Cecadu madu bakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cecadu madu bakau
Individual bunting di Filipina
Di Filipina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Chiroptera
Keluarga: Pteropodidae
Genus: Macroglossus
Spesies:
M. minimus
Nama binomial
Macroglossus minimus
(É. Geoffroy, 1810)
Julat geografi M. minimus

Cecadu madu bakau (Macroglossus minimus), turut dikenali sebagai cecadu madu kecil, ialah spesies kelawar mega. Cecadu madu bakau ialah spesies terkecil dalam keluarga Pteropodidae dengan panjang purata 60 - 85 mm. Mereka memiliki warna perang kemerah-merahan dengan rambut agak panjang berbanding spesies yang lain. Rambut pada perut berwarna pucat dan terdapat belang perang gelap dua jalur dari atas kepala ke belakang.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Cecadu Madu Bakau mewakili sekitar 14% (n = 133) dari jumlah keseluruhan kelawar buah direkodkan dalam kajian semasa. Spesies ini dilihat di 11 lokasi di Borneo: Batang Ai, Tanjung Datu, Gunung Gading, Padawan, Samunsam dan Kampong Temirat di Sarawak; Poring, Gunung Silam dan Tawau di Sabah; dan Sungai Kakap di Kalimantan Barat.

Spesies ini memiliki julat yang luas termasuk Thailand, Semenanjung Malaysia, selatan Filipina, Jawa, Borneo, New Guinea, Solomon dan utara Australia (Payne et al. 1985). Di Borneo ia direkodkan dari Kota Kinabalu, Sepilok, Sukau dan Tawau di Sabah; Bandar Sri Begawan di Brunei; Bareo, Niah dan Taman Negara Bako di Sarawak; Gunong Kenepi, Kutai dan Sungai Tengah di Kalimantan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Cecadu Madu Bakau ialah haiwan berdarah panas, dalam kumpulan kelas mamalia. Cecadu Madu Bakau jantan membentuk 53% dan betina 47% dari jumlah ditangkap. Sekitar 77% adalah dewasa dan bakinya remajadan belum matang. Kehamilan bagi Cecadu Madu Bakau betina (n = 5) dilihat pada September 1996 di Pontianak dan pada Julai di Bukit Tawau dan Poring. Lima Cecadu Madu Bakau betina lain ditangkap di Tawau dan Poring pada Julai memiliki testes bengkak menunjukkan mereka aktif secara seksual. Cecadu Madu Bakau tidak matang ditangkap pada Jun 1996 di Padawan dan dari Jun hingga Julai separa dewasa(n = 24) ditangkap berhampiran pinggir hutan Bukit Tawau dan Poring termasuk paya bakau di Perlindungan Haiwan Liar Samunsam. Dua Cecadu Madu Bakau betina dari Poring, Sabah hamil pada Julai dan di kawasan Pontianak di Kalimantan Barat hamil pada September. Cecadu Madu Bakau betina yang ditanda dibebaskan dari jaring kanopi di Poring kemudiannya ditangkap 250 m dari pinggir hutan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana haiwan mamalia lain, Cecadu Madu Bakau membiak dengan beranak. Di Malaysia, Start (1974) menggangarkan tempoh bunting bagi Macroglossus minimus adalah sekitar 120 ± 10 hari, penyusuan antara 60 hingga 70 hari dan Cecadu Madu Bakau betina polyoestrous dengan kala mengawan antara 140 hingga 160 hari. Di Negros, Filipina, Cecadu Madu Bakau betina kemungkinannya menghasilkan 2 hingga 2.5 anak setahun (Heideman 1987). Di tempat berlainan di Filipina dan Malaysia spesies ini membiak luar musim dan selaras dengan banyak makanan yang ada (Heideman 1987; Start 1974). Tiga Cecadu Madu Bakau betina ditangkap pada September dan Oktober di Pulau Lombok sedang menyusu dan kelahiran baru berlaku (Kitchener et al., 1990). Di Ampenam, Lombok, kelahiran berlangsung sepanjang tahun dan di Taman Suranadi Park Cecadu Madu Bakau betina bunting dan yang sedang menyusu ditangkap pada Ogos hingga sepanjang Oktober (Gunnell et al.1996). Cecadu Madu Bakau betina betina yang ditangkap oleh Lim et al. (1972) pada Jun di Sarawak sedang bunting. Di New Guinea, kelahiran berlaku sepanjang tahun (Flannery 1990). Gunnell et al. (1996) melaporkan kadar pertumbuhan lengan adalah 0.24 mm/sehari dan peningkatan berat 0.07 g sehari dan anak belum matang bebas terbang memiliki lengan 35.2 mm dan berat 8.6 g.

