Bel kanto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mathilde Marchesi (1821-1913), Guru teknik Bel kanto yang terkenal

Bel kanto (dalam bahasa Itali bermaksud "nyanyian merdu"), merujuk kepada seni dan teknik sains vokal yang berasal dari Itali pada akhir kurun ke-16 dan berada di kemuncaknya pada awal kurun ke-19 semasa era opera bel kanto.

Penggubah – penggubah seperti Gioacchino Rossini (1792-1868), Vincenzo Bellini (1801-1835), dan Gaetano Donizetti (1797-1848) adalah contoh terunggul untuk penggubah opera corak ini yang berkembang pada sekitar tahun 1810 hingga ke tahun 1830. Penghormatan juga diberikan kepada penggubah kurun ke-17 Pietro Cavalli yang memperkenalkan seni bel kanto, walaupun keturusan melodi beliau agak berlainan.

Corak nyanyian bel kanto menumpukan kepada kesempurnaan tepat untuk suara, kemahiran legato, daftar tingkat suara atas yang ringan, ketangkasan, fleksibiliti suara dan timbre lirik yang "merdu". Opera bel kanto memerlukan gaya perhiasan yang meluas dan juga memerlukan ketangkasan skala suara dan kadenza. Bel kanto lebih menekankan kepada teknik yang betul daripada mementingkan jumlah nyanyian; salah satu contoh latihan dikatakan menyuruh para penyanyi untuk meletakkan lilin yang menyala di dalam mulut mereka dan menyanyi tanpa mengegarkan lilin tersebut. [1]

Selain dari di era bel kanto dan opera bel kanto, para penyanyi boleh juga menggunakan teknik nyanyian bel kanto di dalam nyanyian verismo, Wagner, Verdi dan juga corak nyanyian moden. Penyanyi-penyanyi dengan suara-suara yang lantang yang menggunakan teknik bel kanto termasuklah Eva Turner (1892-1990), Elena Nicolai (1905-1993), Todor Mazarov (Masaroff) (1907-1975), Ghena Dimitrova (1941-2005), Maria Caniglia (1904-1979) dan ramai lagi.

Walaupun ahli- ahli sejarah merujukkan tarikh bel kanto pada awal abad ke-19, istilah itu sebenarnya tidak begitu digunakan sehinggalah pada pertengahan abad ke -19. Pada masa itu, penggubah seperti Richard Wagner sudah pun mula menggunakan suara-suara lantang dan yang lebih dramatik yang menyebabkan penggubah – penggubah bel kanto mula merasai ketinggalan, seperti komen penggubah Gioacchino Rossini yang mengulas “Kita telah mula kehilangan seni bel kanto”.

Penyanyi-penyanyi soprano seperti Maria Callas (1923-1977) dan Joan Sutherland (1926- ) dianggap sebagai contoh terbaik untuk penyanyi bel kanto untuk era selepas peperangan pertama. Selain mereka, penyanyi-penyanyi seperti Virginia Zeani (1925- ) dan Leyla Gencer (1928- ) juga dianggap sebagai soprano bel kanto yang mempunyai keupayaan yang sama, namun tidak begitu ternama kerana tidak membuat banyak rakaman atau persembahan opera.

Sesetengah pengkritik berpendapat Raúl Giménez, Juan Diego Flórez dan William Matteuzzi sebagai penyanyi tenor bel kanto, walaupun sesetengah pengkritik lain beranggapan sebaliknya. Ini adalah kerana, teknik dan repertoir bel kanto sebenarnya memberi maksud yang berlainan. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Brown, M.A., 1894
  2. Ciampa, The Twilight of Belcanto, Prologo.

Buku rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bel Canto: A Theoretical and Practical Vocal Method oleh Mathilde Marchesi . Dover (1970) ISBN 0-486-22315-9
  • Bel Canto oleh James A. Stark. University of Toronto Press (2003) ISBN 0-8020-8614-4
  • The Twilight of Belcanto oleh Leonardo Ciampa. AuthorHouse, Edisi ke-2 (2005) ISBN 1-4184-5956-9
  • Bel Canto: Principles and Practices. Cornelius L. Reid. Joseph Patelson Music House (1950) ISBN 0-915282-01-1
  • Extracts From Vocal Art oleh M. Augusta Brown, The Congress of Women oleh Mary Kavanaugh Oldham (ed.), Chicago: Monarch Book Company (1894), m.s. 477.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]