Pug

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pug
Mops-duke-mopszucht-vom-maegdebrunnen.jpg
Seekor pug perang kekuning-kuningan, warna paling umum.
Nama lain Pug China
Buldog Belanda
Mastif Belanda
Mastif kecil
Mops
Carlin
Negara asal China[1]
Ciri
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pug, pug China (Bahasa Inggeris: Chinese pug), buldog Belanda (Bahasa Inggeris: Dutch bulldog), atau mastif Belanda (Bahasa Inggeris: Dutch mastiff) ialah satu baka anjing yang bermuka berkedut dan bermuncung pendek, dan berekor lingkar. Baka ini mempunyai bulu licau halus, yang terdapat dalam pelbagai warna, sungguhpun kerap perang kekuning-kuningan atau hitam, dan badan kotak padat dengan otot berkembang dengan baik.

Pug dibawa dari China ke Eropah pada abad keenam belas dan dipopularkan di Eropah Barat oleh Kerabat Oranje di Belanda, dan Kerabat Stuart.[2] Pug sebagai haiwan pembiakbakaan mungkin telah menyumbang kepada buldog Inggeris, anjing Peking moden dan King Charles spaniel.

Pug kekal popular sehingga abad kedua puluh satu, dengan sesetengah pemilik selebriti terkenal. Seekor pug dihakimi sebagai Best in Show dalam Pertunjukan Anjing Sedunia pada 2004.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AKC_History tidak disediakan
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Pugs_in_public tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:NIE Poster