Don Giovanni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Don Giovanni (K. 527; judul lengkap: Il dissoluto punito, ossia il Don Giovanni, harfiah, Hukuman terhadap Si Hidung belang, atau Don Giovanni) ialah sebuah opera yang dipersembahkan dalam dua babak dengan muzik digubah Wolfgang Amadeus Mozart dan libreto Italinya oleh Lorenzo Da Ponte. Opera ini berlandaskan legenda Don Juan, seorang watak buaya darat dan penggoda fiksyen. Persembahan perdananya dilakukan opera Itali Prague di Teatro di Praga (Panggung Prague) (sekarang digelar Panggung Estates) pada 29 Oktober 1787.[1] Libreto Da Ponte, seperti kebanyakan libreto jenisnya pada waktu itu, digelar dramma giocoso (drama kelakar), sebuah perkataan yang menunjukkan bercampuran aksi serius dan lucu. Mozart memasukkan karya ini ke dalam katalognya sebagai opera buffa (opera jenaka). Mahupun opera ini kadang kalanya diklasifikasikan sebagai jenaka, ia mengadunkan unsur-unsur jenaka, melodrama dan kuasa ghaib.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The theatre is referred to as the Teatro di Praga in the libretto for the 1787 premiere (Deutsch 1965, 302–303); for the current name of the theatre see "The Estates Theatre" at the Prague National Theatre website.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.