dibentuk dengan menambah asas 5 dengan 2. Lebih dari itu, orang Khmer menggunakan juga asas sepuluh, jadi nombor 14 dibentuk dengan menambah asas 10 dengan 4 dan nombor 16 dibentuk dengan menambah asas 10 dengan asas 5 dan nombor 1.

As mentioned above, the numbers from 6 to 9 may be constructed by adding any number between 1 to 4 to the base number 5 (ប្រាំ), so that 7 is Secara harfiah constructed as 5 plus 2. Beyond that, Khmer uses a decimal base, so that 14 is constructed as 10 plus 4, rather than 2 times 5 plus 4; and 16 is constructed as 10+5+1. Dalam pertuturan harian, nombor majmuk dari 11 hingga 19 boleh dibentuk menggunakan perkataan ដណ្ដប់ [dɔnɗɑp] yang didahului oleh sebarang nombor dari satu hingga sembilan, jadi nombor 15 dibentuk menjadi ប្រាំដណ្ដប់ [pram dɔnɗɑp], berbanding istilah piawai ដប់ប្រាំ [ɗɑp pram].[11]

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC Nota
6 ប្រាំមួយ pram muəj prăm muŏy prâṃ muay
7 ប្រាំពីរ pram piː (pram pɨl) prăm pir prâṃ bīr
8 ប្រាំបី pram ɓəj prăm bey prâṃ pī
9 ប្រាំបួន pram ɓuən prăm buŏn prâṃ puan
10 ១០ ដប់ ɗɑp dáb ṭáp Bahasa Cina Lama *di̯əp.[12]
11 ១១ ដប់មួយ ɗɑp muəj dáb muŏy ṭáp muay Disebut juga មួយដណ្ដប់ [muəj dɔnɗɑp].
20 ២០ ម្ភៃ mpʰej (məpʰɨj, mpʰɨj) mphey mbhai Hasil /muəj/ + /pʰej/ (i.e. satu + dua puluh)
  • Dalam pembentukan nombor dari 6-9 yang menggunakan 5 sebagai asas, /pram/ mungkin disebut juga [pəm]; memberikan [pəm muːəj], [pəm piː], [pəm ɓəj], dan [pəm ɓuːən]. Ini berlaku dalam dialek-dialek yang menggugurkan /r/, tapi tidak semestinya terhad kepadanya saja, kerana pola ini juga mengikut pola suku kata minor Khmer.

Nombor dari 30 hingga 90[sunting | sunting sumber]

Nombor dari tiga puluh hingga sembilan puluh dalam bahasa Khmer sangat mirip dengan nombor moden Thai dan Kantonis. Besar kemungkinan orang Khmer meminjamnya dari Bahasa Thai, kerana nombor-nombor tersebut tidak produktif dalam sistem Khmer (tidak boleh digunakan di luar lingkungan 30-90) dan memiliki persamaan fonologi yang ketara seperti yang dapat dilihat dalam jadual di bawah. Secara tidak formal, penutur boleh memilih untuk menggugurkan akhiran [səp] dan nombor masih boleh difahami. Contohnya, dibolehkan menyebut [pɐət muəj] (ប៉ែតមួយ) berbanding menyebut sepenuhnya [pɐət səp muəj] (ប៉ែតសិបមួយ).

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC
30 ៣០ សាមសិប saːm səp sam sĕb sām sip
40 ៤០ សែសិប sɐe səp sê sĕb sae sip
50 ៥០ ហាសិប haː səp ha sĕb hā sip
60 ៦០ ហុកសិប hok səp hŏk sĕb huk sip
70 ៧០ ចិតសិប cət səp chĕt sĕb cit sip
80 ៨០ ប៉ែតសិប pɐət səp pêt sĕb p″ait sip
90 ៩០ កៅសិប kaw səp kau sĕb kau sip

Perbandingan bahasa:

Nilai Khmer Thai Thai Kuno Lao Kantonis Teochew Min Nan Mandarin
3 ‒ *saːm sam sǎam sãam saam1 1 sa1 (sam1) sān
4 ‒ *sɐe si sài sii sei3 si3 si3
5 ‒ *haː ha ngùa hàa ng5 ŋou6 go2
6 ‒ *hok hok lòk hók luk6 lak8 lak2 (liok8) liù
7 ‒ *cət chet jèd jét cat1 tsʰik4 chit2
8 ‒ *pɐət paet pàed pàet baat3 poiʔ4 bpui2 (pat4)
9 ‒ *kaw kao jao kâo gau2 kao2 kau4 jiǔ
10 ‒ *səp sip jǒng síp sap6 tsap8 tzhap2 shí
  • Perkataan di dalam kurungan menunjukkan sebutan literal, sementara perkataan yang didahului tanda bintang adalah tidak produktif (hanya wujud dalam pembentukan khusus, tapi tidak boleh dipecah menjadi nombor asas).

