Bahagian pentadbiran di China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Oleh sebab populasi dan keluasan yang amat besar, pentadbiran China sentiasa terbahagi kepada pelbagai peringkat sejak zaman silam. Perlembagaan Republik Rakyat China memperuntukkan tiga peringkat kerajaan secara de jure. namun begitu, kini terdapat lima peringkat kerajaan tempatan secara amali (de facto): wilayah (provinsi), prefektur, daerah, bandar, dan kampung. Republik China di Taiwan menggunakan sistem yang berbeza.

Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China. Seseorang warga negara ini mudah dikenal pasti dari segi wilayah asalnya, dan setiap wilayah mempunyai suatu stereotaip yang sepadan dengan penduduknya. Kebanyakan wilayah-wilayah China mempunyai sempadan yang digariskan pada penghujung Dinasti Ming. Semenjak itu, perubahan besar yang pernah berlaku termasuk menyusunan semula wilayah-wilayah Timur Laut selepas pengambilalihan tanah besar China oleh pihak Komunis pada tahun 1949 dan penubuhan kawasan autonomi berasaskan teori kewarganegaraan Soviet.

Peringkat pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peringkat wilayah[sunting | sunting sumber]

Wilayah (Provinsi)[sunting | sunting sumber]

Wilayah (Bahasa Cina: ; pinyin: shěng, bahasa Inggeris: province) merupakan jenis divisi peringkat pertama yang paling banyak terdapat.

Nama Bahasa Cina Pinyin Ejaan peta pos Singkatan Ibu wilayah
Trad. Ring.
Anhui

安徽|| 安徽||Ānhuī||Anhwei|| wǎn||Hefei

Fujian

福建|| 福建||Fújiàn||Fukien|| mǐn||Fuzhou

Gansu

甘肅|| 甘肃||Gānsù||Kansu|| gān/ lǒng||Lanzhou

Guangdong

廣東|| 广东||Guǎngdōng||Kwangtung|| yuè||Guangzhou

Guizhou

貴州|| 贵州||Gùizhōu||Kweichow|| qián/ gùi||Guiyang

Hainan

海南|| 海南||Hǎinán||Hainan|| qióng||Haikou

Hebei

河北|| 河北||Héběi||Hopeh|| jì||Shijiazhuang

Heilongjiang

黑龍江|| 黑龙江||Hēilóngjiāng||Heilungkiang|| hēi||Harbin

Henan

河南|| 河南||Hénán||Honan|| yù||Zhengzhou

Hubei

湖北|| 湖北||Húběi||Hupeh|| è||Wuhan

Hunan

湖南|| 湖南||Húnán||Hunan|| xiāng||Changsha

Jiangsu

江蘇|| 江苏||Jiāngsū||Kiangsu|| sū||Nanjing

Jiangxi

江西|| 江西||Jiāngxī||Kiangsi|| gàn||Nanchang

Jilin

吉林|| 吉林||Jílín||Kirin|| jí||Changchun

Liaoning

遼寧|| 辽宁||Liáoníng||Fengtien|| liáo||Shenyang

Qinghai

青海|| 青海||Qīnghǎi||Tsinghai|| qīng||Xining

Shaanxi

陝西|| 陕西||Shǎnxī||Shensi|| shǎn/ qín||Xi'an

Shanxi

山西|| 山西||Shānxī||Shansi|| jìn||Taiyuan

Shandong

山東|| 山东||Shāndōng||Shantung|| lǔ||Jinan

Sichuan

四川|| 四川||Sìchuān||Szechuan|| chuān/ shǔ||Chengdu

Yunnan

雲南|| 云南||Yúnnán||Yunnan|| diān/ yún||Kunming

Zhejiang

浙江|| 浙江||Zhèjiāng||Chekiang|| zhè||Hangzhou

Kawasan dipertikai[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Status politik Taiwan
Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) Pinyin Singkatan Ibu wilayah
Taiwan

臺灣 atau 台灣 || 台湾||Táiwān|| tái||Kampung Jhongsing

Nota: Taipei, ibu negara Republik China, juga pernah dijadikan ibu wilayah Taiwan sehingga tahun 1956. Sejak pemindahan kerajaan wilayah dari Taipei ke Kampung Jhongsing dilakukan selepas tahun 1949 oleh kerajaan yang tidak diiktiraf Republik Rakyat China, pihak Republik Rakyat masih mewartakan Taipei sebagai ibu wilayah rasmi dalam peta rasminya.

Sejak penubuhannya pada tahun 1949, Republik Rakyat China sentiasa menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang ke-23. Bagaimanapun, Republik China kini metadbir wilayah ini yang terdiri daripada Pulau Taiwan dan kepulauan Pescadores. Republik China juga mentadbir sebuah daerah di wilayah Fuchien (atau Fukien): Kinmen; dan sebahagian daripada daerah Lienchiang.

Wilayah autonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Wilayah autonomi China

Wilayah autonomi (Cina Tradisional: 自治區, Cina Ringkas: 自治区, pinyin: zìzhìqū, Bahasa Inggeris: autonomous region) ialah divisi peringkat pertama yang dinamai dengan etnik minoriti dan diberi lebih hak di bawah perlembagaan. Contohnya, setiap wilayah ini mempunyai seorang pengerusi (sementara wilayah biasa ditadbir gabenor) yang mesti tergolong dalam kelompok etnik seperti yang dinamai oleh kawasan autonomi itu (orang Tibet, orang Uyghur, dsb.)