Tidak seperti C. brachyotis, spesies ini tidak direkod dalam kawasan, yang mencadangkan kumpulankecil atau kumpulan sosial bersendirian. Bunga bakau dan pisang merupakan sumber madu dan debunga yang dimakan oleh Cecadu Madu Bakau di Malaysia (Payne et al. 1985). Secara ekologi, Cecadu Madu Bakau memainkan peranan besar sebagai pendebunga kebanyakan pokok termasuk Bignoniaceae, Bombaceae, Leguminosae, Musaceae, Myrtaceae, Musaceae dan Sonneratiaceae di Semenanjung Malaysia (Start and Marshall 1976). M. minimus telah direkodkan di bakau persisiran, hutan dipterokarp, dan hutan montane rendah sehingga 1000 m (Payne et al. 1985). Ia memakan madu dan debunga. M. minimus turut ditangkap di Nypa dan paya bakau, ladang kelapa dan pisang, pinggir hutan dengan kelompok pisang dan kawasan pertanian tebang dan pindah.

Ukuran luaran[sunting | sunting sumber]

78 contoh. FA = 41.11±1.62, TL = 3.29±1.57 (9), EL = 13.46±1.18, TB = 16.59±1.01, WT = 14.76±2.54, WS = 290-316 (2), D5 = 54.50-58.69 (3).

Berlainan dengan pemerhatian muzium oleh Payne et al. (1985), jantan dewasa (MTA96272) dari Pontianak memiliki unjuran seperti ekor berukuran 5.18 mm. Pemerhatian ini selaras dengan rekod struktur ekor berukuran antara 3.10 hingga 4.24 mm bagi separa dewasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Spesiemn muzium yang diletak dalam formalin dan dikekalkan dalam alkohol diketahui mengecut selepas tempoh tertentu dan dengan itu ekor yang kecil mungkin tidak kelihatan.

Macroglossus sobrinus (Andersen) Hill long-tongued fruit bat. M. sobrinus boleh diasingkan dari M. minimus dengan menggunakan ukuran morphologi luaran. Perbandingan, M. sobranus adalah lebih panjang berbanding M. minimus dari panjang lengan (43.35 hingga 46.95 mm berbanding 40 hingga 43 mm) dan panjang kepala (30.05 hingga 30.54 mm berbanding 26 hingga 28 mm) dan lebih berat bdan lebih berat (17 hingga 23 g berbanding 13 hingga 19 g) (Medway 1978). Bagaimanapun, panjang ekor (0-2 mm berbanding 0-5 mm) dan kaki belakang (8 - 9 mm berbanding 15-18 mm) menyalahi Lekagul and McNeely (1977).

Rujukan di Borneo[sunting | sunting sumber]

  • Hall LS, Gordon G. Grigg, Craig Moritz, Besar Ketol, Isa Sait, Wahab Marni and M.T. Abdullah. 2004. Biogeography of fruit bats in Southeast Asia. Sarawak Museum Journal LX(81):191-284.
  • Karim, C., A.A. Tuen and M.T. Abdullah. 2004. "Mammals". Sarawak Museum Journal Special Issue No. 6. 80: 221—234.
  • Mohd. Azlan J., Ibnu Maryanto , Agus P. Kartono and M.T. Abdullah. 2003 "Diversity, Relative Abundance and Conservation of Chiropterans in Kayan Mentarang National Park, East Kalimantan, Indonesia". Sarawak Museum Journal 79: 251-265.
  • Hall LS, Richards GC, Abdullah MT. 2002. "The bats of Niah National Park, Sarawak". Sarawak Museum Journal. 78: 255-282.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Pteropodidae


Senarai mamalia
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
  1. ^ Waldien, D.L.; Dancy, J.; Wortham, G.; Santiago, K. (2021). "Macroglossus minimus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T12594A22027337. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-3.RLTS.T12594A22027337.en. Dicapai pada 19 November 2021.