Nombor dari 100 hingga 10 000 000[sunting | sunting sumber]

Nombor Khmer piawai yang bermula dari seratus adalah seperti berikut:

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC Nota[13]
100 ១០០ មួយរយ muəj rɔj (rɔj, mərɔj) muŏy rôy muay ray Mungkin dipinjam dari Bahasa Thai ร้อย roi.
1 000 ១០០០ មួយពាន់ muəj piːən muŏy peăn muay bân Dari Bahasa Thai พัน phan.
10 000 ១០០០០ មួយម៉ឺន muəj məɨn muŏy mœŭn muay muȳn Dari Bahasa Thai หมื่น muen.
100 000 ១០០០០០ មួយសែន muəj saːen muŏy sên muay s″ain Dari Bahasa Thai แสน saen.
1 000 000 ១០០០០០០ មួយលាន muəj liːən muŏy leăn muay lân Dari Bahasa Thai ล้าน lan.
10 000 000 ១០០០០០០០ មួយកោដិ muəj kaot muŏy kaôdĕ muay koṭi Dari bahasa Sanskrit dan bahasa Pali koṭi.

Walaupun [muəj kaot] មួយកោដិ sering digunakan untuk 10 juta, di beberapa kawasan ia sering diucapkan untuk merujuk kepada satu billion (yang lebih tepat disebut [muəj rɔj kaot] មួយរយកោដិ). Bagi mengelakkan kekeliruan, kadang-kadang [muəj ɗɑp liːən] មួយដប់លាន digunakan untuk 10 juta, [muəj rɔj liːən] មួយរយលាន untuk 100 juta, dan [muəj piːən liːən] មួយពាន់លាន ("satu ribu juta") untuk 1 bilion.[14]. Dialek-dialek Kemboja yang berbeza juga menggunakan nombor asas yang berbeza untuk membentuk nombor yang lebih besar dari seribu. Beberapa contohn dapat dilihat di dalam jadual di bawah:

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan [14][15] IPA UNGEGN ALA-LC Nota
10 000 ១០០០០ (មួយ)ដប់ពាន់ (muəj) ɗɑp piːən (muŏy) dáb peăn (muay) ṭáp bân Secara harfiah "(satu) sepuluh ribu"
100 000 ១០០០០០ (មួយ)ដប់ម៉ឺន (muəj) ɗɑp məɨn (muŏy) dáb mœŭn (muay) ṭáp muȳn Secara harfiah "(satu) sepuluh puluh ribu"
100 000 ១០០០០០ មួយរយពាន់ muəj rɔj piːən muŏy rôy peăn muay ray bân Secara harfiah "seratus ribu"
1 000 000 ១០០០០០០ មួយរយម៉ឺន muəj rɔj məɨn muŏy rôy mœŭn muay ray muȳn Secara harfiah "seratus puluh ribu"
10 000 000 ១០០០០០០០ (មួយ)ដប់លាន (muəj) ɗɑp liːən (muŏy) dáb leăn (muay) ṭáp lân Secara harfiah "(satu) sepuluh juta"
100 000 000 ១០០០០០០០០ មួយរយលាន muəj rɔj liːən muŏy rôy leăn muay ray lân Secara harfiah "seratus juta"
1 000 000 000 ១០០០០០០០០០ មួយពាន់លាន muəj piːən liːən muŏy peăn leăn muay ray bân Secara harfiah "seribu juta"

Menghitung buah[sunting | sunting sumber]

Sepertimana nombor Khmer zaman Angkor yang menggunakan asas - 20, bahasa Khmer moden juga memiliki perkataan-perkataan khusus untuk menghitung buah, mirip dengan bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan-perkataan seperti "dozen" untuk menghitung benda-benda seperti telur[16].

