Birdy (pemuzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Birdy
Latar belakang
Nama lahir Jasmine van den Bogaerde
Juga dikenali sebagai Birdy
Berasal dari Lymington, Hampshire, United Kingdom[1]
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Piano, Vokal
Tahun aktif 2008-kini
Label Lady of The Lake, 14th Floor Records,[2] Warner Bros. Records,[3] Warner Music Group
Laman web birdymusic.co.uk

Jasmine van den Bogaerde (lahir pada 15 Mei 1996) juga dikenali dengan nama pentas sebagai Birdy merupakan seorang pemuzik yang berasal dari Britain. Beliau telah memenangi pertandingan muzik di Open Mic UK pada tahun 2008, iaitu pada usia 12 tahun. Versi nyanyian beliau daripada penyanyi Bon Iver yang bertajuk “Skinny Love" telah dianggap sebagai satu kejayaan, apabila lagu tersebut menaiki puncak di dalam kategori 20 carta dari United Kingdom dan di beberapa wilayah Eropah yang lain. Album sulung beliau yang bertajuk Birdy telah dikeluarkan pada 7 November 2011.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Awal dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Birdy dilahirkan pada 15 Mei 1996 di Lymington, Hampshire. Ibunya merupakan seorang pemain piano konsert. Birdy belajar bermain piano pada usia tujuh tahun dan mula menulis muzik sendiri pada usia lapan tahun.[4] Birdy kini sedang menuntut di Priestlands School di Lymington, sebuah sekolah negeri yang kecil yang pakar dalam seni persembahan dan visual. Beliau berkebolehan untuk menyanyi dan bermain piano. Bapa saudara beliau adalah seorang pelakon yang hebat iaitu Sir Dirk Bogarde. Beliau merupakan keturunan campuran Scotland, Inggeris, Belgium (Flemish) dan Belanda.[1][5]

Pada tahun 2008, iaitu pada usia 12 tahun, Birdy telah memenangi pertandingan bakat UK Open Mic UK, dan kemudian pertandingan Live and Unsigned. Beliau telah memenangi kedua-dua kategori di bawah 18 tahun dan Hadiah Utama menyaingi 10,000 pesaing yang lain.[6][7] Beliau menyanyikan lagu yang ditulis sendiri olehnya pada pertandingan yang bernama "So Be Free" di hadapan 2,000 orang.[8]

Single Pertama[sunting | sunting sumber]

Selepas pertandingan, Birdy telah ditawarkan kontrak penerbitan dengan syarikat rakaman Good Soldier Songs Ltd oleh Christian Tattersfield, pengerusi Warner Bros. Records UK[8] dan label 14th Floor Records. Sebelum ini, Christian telah menandatangani penyanyi/penulis lagu yang lain seperti David Gray.[9] Pada tahun 2009, Birdy melakukan persembahan secara langsung dengan menggunakan piano untuk Pianothon BBC Radio 3 di London.[10]

Pada Januari 2011, iaitu pada usia 14 tahun, Birdy mengeluarkan versi nyanyian semula oleh Bon Iver yang bertajuk "Skinny Love".[11] Lagu ini menjadi hit pertama oleh beliau dan memasuki UK Singles Chart, berkedudukan ke-17. Single ini dipilih sebagai "Record of The Week"[12] oleh DJ radio yang berasal dari UK iaitu Fearne Cotton[8]. Akhirnya, ia dimasukkan ke senarai B dalam stesen BBC Radio 1[2] sebaik sahaja ia dikeluarkan pada bulan Mac 2011.[3] Video muzik rasmi mengenai lagu ini telah diarahkan oleh Sophie Muller.[13] Lagu ini juga dipaparkan di dalam rancangan The Vampire Diaries, episod "The Sun Also Rises" pada 5 Mei 2011. "Skinny Love" berkedudukan nombor 1 di Belanda.

Sejak itu, Birdy telah menyanyikan semula beberapa lagu, termasuk lagu "The A Team" oleh Ed Sheeran dan lagu "Shelter" oleh kumpulan The xx. Pada 19 Julai 2011, Birdy membuat persembahan di BBC Radio 1 melalui segmen Live Lounge. Pada sesi tersebut, beliau menyanyikan lagu "Shelter" dan "The A Team". Versi nyanyian semula oleh beliau yang bertajuk "Shelter" telah ditayangkan di dalam rancangan The Vampire Diaries, episod "The End of the Affair" pada 29 September 2011.[14]

Album Sulung[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mengeluarkan album sulung nyanyian semula telah dikeluarkan pada 7 November 2011. Album ini menduduki tempat ke-13 di UK, tempat ke-40 di Ireland dan 10 teratas di Belgium dan Belanda. Pada 21 Disember 2011, Birdy telah menerima Golden Single di 3FM semasa projek Serious Request di Belanda kerana menjual lebih daripada 25,000 salinan daripada album sulungnya. Seterusnya, beliau segera mendermakan albumnya untuk lelongan dalam talian. Sehari selepas itu, Birdy menerima Golden Single daripada Studio Brussel semasa Music for Life di Belgium untuk menjual lebih daripada 15,000 salinan daripada album sulungnya. Hasil lelongan tersebut telah berjaya dijual dengan harga € 1,980.[perlu rujukan]

Pada bulan Mac 2012, Birdy adalah salah satu daripada artis yang menyumbang kepada runut bunyi filem The Hunger Games dengan single yang bertajuk "Just A Game".[15]

