Diva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maria Callas, salah seorang diva opera pada abad ke-20

Diva ialah istilah yang merujuk kepada penyanyi opera wanita terutama soprano, tetapi kini istilah tersebut dirujukkan juga kepada pengibur-penghibur wanita bukan dari genre opera seperti penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion. Istilah ini sebenarnya merujuk kepada pengibur-penghibur wanita yang mempunyai bakat yang amat cemerlang yang juga dianggap sukar untuk didapati untuk sesuatu era atau genre.

"Diva" diambil dari bahasa Itali lama yang bererti “tuhan wanita” (goddess) yang juga diambil dari perkataan kewanitaan bahasa Latin “divus” yang bermakna “seorang wanita yang terbaik”. "Diva" juga digunakan untuk merujuk kepada sikap negatif seorang penyanyi wanita yang sombong, susah untuk berkerjasama, terlalu mahal atau terlalu banyak meminta sesuatu yang tidak perlu.

Majalah TIME, pada keluaran Oktober 21, 2002, menulis: "Dari segi definasi, seorang diva, asalnya merujuk kepada penyanyi wanita terkenal opera, kerap dirujukkan kepada penyanyi-penyanyi soprano."

Penggunaan "diva", walaupun digunakan secara meluas kini kepada genre lain, masih juga berkait rapat dengan seni muzik klasikal.

Di Malaysia, beberapa penyanyi wanita seperti Sharifah Aini, Anita Sarawak dan lain-lain lagi diberi gelaran tinggi ini berdasarkan sejarah mereka di dalam bidang hiburan yang amat dihargai. Ramai lagi penghibur-penghibur wanita di serata dunia diberi gelaran ini, namun sesetengahnya adalah berdasarkan kacamata wartawan hiburan dan taraf "Diva" mereka boleh dipertikaikan.