CMA CGM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 43°18′54″N 5°21′58″W / 43.314892°U 5.366006°B / 43.314892; -5.366006 CMA CGM S.A. ialah sebuah syarikat perkapalan kontena dari Perancis yang merupakan syarikat perkapalan yang terbesar di Eropah dan ketiga terbesar di dunia. Ia beroperasi di 76 laluan perkapalan utama di antara 216 pelabuhan di 126 negara.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kontena CMA CGM yang dimuatkan ke atas sebuah trak.

Sejarah CMA CGM bermula pada tahun 1851 apabila syarikat Messageries Maritimes (MM) ditubuhkan. Satu lagi syarikat komponen, Compagnie Générale Maritime (CGM), ditubuhkan pada tahun 1855 dan dinamakan semula Compagnie Générale Transatlantique pada tahun 1861. Kedua-dua syarikat bergabung menjadi Compagnie Générale Maritime (CGM) pada tahun 1973 sebagai sebuah entiti yang diuruskan kerajaan Perancis.

Jacques Saadé mengasaskan Compagnie Maritime d'Affrètement (CMA) pada tahun 1978 yang menyediakan khidmat perkapalan sekitar laut Mediterranean. Pada tahun 1996, CGM telah diswastakan dan dijual kepada CMA, yang kemudiannya membentuk CMA CGM.[2]. Pada tahun 1998, CMA CGM membeli Australian National Lines (ANL).

Syarikat ini semakin berkembang dan telah memesan 58 lagi kapal kontena yang bakal diterima dalam masa empat tahun.

Pada 5 January 2006, CMA CGM membeli pesaing senegaranya, Delmas yang berpangkalan di Le Harve dari kumpulan Bolloré, dengan harga 600 juta Euro. Hasil pengambilalihan ini menjadikannya syarikat perkapalan ketiga terbesar di dunia di belakang A.P. Moller-Maersk Group (Denmark), dan Mediterranean Shipping Company S.A. (Switzerland).[3]


Fakta utama[4] (*teu : unit bersaman 20 kaki)
CMA CGM 2004 Delmas 2004 2004 Total 2005 pro forma
Jumlah pendapatan 4 bilion € 900 juta € 4.9 bilion € 5.95 bilion €
Jumlah pengendalian kontena 3.9 juta teu* 520 000 teu* 4.42 juta teu* 5.2 juta teu*
Jumlah kapal 195 51 246 242
Kapasiti slot 427,000 teu* 57,000 teu* 484,000 teu* 507,500 teu*
Pekerja di seluruh dunia 9,000 orang 1,100 orang 10,100 orang 10,000 orang
Pekerja di Perancis (pekerja pejabat + pelaut) 3,300 orang 600 orang 3,900 orang 4,000 orang
Kedudukan di dunia ke-4 ke-24 ke-3 ke-3

Pautan luar dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "CMA CGM website". http://www.cma-cgm.com. 
  2. Renaud Lecade. "Touché-coulé chez les frères Saadé" (reprint), Libération, 2005-07-19. (french) 
  3. CMA CGM completes the acquisition of Delmas, Jan. 10, 2006, CMA CGM press release.
  4. "Key Figures". CMA CGM. http://www.cma-cgm.com/AboutUs/Presentation/KeyFigures.aspx.