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC Nota
4 ដំប dɑmbɑː dâmbâ ṭaṃpa Juga ditulis ដំបរ (dâmbâr atau ṭaṃpar)
40 ៤០ ផ្លូន ploːn phlon phlūn Dari zaman pra-Angkor *plon "40"
80 ៨០ ពីរផ្លូន piː~pɨl ploːn pir phlon bir phlūn Secara harfiah "dua empat puluh"
400 ៤០០ ស្លឹក slək slœ̆k slẏk Dari zaman pra-Angkor *slik "400"

Pengaruh Sanskrit dan Pali[sunting | sunting sumber]

Hasil dari pengaruh yang berpanjangan dari kesusasteraan bahasa Sanskrit dan Pali , mungkin kadangkala orang Khmer meminjam beberapa perkataan untuk menghitung. Kecuali beberapa nombor yang tiada dalam bahasa Khmer seperti 0 dan 100, secara umumnya nombor-nombor pinjaman ini terhad digunakan dalam teks-teks sastera, agama dan sejarah dan jarang digunakan dalam perbualan harian. Antara punca menurunnya penggunaan nombor-nombor pinjaman ini ialah kemunculan gerakan kebangsaan Khmer pada tahun 1960an yang cuba untuk membuang semua perkataan-perkataan Sanskrit dan Pali. Khmer Rouge juga melakukan usaha yang sama untuk membersihkan bahasa dengan membuang semua perkataan yang dianggap salah secara politik.[17]

Nilai Angka Khmer Dalam perkataan IPA UNGEGN ALA-LC Nota
12 ១២ ទ្វាទស tvietʊəh
tvieteaʔsaʔ
tvéatôs(â) dvādas(a) Sanskrit, Pali dvādasa
13 or 30 ១៣ or ៣០ ត្រីទស trəj tʊəh trei tôs trǐ das Sanskrit, Pali trayodasa
28 ២៨ អស្តាពីស ʔahsdaː piː sɑː ’asta pi sâ qastā bǐ sa Sanskrit (8, aṣṭá-) (20, vimsati)

Nombor Ordinal[sunting | sunting sumber]

Seperti (ที่ thi) dalam bahasa Thai dan (thứ) dalam bahasa Vietnam , ទី [tiː] digunakan oleh orang Khmer untuk membentuk nombor ordinal dengan meletakkannya di hadapan nombor kardinal.[18]

Maksud Khmer IPA UNGEGN ALA-LC
Pertama ទីមួយ tiː muəj ti muŏy dī muay
Kedua ទីពីរ tiː piː~pɨl ti pir dī bīr
Ketiga ទីបី tiː ɓəj ti bei dī pī

Nombor Angkor[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, nombor zaman pra Angkor dan Angkor menggunakan sistem dua asas iaitu asas 5 dan asas 20. Tidak seperti Khmer moden, sistem perpuluhan sangat terhad digunakan, dengan kedua-dua nombor sepuluh dan seratus dipinjam dari bahasa Cina dan Sanskrit. Orang Khmer Angkor juga menggunakan Sanskrit untuk merekodkan tarikh, kadang-kadang mencampurkannya dengan angka Khmer asli, satu amalan yang kekal wujud sehingga kurun ke-20.[19] Nombor untuk 20, 40 dan 400 mungkin diikuti dengan hasil darab nombor, dengan digit tambahan diletakkan pada hujungnya, jadi 27 dibentuk sebagai dua puluh-satu-tujuh, atau 20×1+7.

Nilai Angka Khmer Orthography[5] Nota
1 mvay
2 vyar
3 pi
4 pvan
5 pram (7 : pramvyar or pramvyal)
10 ១០ tap Bahasa Cina Lama *di̯əp.[12]
20 ២០ bhai
40 ៤០ plon
80 ៨០ bhai pvan Secara harfiah "empat dua puluh"
100 ១០០ çata Bahasa Sanskrit (100, sata).
400 ៤០០ slik

Nombor Proto-Khmer[sunting | sunting sumber]

Proto-Khmer ialah nenek moyang hipotetik untuk bahasa Khmer moden yang mengandungi pelbagai ciri-ciri bahasa Mon-Khmer. Dengan membandingkan kedua-dua nombor Khmer moden dan Khmer Angkor dengan bahasa-bahasa Mon-Khmer Timur (atau Khmero-Vietik) seperti bahasa-bahasa Pearik, Proto-Viet-Mong, Bahasa Katuik dan Bahasa Bahnarik; memungkinkan pembinaan semula untuk Proto-Khmer seperti berikut[20].

