Cantabria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Comunidad Autónoma de Cantabria
Komuniti Berautonomi Cantabria
Bendera cantabria Jata cantabria
Bendera Jata
Lagu: Himno de Cantabria
Lokasi cantabria
Ibu kota Santander
Bahasa rasmi Sepanyol
Negara Sepanyol
Kerajaan
 - Presiden Miguel Ángel Revilla Roiz
Statut Autonomi 11 Januari 1982 
Keluasan
 - Jumlah 5,321 km² (-)
 km persegi 
 - Air (%) 0
Penduduk
 - Kepadatan 106.8/km² (-)
/km persegi
Zon waktu (UTC)
Domain Internet

Cantabria ialah provinsi dan komuniti berautonomi Sepanyol yang menyempadani:

Ibu negaranya Santander.

Cantabria merupakan sebahagian Green Spain (Sepanyol Hijau), nama yang diberikan kepada jalur tanah di antara Laut Cantabria dengan Pergunungan Cantabria di Sepanyol utara. Kawasan itu digelar "hijau" kerana mempunyai iklim lautan yang lembap dan sederhana, selain daripada amat dikuasai oleh angin Lautan Atlantik yang terperangkap oleh gunung-ganang. Hujan puratanya sekitar 1,200 mm, dengan ini membenarkan tumbuh-tumbuhan bertumbuh subur.

Cantabria merupakan kawasan yang paling kaya di dunia dengan tapak arkeologi dari zaman Paleolitik Akhir. Tanda pertama pendudukan manusia wujud sejak zaman Paleolitik Awal, walaupun zaman ini tidak diwakili dengan sempurna di kawasan ini. Tapak lukisan gua yang paling penting ialah Altamira yang wujud sejak sekitar 16,000 hingga 9,000 SM. Tapak itu telahpun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Provinsi Cantabria yang moden diasaskan pada 28 Julai 1778. Dengan pelulusan Undang-undang Organik Statut Berautonomi Cantabria pada 30 Disember 1981, provinsi ini memperoleh bidang, badan dan institusi pemerintahan sendiri.