Betong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan Saratok. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Cina dan Bidayuh. Daerah Betong ditadbir oleh Majlis Daerah Betong yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan Debak, Pusa, Spaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh Majlis Daerah Saratok.

Betong juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana diketahui mempunyai pantai-pantai yang tidak kurang menarik seperti pantai Tanjung Kembang dan pantai Gerigat yang terletak di Kabong.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]