Chữ Nôm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

 

Chữ Nôm
Jenis: Logographic
Bahasa: Vietnamese
Tempoh: circa 1200-1949
Sistem penulisan induk: Chinese characters
Chữ Nôm
Aksara Cina
Cina Tradisional
Aksara kelainan
Cina Ringkas
Cina Ringkas pusingan kedua
Kanji
- Kyujitai
- Shinjitai
Hanja
- Gugyeol
- Hyangchal
Chu Nom
- Han Tu
Seni khat Asia Timur
- Skrip Tulang Ramalan
- Skrip Gangsa
- Skrip Mohor
- Skrip Kerani
- Skrip Biasa
- Skrip Separa Kursif
- Skrip Kursif
Kaedah Input

Chữ Nôm ( atau 𡨸 atau 𡦂; "tulisan selatan") ialah sistem tulisan bahasa Vietnam yang kini pupus. Sistem tulisan ini menggunakan aksara Cina (yang dikenali sebagai Hán tự dalam bahasa Vietnam), serta aksara-aksara yang direka khas berasaskan gaya Cina. Contoh terawal chữ Nôm yang ada wujud sejak abad ke-13. Penggunaan tulisan ini hampir dihadkan kepada golongan elit Vietnam sahaja yang menggunakannya terutama untuk sastera Vietnam (surat-menyurat rasmi pula biasasnya tidak ditulis dalam bahasa Vietnam, sebaliknya dalam bahasa Cina klasik). Tulisan ini sudah diganti sepenuhnya oleh quốc ngữ yang berasaskan huruf rumi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penggunaan aksara Cina untuk melambangkan bahasa Vietnam boleh disusur-galur hingga ke , iaitu sebahagian gelaran posthumus Phùng Hưng, seroang wira kebangsaan yang berjaya merampas kembali penguasaan negara dari tangan China untuk masa yang singkat pada akhir abad ke-8. Dua aksara ini mungkin melambangkan bố cái, "bapa dan ibu" (i.e. terhormat bagai ibu bapa), atau vua cái, "raja agung". Pada abad ke-10, pengasas Dinasti Đinh (968-979) menggelar negara beliau Đại Cồ Việt (). Aksara kedua gelaran ini ialah satu lagi contoh awal penggunaan aksara Cina untuk melambangkan bunyi-bunyi asal bahasa Vietnam, namun erti perkataan yang dilambangkannya tidak diketahui (DeFrancis 1977:21-23).

Sehingga 1970-an, adalah dipercayai bahawa helaian tulisan Vietnam terlama yang masih wujud ialah batu bersurat bertarikh tahun 1343 yang mengandungi aksara Cina yang digunakan untuk melambangkan nama-nama bagi kira-kira 20 perkampungan. Bagaimanapun, ada tahun 1970, seorang pengkaji Vietnam melaporkan penemuan sebatang tiang di sebuah kuil di Bảo Ân yang wujud sejak tahun 1209, yang terukir 18 aksara Cina yang digunakan untuk mencatat nama kampung-kampung dan orang-orang yang menderma tanah beras ke pagoda. Helaian penulisan sastera terawal yang berbahasa Vietnam wujud pada tahun 1282, apabila Menteri Keadilan ketika itu Nguyễn Thuyên mengarang serangkap jampi yang dicampakkan ke dalam Sungai Merah untuk mengusir seekor buaya (DeFrancis 1977:23-24).

Lazimnya, hanya golongan elitlah yang berpengetahuan chữ Nôm, yang digunakan sebagai bantuan untuk mengajar aksara Cina (DeFrancis 1977:30). Setelah munculnya chữ Nôm, banyak karya sastera Vietnam yang dikarang oleh ramai pengarang terkenal, seperti Nguyễn Trãi dari abad ke-15, yang meninggalkan koleksi puisi-puisi Nôm terawal yang masih ada. Kesusasteraan Vietnam mekar pada abad ke-18 apabila keluarnya Kisah Kieu oleh Nguyễn Du dan lirik Hồ Xuân Hương. Karya-karya ini disebarkan secara lisan di perkampungan agar golongan buta huruf juga dapat mengetahui sastera Nôm (DeFrancis 1977:44-46).

Penyuratan rasmi pula masih menggunakan bahasa Cina klasik, kecuali ketika Dinasti Hồ yang singkat (1400-1407), apabila bahasa Cina dimansuhkan dan bahasa Vietnam dijadikan bahasa rasmi. Namun, pencerobohan China yang menyusul mengakhirkannya. Bahasa Vietnam dan bentuk tulisan chữ Nômnya menjadi alat yang digemari untuk bantahan sosial ketika Dinasti Lê (1428-1788), yang menyebabkannya diharamkan pada tahun 1663, 1718 dan 1760. Terdapat satu cubaan terakhir ketika Dinasti Tây Sơn (1788–1802) untuk memberikan darjat rasmi kepada tulisan ini, namun digagalkan oleh pemerintah-pemerintah Dinasti Nguyễn (1802-1945) yang menyusulinya. Gia Long, iaitu pengasas Dinasti Nguyễn, menyokong chữ Nôm sebelum menjadi raja, tetapi berbalik ke bahasa Cina klasik sebaik sahaja merampas kuasa (Hannas 1997:83-84).

Sejak separuh kedua abad ke-19, pihak penjajah Perancis menegah atau terus melarang penggunaan bahasa Cina klasik. Mereka memerintah pemansuhan Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang menekankan kefasihan bahasa Cina klasik, pada tahun 1915 dan 1918-1919. Kemerosotan bahasa Cina (dan maka itu juga aksara Cina) juga menandakan penurunan penggunaan chữ Nôm, kerana hubungan Nôm dan aksara-aksara Cina erat sekali (DeFrancis 1977:179). Pada separuh awal abad ke-20, chữ Nôm beransur pupus sementara quốc ngữ semakin diselaraskan dan laris kegunaannya.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Sehelai muka surat dari Tự Đức Thánh Chế Tự Học Giải Nghĩa Ca (嗣德聖製字學解義歌), ebuah buku teks peringkat permulaan abad ke-19 yang digunakan untuk mengajarkan aksara Cina kepada kanak-kanak Vietnam. Hasil kerja ini dipercayai diusahakan oleh Tự Đức, Maharaja ke-4 Dinasti Nguyễn. Dalam buku ini, chữ Nôm digunakan untuk menjelaskan aksara Cina; contoh: 𡗶 digunakan untuk mengertikan

Aksara chữ Nôm boleh dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu: yang dipinjam dari bahasa Cina dan yang direka oleh orang Vietnam.

Aksara pinjaman[sunting | sunting sumber]

Dalam chữ Nôm, aksara yang dipinjam dari bahasa Cina digunakan untuk:

  1. melambangkan kata pinjaman bahasa Cina. Kadang-kala sesuatu aksara itu mempunyai dua sebutan, satu diserap ke dalam sistem fonologi Vietnam, yang satu lagi lebih mencerminkan bacaan Cina asli (iaitu Bahasa Cina Pertengahan). Contoh, ("akar", "asas") boleh disebut vốn atau bản, yang mana vốn lebih terserap ke dalam "bacaan Nôm", manakala bản pula cenderung kepada "bacaan Cina-Vietnam". Tanda baca boleh dibubuh untuk menandakan bacaan "tempatan". Aksara 本 apabila sepatutnya dibaca vốn, maka ditulis sebagai 本㆑, dengan tanda baca di sudut kanan atas.
  2. melambangkan perkataan asli bahasa Vietnam. Contohnya, digunakan untuk melambangkan một ("satu"). Di sini 沒 hanya digunakan untuk tujuan fonetik, tanpa mengira ertinya dalam bahasa Cina. Hannas (1997:81) menyatakan bahawa beliau tidak dapat mencari apa-apa contoh penggunaan aksara Cina secara semantik untuk melambangkan perkataan asli bahasa Vietnam, dalam erti kata lain, kalau dibandingkan dengan bacaan kanji bahasa Jepun, cuma ada bacaan on, tiada bacaan kun, untuk aksara Cina dalam bahasa Vietnam. Bagaimanapun, Zhou (1998:223) memberi contoh bacaan kun dalam chữ Nôm.

