Catherine Malfitano

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Catherine Malfitano

Catherine Malfitano (lahir 18 April 1948) ialah seorang penyanyi opera soprano dari Amerika Syarikat. Beliau dianggap sebagai salah seorang penyanyi lirik soprano terunggul di dunia dengan suara yang mantap, elegan dan mempunyai skill lakonan yang amat cemerlang dan penuh dramatik. Keupayaan unik tersebut menjadikan beliau sebagai salah seorang soprano yang kerap ditawarkan untuk membuat persembahan opera dan konsert oleh banyak rumah-rumah opera terkemuka dunia termasuk konsert-konsert diseluruh dunia.


Malfitano dilahirkan di bandaraya New York, anak kepada penari balet, Maria Maslova, dan pemain biola, Joseph Malfitano. Beliau mendapat pengajian di High School of Music and Art, Frank Corsaro Studio dan juga Manhattan School of Music . Beliau menamatkan pengajian muzik pada tahun 1971.[1]

Kerjaya opera[sunting | sunting sumber]

Strasbourg, Opéra National du Rhin, Catherine Malfitano in Violetta. Director Jean-Pierre Ponnelle, 1980.

Maltifano membuat persembahan profesionalnya yang partama pada 1972 di Central City Opera, memainkan peranan Nannetta dalam opera Verdi yang berjudul Falstaff. Beliau kemudiannya muncul di Minnesota Opera, dan pada 1974 di New York City Opera, dalam La bohème, sebagai Mimi. Tidak lama kemudian, beliau muncul bersama Lyric Opera of Chicago (1975) dan Royal Opera House (1976) dan juga banyak lagi rumah-rumah opera terkemuka di Eropah.[1] Pada tahun 1978, Malfitano menerima pengiktirafan besar dalam siaran TV oleh Gian Carlo Menotti untuk opera The Saint of Bleeker Street untuk peranan Annina.[2]

Bersama Plácido Domingo dalam adegan dramatik Tosca (1992)

Semenjak dari itu, tawaran untuk Malfitano datang menggolek dan diundang untuk menyanyi dan melakonkan opera di seluruh runah-rumah opera terkemuka dunia termasuk Metropolitan Opera di New York , Teatro alla Scala di Milan, Royal Opera House di London, Théâtre du Chatelet di Paris, Théâtre Royal de la Monnaie di Brussel, Grand Théâtre de Genève di Geneva, Teatro Comunale di Florence, Gran Teatre del Liceu, Berlin State Opera, Wiener Staatsoper in Vienna, Bayerische Staatsoper di Munich, Paris Opéra, Hamburgische Staatsoper di Hamburg, De Nederlandse Opera di Amsterdam , begitu juga Lyric Opera of Chicago, San Francisco Opera, Los Angeles Opera, Houston Grand Opera dan di festival opera Salzburg.[3]

Salah satu kejayaan terbesar Malfitano ialah sebagai “Floria Tosca” dalam opera Tosca, yang mana beliau telah memenangi anugerah Emmy pada tahun 1992. Opera tersebut dilakonkan bersama penyanyi tenor yang terkenal Plácido Domingo yang memegang watak “Mario Cavarodossi “ dan juga penyanyi bariton Ruggero Raimondi sebagai Scarpia. Filem opera tersebut disiarkan terus dari tempat set asal yang ditonton oleh jutaan penontoh dari serata dunia. Selain Tosca, Malfitano juga kejayaan beliau berhubungkait dengan opera gubahan Richard Strauss yang berjudul Salome.

Sepanjang kerjayanya, Malfitano telah Berjaya mendapat perhatian tinggi oleh ramai penggubah-penggubah terunggul seperti Carlisle Floyd, William Bolcom, Conrad Susa, Thomas Pasatieri dan ramai lagi.[4] Maltifano juga mula mengarah opera termasuk Madama Butterfly di Central City Opera pada tahun 2005 dan The Saint of Bleecker Street pada 2007.

Repertoir[sunting | sunting sumber]

Tosca (1992) yang memberi Malfitano anugerah Emmy

Malfitano telah menyanyi dan melakonkan lebih dari 70 peranan opera di sepanjang karier beliau dan masih terus menambahkan peranan baru dalam repertoir beliau. Antara repertoir-repertoir beliau termasuklah:-

Penggubah Opera Peranan
Richard Strauss Salome Salome
Claudio Monteverdi L'incoronazione di Poppea Poppea
Francesco Cavalli L'Ormindo Erisbe
Gian Carlo Menotti The Saint of Bleecker Street Annina
Christoph Willibald Gluck Orfeo ed Euridice Euridice
Kurt Weill The Threepenny Opera Polly Peachum
Street Scene Anna Maurrant and Rose
Gaetano Donizetti Lucia di Lammermoor Lucia
Engelbert Humperdinck Hänsel und Gretel Gretel
Ludwig van Beethoven Fidelio Marzelline dan Leonore
Francis Poulenc Les Mamelles de Tirésias Thérèse
Wolfgang Amadeus Mozart Die Entführung aus dem Serail Konstanze
La clemenza di Tito Vitellia
Le Nozze di Figaro Susanna
Don Giovanni Zerlina and Donna Elvira
Samuel Barber Antony and Cleopatra Cleopatra
Gioachino Rossini Il Turco in Italia Fiorilla
Leoš Janáček The Makropulos Affair Emilia Marty
Jacques Offenbach Les Contes d'Hoffmann The three leading female roles
Giacomo Puccini Il tabarro Giorgetta
Suor Angelica Sister Angelica
Gianni Schicchi Lauretta
Tosca Floria Tosca
La bohème Mimi
Madama Butterfly Cio-Cio-San
Jules Massenet Manon Manon Lescaut
Giuseppe Verdi Macbeth Lady Macbeth
La traviata Violetta Valery

Diskografi terpilih[sunting | sunting sumber]

  • (Richard Strauss) Salome, Polygram, 1995.
  • (Giacomo Puccini) Tosca, Teldec, 1996.
  • (Gioachino Rossini) Stabat Mater, EMI/Angel/Virgin, 1996.
  • (Christoph Willibald Gluck) Orfeo ed Euridice, Gala, 2000.
  • (William Bolcom) A View from the Bridge, New World, 2001.
  • Blue Moon Cat: Catherine Malfitano Live at Joe's Pub, Video Arts International, 2001.
  • Songs My Father Taught Me, Video Arts International, 2002.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]