Buddha di Bamiyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 34°49′55″U 67°49′36″T / 34.83194°U 67.82667°T / 34.83194; 67.82667

Lanskap Budaya dan Tinggalan Arkeologi di Lembah Bamiyan1
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Afghanistan Statua di Budda 1.jpg
Negara Bendera Afghanistan Afghanistan
Jenis Budaya
Kriteria i, ii, iii, iv, vi.
Pengenalan #208
Kawasan 2 Asia-Pasifik
Sejarah Inskripsi
Inskripsi
rasmi:
2003
Sesi Jawatankuasa Warisan Dunia ke-27
Terancam 2003-
Pautan Warisan Dunia: http://whc.unesco.org/en/list/208
  1. Nama sebagaimana ditulis secara rasmi dalam Senarai Warisan Dunia
  2. Sebagaimana dikelaskan secara rasmi oleh UNESCO

Buddha di Bamiyan (Bahasa Parsi: بت های باميان - but hay-e bamiyaan) adalah monumen patung berdiri Buddha kurun ke-6[1] yang dipahat pada tebing cenuran di Lembah Bamyan, yang mana terletak di kawasan Hazarajat, tengah Afghanistan, iaitu kira-kira 230 km (143 batu) ke barat laut Kabul pada ketinggian 2,500 meter (8,202 kski). Patung kecil yang dibina pada tahun 507, manakala yang besar pada tahun 554[1]. Patung-patung ini mewakili gabungan gaya klasik seni Gandhara.[2]

Tubuh utama patung-patung ini dipahat secara terus daripada tebing batu pasir, tetapi perincian dibuat daripada lumpur yang dicampur dengan jerami, diselaputi dengan stucco. Salutan ini, yang mana hampir haus, telah dicat bagi meningkatkan expresi wajah, tangan dan lipatan jubah; patung yang lebih besar dicat dengan warna merah tua dan yang lebih kecil dengan warna yang pelbagai.[3]

Kedua-dua patung bersejarah ini diletupkan dengan sengaja oleh pihak Taliban menggunakan dinamit pada 21 Mac 2001. Alasan yang diberi untuk pemusnahan tersebut ialah supaya Afghanistan dapat dibersihkan daripada patung-patung "berhala" yang kononnya tidak Islamik. Tindakan puak Taliban ini memusnahkan monumen berharga yang merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan kebudayaan silam Afghanistan telah dikutuk sekeras-kerasnya di peringkat antarabangsa, termasuklah semua negara-negara Islam lain dalam OIC. Switzerland dan Jepun telah berikrar untuk menjana usaha membina semula patung-patung tersebut pada suatu masa yang akan datang.

Isi kandungan

[sunting] Rujukan

[sunting] Nota kaki

  1. 1.0 1.1 Gall, Carlotta. "Afghans consider rebuilding Bamyan Buddhas", International Herald Tribune, 2006-12-05. Dicapai pada 2008-01-06. 
  2. Morgan, Kenneth W. The Path of the Buddha, Google Books. URL dicapai pada 02-06-2009.
  3. Gall, Carlotta. "From Ruins of Afghan Buddhas, a History Grows", The New York Times, 2006-12-06. Dicapai pada 2008-01-06. 

[sunting] Bacaan lanjut

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain