Anjing Chongqing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Chongqing
Nama lainAnjing pemburu Sichuan Timur
Trait
Berat 33–55 lb (15–25 kg)
Tinggi 35–45 cm (14–18 in)
Warna Merah, hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Chongqing[a] ialah tugou mastif purba yang digunakan dalam sejarah untuk perburuan dan penjagaan di Chongqing, China.[1][2][3] Kini, baka ini dihargai sebagai pelindung tidak takut dan tabah bagi keluarga dan rumahnya.[2][4]

Istilah "anjing Chongqing" mungkin juga digunakan untuk merujuk anjing pemburu Chuandong. Ia terdapat di Singapura. Kedua-dua anjing mengongsi ternakas asasi bersama dan merupakan sebahagian daripada tugou.[5]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Anjing Chongqing bersaiz sederhana dengan tubuh berotot padat. Ekornya patut pendek dan terangkat tegak-tegak, kerap diperihalkan sebagai "batang buluh".[6] Lapis bulunya pendek, kasar, dan berwarna perang kemerah-merahan atau hitam.[7][8] Ia mempunyai lidah biru-hitam, stop menonjol, dan kepala berbentuk segi empat sama.[2] Telinganya mencucuk secara semula jadi dan tidak terpotong.[9]

Anjing Chongqing mempunyai perwatakan kuat dengan perangai mudah mesra, sikap yakin, dorongan pemangsa kuat, dan kecintaan akan pengembaraan dan keseronokan. Ia pada umumnya menyayangi kanak-kanak dan juga akan berkhidmat sebagai anjing pengawal waspada dan setia untuk keluarga. Anjing Chongqing mempunyai dorongan pemangsa tinggi dan kebolehan penghiduan cemerlang. Anjing Chongqing dapat berburu secara bersendirian atau dalam kawanan untuk mangsa daripada saiz arnab melalui bejar, rubah, babi hutan, kambing, rusa, dan beruang kecil. Ia cenderung untuk mempunyai jangka hayat panjang sehingga 15 tahun.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seperti tugou lain, anjing Chongqing ialah anjing asli China yang dipercayai telah pertama kali muncul semasa Dinasti Han.[10][1] Patung-patung sermaik anjing Chongqing telah ditemukan menjaga tanah perkuburan di kawasan Jiangbei di Chongqing yang bertarikh hampir-hampir 206 SM–220 M.[2][4] Pada asalnya dikembangkan sebagai anjing pemburu di kawasan pergunungan di Sichuan timur, pembandaran pesat Chongqing mengakibatkan penurunan populasi ketara.[2] Walau bagaimanapun, sejak tahun 1970-an, usaha serius telah dijalankan untuk memulihkan baka ini dan ia telah menjadi utiliti dan anjing pendamping popular sejak itu.[2][11][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ چوڠچيڠ; Cina mudah: 重庆犬; Cina tradisional: 重慶犬; pinyin: Chóngqìng quǎn; bahasa Inggeris: Chongqing dog; chongqing

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Chinese Dog Breeds – Top List, Origins, Specificities & Prices". Breeding Business (dalam bahasa Inggeris). 1 Januari 2020. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f "Chongqing Dog". CKU: China Native Breed Conservation Club (dalam bahasa Cina dan Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2019. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  3. ^ Reeves, Laura (21 Mei 2020). "Chongqing Dogs: Saving a Primitive Breed from Extinction". Pure Dog Talk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  4. ^ a b "Chinese Chongqing Dog Facts - Wisdom Panel™ Dog Breeds". Wisdom Panel™ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  5. ^ a b "Chinese Chongqing Dog". Embarkvet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  6. ^ a b "Breed Information". The Chongqing Dog Conservation Project (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  7. ^ "Breed Standard – Majestic Chongqing Temple". Majestic Chongqing Temple (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020. Dicapai pada 26 Mac 2024.
  8. ^ Choron, Sandra; Choron, Harry (2005). Planet Dog: A Doglopedia (dalam bahasa Inggeris). Boston, Amerika Syarikat: Houghton Mifflin Co. m/s. 176. ISBN 978-0618517527.
  9. ^ Beregovoy, Vladimir (1 Disember 2011). "Aboriginal Dogs of Southern China" (PDF). Primitive and Aboriginal Dog Society (dalam bahasa Inggeris). 28: 35.
  10. ^ Choron, Sandra; Choron, Harry (2005). Planet Dog: A Doglopedia (dalam bahasa Inggeris). Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 176. ISBN 978-0-618-51752-7.
  11. ^ Dogs: The List of 90 Selected Dog Breed (Inggeris), Lovly John, Osmora Incorporated, 2015, hlm. 28