Betik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Betik
Pokok betik dari lukisan Koehler's Medicinal-Plants (1887)
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Brassicales
Famili: Caricaceae
Genus: Carica
Spesies: C. papaya
Nama binomial
Carica papaya
L.

Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika.[1]

Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Pokok renek besar setinggi 2-7 m. Batang tunggal, tengah berongga, kulit banyak bekas parut dari batang daun. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun. Bunga jantan majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5 kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil, coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong.

Buah betik yang baru berputik dari kudup bunga.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.[2]

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.[perlu rujukan] Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.

Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Varieti[sunting | sunting sumber]

Betik dari varieti yang berlainan berbeza dari segi saiz, rupa bentuk dan rasa. Secara puratanya, ia berukuran antara 7- 60 cm dan boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Berdasarkan kepada rupa bentuk dan saiz, betik yang popular di negara-negara ASEAN boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri dari varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang bujur seperti Subang, Sitiawan dan Batu Arang. Buah daripada jenis ini mempunyai berat dalam lingkungan 1-3 kg tetepi kualiti buah dikatakan tidak begitu baik. Manakala kumpulan kedua terdiri dari varieti yang baru diperkenalkan seperti Solo dan Eksotika. Buah dari varieti ini adalah lebih kecil, berbentuk bulat, mempunyai mutu yang lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Buah betik yang ranum.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fruits of Warm Climates: Papaya and Related Species.
  2. [http://pertanian.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=123&Itemid=166 Khasiat Buah Betik]. Jabatan Pertanian Kedah. Capaian 4 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]