Burung Helang Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Helang Kinabalu
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Accipitriformes
Famili: Accipitridae
Genus: Spilornis
Spesies: S. kinabaluensis
Nama binomial
Spilornis kinabaluensis
Sclater, 1919

Burung Helang Kinabalu (bahasa Inggeris: Mountain Serpent-eagle) merupakan sejenis burung pemangsa yang boleh ditemui di utama Borneo, Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Nama sainsnya ialah Spilornis kinabaluensis.[1]

Burung ini banyak ditemui di utara Pulau Borneo. Ia merupakan salah satu spesis burung yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Burung Helang Kinabalu merupakan sejenis burung pemangsa yang terdapat di utara Borneo, Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia mendiami hutan hujan malar hijau hutan Montane bawah dan hutan Montane. Ia mengemari hutan dengan ketinggian sekitar 1,000-2,900 meter dari paras laut. Ia turut cenderung berpisah secara menegak dari burung Lang Kuik (Spilornis cheela) pada jarak beberapa ratus meter apabila keduanya mendiami tempat yang sama.

Burung Helang Kinabalu terancam akibat kehilangan habitat. Bagaimanapun, ia terdapat di kawasan Hutan Simpan Nasional Kinabalu dan Taman Negara Mulu. Habitat mereka pada altitude tinggi biasanya terlalu terasing untuk pembalakkan dan pertanian, menjadikan ruangnya selamat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]