Pada bulan Jun 2012, Birdy telah menyanyikan lagu "Learn Me Right" bersama Mumford & Sons untuk filem Pixar iaitu runut bunyi bagi Brave.[16]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Album Butiran album Carta berkedudukan puncak Penghargaan
UK
[17]
AUS
[18]
AUT
[19]
BEL (VL)
[20]
BEL (WA)
[21]
CAN
[22]
IRE
[23]
NL
[24]
SCO
[25]
SWI
[26]
US
[27]
Birdy 13 29 25 1 6 33 40 1 18 24 62

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Carta berkedudukan puncak Penghargaan Album
UK
[17]
AUS
[31]
AUT
[19]
BEL (VL)
[20]
BEL (WA)
[21]
IRE
[23]
NL
[24]
SCO
[32]
SWI
[26]
2011 "Skinny Love" 17 85 15 3 4 35 1 17 54 Birdy
"Shelter" 50
"People Help the People" 33 2 5 5 32
2012 "1901" 72
"—" menandakan bahawa lagu itu tidak dikeluarkan di negara itu atau tidak termasuk di dalam carta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Indy Almroth-Wright Twleve year-old 'Birdy' wins UK talent contest. BBC news. December 2008. Retrieved on 2012-01-06.
  2. 2.0 2.1 Radio 1 playlist shows 14th Floor as Birdy's record label. Bbc.co.uk (2007-02-24). Retrieved on 2012-01-06.
  3. 3.0 3.1 Birdy makes Radio 1 sing. Musicweek.com (2011-03-09). Retrieved on 2012-01-06.
  4. "A new pensioner star is about to go top 1", Global Radio, February 6, 2011. Dicapai pada 2011-04-15. 
  5. Coldstream, John (2004 would open her mouth wide like a little bird, her parents named her this and it has become a nickname.
  6. Hewitt, Phil. "Review: Open Mic UK national grand final, Guildhall, Portsmouth", Chichester Observer, November 29, 2009. Dicapai pada 2011-02-17. 
  7. "News | Birdy set to fly high, and take on the UK top 40, after winning singing competition in 2008!". Openmicuk.co.uk. http://www.openmicuk.co.uk/news/view/647/Birdy-set-to-fly-high-and-take-on-the-UK-top-40-after-winning-singing-competition-in-2008. Capaian 2011-12-31. 
  8. 8.0 8.1 8.2 The Festival. New Forest Fairs news page. Newforestfoodfairs.co.uk. Retrieved on 2012-01-06.
  9. Glassman, Julie. (2005-12-28) The rise of the singer-songwriter . BBC News. Retrieved on 2012-01-06.
  10. BBC Radio 3's Pianothon. BBC 3 Classical Music. Retrieved on 2012-01-06.
  11. Maverick Sabre: Singer/Songwriter/Rapper. Titanium-music.blogspot.com. 1 July 2011. Retrieved on 2012-01-06.
  12. Birdy-Song of the week on Radio 1. River Studios News, 2011. Riverstudios.co.uk. Retrieved on 2012-01-06.
  13. Digital Birdy unveils 'Skinny Love' music video. Digitalspy.co.uk (2011-04-05). Retrieved on 2012-01-06.
  14. Archived Live Lounge recording. Bbc.co.uk. Retrieved on 2012-01-06.
  15. Johnston, Gordon. "Open Mic UK winner Birdy is flying high!", May 9, 2012. Dicapai pada 2012-05-17. 
  16. Bryko. "First Details on 'Brave' Soundtrack! (UPDATE)", May 1, 2012. Dicapai pada May 5, 2012. 
  17. 17.0 17.1 "Chart Stats – Birdy". chartstats.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Dec 2012. http://archive.is/9APn. Capaian 26 May 2011. 
  18. "Discography Birdy". australian-charts.com/. http://australian-charts.com/showinterpret.asp?interpret=Birdy. 
  19. 19.0 19.1 "Discografie Birdy". austriancharts.at/. http://austriancharts.at/showinterpret.asp?interpret=Birdy. 
  20. 20.0 20.1 "Discografie Birdy" (dalam bahasa Dutch). ultratop.be. Hung Medien. http://www.ultratop.be/nl/showinterpret.asp?interpret=Birdy. Capaian October 17, 2011. 
  21. 21.0 21.1 "Discografie Birdy" (dalam bahasa French). ultratop.be. Hung Medien. http://www.ultratop.be/fr/showinterpret.asp?interpret=Birdy. Capaian October 17, 2011. 
  22. http://jam.canoe.ca/Music/Charts/ALBUMS.html
  23. 23.0 23.1 "Irish Charts > Birdy". irish-charts.com/. Hung Medien. http://irish-charts.com/showinterpret.asp?interpret=Birdy. Capaian October 17, 2011. 
  24. 24.0 24.1 "Dutch Charts > Birdy". dutchcharts.nl/. http://dutchcharts.nl/showinterpret.asp?interpret=Birdy. 
  25. Peak positions for albums on the Scottish Albums Chart:
  26. 26.0 26.1 "Discografie Birdy". hitparade.ch/. http://hitparade.ch/showinterpret.asp?interpret=Birdy. 
  27. http://www.billboard.com/#/artist/birdy/chart-history/1752312
  28. Published Friday, Sep 30 2011, 01:40 BST (2011-09-30). "Birdy to cover Postal Service, Phoenix for debut album – Music News". Digital Spy. http://www.digitalspy.co.uk/music/news/a343061/birdy-to-cover-postal-service-phoenix-for-debut-album.html. Capaian 2011-12-31. 
  29. Certified Awards Search. BPI
  30. [1]. Gooddayz
  31. http://www.ariacharts.com.au/pages/chartifacts.htm
  32. Scottish Peak Positions:
  33. "Ultratop - Gold + Platinum Singles - 2011". ultratop. 2012-01-28. http://www.ultratop.be/nl/certifications.asp?year=2011.