Bahiyya Haneesa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahiyya Haneesa
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2016–2021
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Bekas ahli
  • Nor Afiqah Salehuddin (Afi)
  • Waheeda Batrisyia Noor Azlan (Bonn)
  • Saidatul Syahirah Abd Wahab (Syasya)
  • Nurfatin Fauzi (Fatin)
  • Nurul Amaninah Pius (Nina)
  • Nur Wafa Amira Hisamudin (Wafa)
  • Siti Nabila Salehuddin (Bella)
  • Nur Fatin Nasuha Azmi (Suha)
  • Nor Suhaida Sahrani (Aida)
  • Azra Afiqah Mohd Amir (Azra)

Bahiyya Haneesa ialah sebuah kumpulan acappella Malaysia yang ditubuhkan pada 2016.[1] Pada asalnya bermula sebagai kumpulan nasyid, kumpulan ini beralih kepada pelbagai genre muzik termasuk pop dan rap.[2]

Ahli kumpulan ini terdiri seramai 8 orang yang kesemuanya ialah mahasiswi Universiti Malaya (UM), terdiri daripada Nor Afiqah Salehuddin (Afi), Waheeda Batrisyia Noor Azlan (Bonn), Saidatul Syahirah Abd Wahab (Syasya), Nurfatin Fauzi (Fatin), Nurul Amaninah Pius (Nina), Nur Wafa Amira Hisamudin (Wafa), Siti Nabila Salehuddin (Bella) dan Nur Fatin Nasuha Azmi (Suha).[3] Bekas ahli kumpulan juga termasuk Nor Suhaida Sahrani (Aida) dan Azra Afiqah Mohd Amir (Azra). Bahiyya Haneesa mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Material" yang dikeluarkan pada Oktober 2018.[4] Bahiyya Haneesa dibubarkan pada 2021.[perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti kebanyakan pesaing mereka dalam industri muzik, Bahiyya Haneesa jarang merakamkan lagu baru, namun mereka lebih dikenali kerana menyanyikan semula lagu-lagu saduran nyanyian artis tempatan dan antarabangsa. Kumpulan ini dinamakan sempena kolej kediaman kedua UM Tuanku Bahiyah.[5]

Semasa awal penubuhan, gabungan ini pada mulanya terdiri daripada 15 ahli sebelum menjadi 10 ahli pada 2018, kemudian menjadi 8 ahli pada 2020. Mereka mula mencuri perhatian apabila rakaman video saduran lagu nasyid dan lagu-lagu yang dipersembahkan secara acapella menjadi tular di media sosial.[1]

Pada Jun 2017, mereka ialah salah satu daripada 10 kumpulan nasyid yang bertanding di Pertandingan Alunan Kerohanian anjuran Mara Incorporated.[6] Selepas pertandingan itu, bakat mereka berjaya menarik perhatian Sony Music Malaysia yang kemudian melamar mereka sebagai artis rakaman.

Pada Oktober 2018, kumpulan ini muncul dengan single sulung mereka, "Material", hasil nukilan Omar K dan Ikhwan Fatanna. Muzik video rasminya telah meraih 93,000 juta tontonan di YouTube sejak pelancaran rasminya.[4]

Dua tahun kemudian, mereka muncul pula dengan single kedua, "Percaya" yang mengetengahkan tema pemberdayaan wanita.[7][8] Menurut mereka: "Sesuai dengan tajuk lagu, Bahiyya Haneesa ingin semua wanita di luar sana untuk percaya pada diri sendiri, percaya bahawa setiap halangan yang dilalui akhirnya akan memberikan hasil yang diingini".[9] Lagu ini juga menjadi lagu tema kempen '#SisRedahJe" anjuran Safi Shayla.[10][11][12]

Kumpulan ini mengumumkan pada Oktober 2020 bahawa mereka bukan lagi sebuah kumpulan nasyid sambil mengatakan tidak mahu berlindung di sebalik hijab.[5] Pada Januari 2021, Bahiyya Haneesa menyanyikan semula lagu "Peluang Kedua" nyanyian asal Nabila Razali dalam versi acapella.[13]

Ahli-ahli kumpulan ini mengambil keputusan untuk membawa haluan pada Disember 2021[perlu rujukan] bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya kehidupan masing-masing.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tajuk Tahun
"Material" 2018
"Percaya" 2020

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Iklan
Tahun Iklan Peranan
2020 Safi Shayla Diri mereka sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zulqarnain Abu Hassan (27 Februari 2019). "Bahiyya Haneesa terokai pelbagai genre muzik". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  2. ^ Wawann Mohd (23 September 2020). "Bahiyya Haneesa beri mesej kepada golongan wanita". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  3. ^ Georgie Joseph (10 Oktober 2020). "Mesej buat wanita". Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  4. ^ a b Norhayati Nordin (9 Disember 2018). "Material kena dengan jiwa kami". Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  5. ^ a b Hasbullah Awang Chik (4 Oktober 2020). "Mana hijab? Bahiyya Haneesa bukan lagi kumpulan nasyid". ProjekMM. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  6. ^ Ifqdar Rahman (22 Jun 2017). "Nasyid Busana semarak Ramadan, Syawal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2017. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  7. ^ Budiey (25 September 2020). "Bahiyya Haneesa perjuang mesej kuasa wanita untuk cetus inspirasi dalam Percaya". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  8. ^ "Cetus inspirasi menerusi Percaya, Bahiyya Haneesa perjuang mesej kuasa wanita". Kopiplanet. 1 September 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  9. ^ Asraf Adied (28 Ogos 2020). "Mahu perkasakan wanita, Bahiyya Haneesa tampil dengan Percaya". Astro Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  10. ^ Fariza Saidin (15 September 2020). "Percaya! Bahiyya Haneesa ajak wanita berjuang". Kita Reporters. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  11. ^ "Bahiyya Haneesa cetus inspirasi dalam Percaya". Femag Online. 14 September 2020. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  12. ^ Janice Tan (2 September 2020). "Safi breaks stereotypes surrounding young women in hijabs" [Safi pecahkan stereotaip mengenai wanita muda berhijab] (dalam bahasa Inggeris). Marketing Interactive. Dicapai pada 16 April 2021.
  13. ^ Georgie Joseph (29 Januari 2021). "Peluang Kedua versi acapella". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]