Nombor dari 5-10[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan bentuk-bentuk terkemudian nombor Khmer, Proto-Khmer memiliki sistem nombor perpuluhan tunggal. Nombor dari satu hingga lima adalah sama dengan yang terdapat dalam bahasa Khmer moden dan bahasa Mon-Khmer, sementara nombor dari enam hingga sembilan tidak ada sisanya dalam sistem moden, dan nombor sepuluh *kraaj (atau *kraay) sama dengan nombor moden untuk “seratus”. Ada kemungkinan permulaan *k, yang ditemui dalam nombor dari enam hingga sepuluh, adalah tanda awalan (prefix).[20]

Nilai Angka Khmer Pembinaan semula[21][22] Nota
5 *pram
6 *krɔɔŋ
7 *knuul
8 *ktii Sama asas seperti perkataan “tangan”, *tii.
9 *ksaar
10 ១០ *kraaj Bersamaan dengan perkataan moden /rɔj/ (seratus).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Umum
  1. David Smyth (1995). Colloquial Cambodian: A Complete Language Course. Routledge (UK). ISBN 0415100062. 
  2. Huffman, Franklin E.; Charan Promchan and Chhom-Rak Thong Lambert (2008). "Huffman, Modern Spoken Cambodian". Diperoleh pada 2008-03-25. 
  3. Unknown (2005). Khmer Phrase Book: Everyday Phrases Mini-Dictionary. 
  4. Smyth, David; Tran Kien (1998). Practical Cambodian Dictionary (edisi ke-2). Tuttle Language Library/Charles E. Tuttle Company. ISBN 0804819548. 
  5. Southeast Asia. Lonely Planet. 2006. ISBN 1741046327. 
  6. Ralat Lua pada baris 250 di Modul:Citation/CS1: Dipanggil dengan keadaan ralat tidak ditetapkan.
  7. "SEAlang Library Khmer Lexicography". Diperoleh pada 2008-12-07. 
  8. "Veda:Sanskrit Numbers". Diperoleh pada 2008-12-10. 
Khusus
  1. Diller, Anthony (1996). "New Zeros and Old Khmer". Australian National University. ms. 1–3. Diperoleh pada 2009-01-11. 
  2. 2.0 2.1 Eugene Smith, David; Louis Charles Karpinski (2004). The Hindu-Arabic Numerals. Courier Dover Publications. ms. 39. ISBN 0486439135. 
  3. Kumar Sharan, Mahesh (2003). Studies In Sanskrit Inscriptions Of Ancient Cambodia. Abhinav Publications. ms. 293. ISBN 8170170060. 
  4. Diller, Anthony (1996). New zeroes and Old Khmer. Australian National University. 
  5. 5.0 5.1 Jacob, Judith M.; David Smyth. Cambodian Linguistics, Literature and History. Rootledge & University of London School of Oriental and African Studies. ms. 28–37. ISBN 0728602180. 
  6. "Khmer/Cambodian alphabet". Omniglot. 2008. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  7. Ehrman, Madeline E.; Kem Sos (1972). Contemporary Cambodian: Grammatical Sketch.. Superintendent of Documents, U.S. Government Printing Office. ms. 18. 
  8. Asian Superstitions. ADB Magazine. June 2007. 
  9. "Khmer superstition". 2008-03-01. Diperoleh pada 2009-01-05. 
  10. "Info on Cambodia". 2006. Diperoleh pada 2009-01-05. 
  11. Huffman, Franklin E. (1992). Cambodian System of Writing and Beginning Reader. SEAP Publications. ms. 58–59. ISBN 0877275203. 
  12. 12.0 12.1 Gorgoniev, Yu A. (1961). Khmer language. ms. 72. 
  13. Jacob (1993). Notes on the numerals and numeral coefficients in Old, Middle, and Modern Khmer. ms. 28. 
  14. 14.0 14.1 "Khmer Numeral System". 2005-06-19. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  15. "Spoken Khmer Number". 2003. Diperoleh pada 2008-12-29. 
  16. Thomas, David D. (1971). Chrau Grammar (Oceanic Linguistics Special Publications) No.7. University of Hawai'i Press. ms. 236. 
  17. "Khmer: Introduction". National Virtual Translation Center. 2007. Diarkibkan daripada asal pada 2008-07-31. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  18. "Khmer Cardinal Number". 2003. Diperoleh pada 2008-12-18. 
  19. Jacob, Judith M. "Mon-Khmer Studies VI: Sanskrit Loanwords in Pre-Angkorian Khmer". School of Oriental and African Studies, University of London. Diperoleh pada 2008-12-10. 
  20. 20.0 20.1 Gvozdanović, Jadranka (1999). Numeral Types and Changes Worldwide. Walter de Gruyter. ms. 263–265. ISBN 3110161133. 
  21. Jenner, Phillip N. (1976). "Mon-Khmer Studies 5". ms. 40. 
  22. Fisiak, Jacek (1997). Linguistic Reconstruction. Walter de Gruyter. ms. 275. ISBN 3110149052.