Aksara rekaan[sunting | sunting sumber]

aksara rekaan boleh dibahagi kepada:

  1. semantik-fonetik yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu satu (aksara atau radikal pinjaman) yang menandakan erti semantik yang menggolongkan aksara berkenaan atau hanya maksud aksara itu, dan satu lagi (aksara pinjamana atau rekaan) sebutan kasar aksara itu. Contohnya, 𠀧 (ba "tiga") terdiri daripada untuk bahagian fonetik dan untuk bahagian semantik. Jenis aksara inilah yang paling banyak di kalangan semua aksara rekaan.
  2. aksara majmuk-semantik yang terdiri daripada dua aksara Cina yang serupa ertinya. Contohnya, 𡗶 (trời "langit", "syurga") terdiri daripada ("langit") dan ("atas").
  3. aksara Cina yang diubahsuai, yang hubungannya dengan aksara Cina asal mungkin sama ada semantik atau fonetik. Contohnya, aksara Nôm 𧘇 (ấy "itu") ialah bentuk ringkas bagi aksara Cina melalui hubungan fonetik; aksara Nôm 爫 (làm "kerja", "buruh") pula ialh entuk ringkas bagi aksara Cina melalui hubungan semantik.

Penyelarasan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1867, reformis yang bernama Nguyễn Trường Tộ mencadangkan penyelarasan chữ Nôm (bersama pemansuhan bahasa Cina klasik), tetapi sistem baru yang dipanggil quốc âm Hán tự (國音漢字, "aksara Han dengan sebutan kebangsaan") itu ditolak oleh Maharaja Tự Đức (DeFrancis 1977:101-105). Sehingga kini, chữ Nôm tidak pernah diselaraskan secara rasmi. Kesannya, sesuatu perkataan bahasa Vietnam boleh dilambangkan oleh aksara Nôm yang berlainan. Contohnya, perkataan chữ ("aksara", "tulisan") sendiri, iaitu kata pinjaman bahasa Cina, boleh ditulis sebagai 字 (aksara Cina), 𡦂 (aksara rekaan, "majmuk-semantik") atau 𡨸 (aksara rekaan, "semantik-fonetik"). Contoh yang lain pula, perkataan béo ("gemuk", "berminyak") boleh ditulis sebagai 脿 atau Chu nom fat.svg. Kedua-dua aksara adalah rekaan dengan struktur semantik-fonetik yang dibezakan dengan penanda fonetik ( lawan ).

Perisian Chữ Nôm[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebilangan alat-alatan perisian yang boleh menghasilkan aksara chữ Nôm dengan hanya menaip perkataan bahasa Vietnam dalam quốc ngữ:

  • HanNomIME, pemacu papan kekunci Vietnam berasaskan Windows yang menyokong aksara Hán dan chữ Nôm.
  • Vietnamese Keyboard Set yang membolehkan penaipan chữ Nôm dan Hán dalam Mac OS X.
  • WinVNKey, pemacu papan kekunci pelbagai bahasa berasaskan Windows yang menyokong penaipan chữ Nôm di samping penaipan aksara Cina tradisional dan ringkas.

Fon Chữ Nôm termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • DeFrancis, John (1977). Colonialism and Language Policy in Viet Nam . The Hague: Mouton.
  • Hannas, Wm. C. (1997). Asia's Orthographic Dilemma. Chapter 4, "Vietnamese". Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1842-3
  • Zhou Youguang 周有光 (1998). Bijiao wenzi xue chutan (比較文字学初探 "A Comparative Study of Writing Systems"). Beijing: Yuwen chubanshe.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Chʻen, Ching-ho (n. d.). A Collection of Chữ Nôm Scripts with Pronunciation in Quó̂c-Ngữ. Tokyo: Keiô University.
  • Nguyẽ̂n, Đình Hoà (2001). Chuyên Khảo Vè̂ Chữ Nôm = Monograph on Nôm Characters. Westminster, CA: Institute of Vietnamese Studies, Viet-Hoc Pub. Dept.. ISBN 0-9716296-0-9
  • Nguyẽ̂n, N. B. (1984). The State of Chữ Nôm Studies: The Demotic Script of Vietnam. Vietnamese Studies Papers. [Fairfax, VA]: Indochina Institute, George Mason University.
  • O'Harrow, S. (1977). A Short Bibliography of Sources on "Chũ'-Nôm". Honolulu: Asia Collection, University of Hawaii.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]