Wiayah autonomi ditubuhkan selepas pengambilalihan kuasa oleh kerajaan Komunis, berdasarkan dasar kewarganegaraan Soviet. Terdapat lima kawasan seumpama ini.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) pinyin Suku minoriti yang dinamai Nama tempatan Singkatan Pusat pentadbiran
Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi

廣西壯族自治區

广西壮族自治区

Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū Zhuang bahasa Zhuang -
Gvangjsih Bouxcuengh Swcigih

Guì

Nanning
Wilayah Autonomi Mongolia Dalam

內蒙古自治區

内蒙古自治区

Nèiměnggǔ Zìzhìqū Mongol bahasa Mongolia -
ᠥᠪᠦᠷ ᠮᠣᠨᠺᠤᠯᠤᠨ ᠥᠪᠡᠷᠲᠡᠺᠡᠨ ᠵᠠᠰᠠᠬᠤ ᠣᠷᠤᠨ /
Öbür Mongghul-un Öbertegen Jasaqu Orun

内蒙古 Nèiměnggǔ

Inner Mongolia in Mongolian.png

Hohhot
Wilayah Autonomi Hui Ningxia

寧夏回族自治區

宁夏回族自治区

Níngxià Húizú Zìzhìqū Hui (Orang Hui berbahasa Cina)

níng

Yinchuan
Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang

新疆維吾爾自治區

新疆维吾尔自治区

Xīnjiāng Wéiwúěr Zìzhìqū Uyghur bahasa Uyghur -
شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى /
Shinjang Uyghur Aptonom Rayoni

xīn

Ürümqi
Wilayah Autonomi Tibet

西藏自治區

西藏自治区

Xīzàng Zìzhìqū Tibet bahasa Tibet -
བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས /
Bod.raṅ.skyoṅ.ljoṅs

zàng

Lhasa

Kawasan perbandaran[sunting | sunting sumber]

Kawasan perbandaran (Cina Tradisional: 直轄市, Cina Ringkas: 直辖市, pinyin: zhíxiáshì, bahasa Inggeris: municipality) merupakan bandaraya-bandaraya besar yang sama peringkat pentadbirannya dengan wilayah. Kawasan perbandaran mengawal bahagian peringkat daerah secara terus, tanpa dirintang peringkat prefektur. Secara amali, kawasan metropolitan sebenar sesebuah kawasan sedemikian cuma merangkumi sebahagian kecil kawasannya; yang selebihnya terdiri daripada pekan dan tanah pertanian. Chongqing paling tepat dihuraikan sebegini — populasi luar bandarnya jauh melebihi populasi bandarnya.

Terdapat 4 kawasan perbandaran di Republik Rakyat China.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) pinyin Singkatan
Beijing

北京|| 北京||Běijīng|| jīng

Chongqing

重慶|| 重庆||Chóngqìng||

Shanghai

上海|| 上海||Shànghǎi||

Tianjin

天津|| 天津||Tiānjīn|| jīn

Kawasan Pentadbiran Khas[sunting | sunting sumber]

Kawasan pentadbiran khas (Cina Tradisional: 特別行政區, Cina Ringkas: 特别行政区, pinyin: tèbiéxíngzhèngqū, bahasa Inggeris: Special Administrative Region) (SAR) merupakan kawasan pentadbiran tempatan yang menikmati takat autonomi yang tinggi di bawah peruntukan Satu negara, dua sistem, dan bernaung di bawah Kerajaan Rakyat Pusat, seperti yang diperuntukkan dalam artikel 12 undang-undang asas kedua-dua kawasan ini.

Nama Bahasa Cina (T) Bahasa Cina (S) Pinyin Singkatan
Hong Kong

香港|| 香港||Xiānggǎng|| gǎng

Macau

澳門|| 澳门||Àomén|| ào

Peringkat prefektur[sunting | sunting sumber]

Peringkat peringkat prefektur ( 地级 dìjí) merupakan peringkat kedua struktur pentadbiran. Seperti pada 3 Disember 2005, struktur ini terdiri daripada 333 bahagian yang terdiri daripada:

Peringkat daerah[sunting | sunting sumber]

Seperti pada 3 Disember 2005, terdapat 2872 bahagian peringkat daerah ( 县级 xiànjí), termasuk 862 daerah, 374 bandaraya, 1464 kaunti, 117 kaunti berautonomi, 49 banner, 3 banner berautonomi, 2 daerah khas dan 1 daerah perhutanan di tanah besar China (Republik China mentadbir 23 bahagian peringkat daerah, termasuk 18 mukim dan 5 perbandaran wilayah).

Peringkat bandar[sunting | sunting sumber]

Seperti pada 31 Disember 2005, terdapat 41636 bahagian peringkat bandar ( 乡级 xiāngjí), termasuk 19522 bandar, 14677 pekan, 1092 pekan etnik, 181 sumu, 1 sumu etnik, 6152 subdaerah dan 11 pejabat awam daerah.

Peringkat kampung[sunting | sunting sumber]

Peringkat kampung ( 村级 cūnjí) berperanan sebagai bahagian pertubuhan (banci, sistem pos) dan tidak banyak kepentingannya dalam kuasa perwakilan politik. Bahagian tempatan asas seperti perjiranan dan komuniti mempunyai sempadan dan ketua tertentu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]