Dora The Explorer
| Dora the Explorer | |
|---|---|
Dari kiri ke kanan: Swiper (di latar belakang), Dora, dan Boots |
|
| Genre | Seri Animasi |
| Pencipta | Chris Gifford Valerie Walsh Eric Weiner |
| Pengarah | George S. Chialtas Gary Conrad Sherie Pollack Arnie Wong |
| Pelakon suara | Kathleen Herles Harrison Chad Jake Burbage Ashley Fleming Jose Zelaya Marc Weiner Sasha Toto |
| Komposer lagu tema | Joshua Sitron Billy Straus |
| Negara asal | |
| Bilangan musim | 5 |
| Bilangan episod | 107 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Chris Gifford |
| Penyunting | Gayle McIntyre Karyn Finley Powell David Wigforss |
| Tempoh siaran | 30 menit |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Nickelodeon |
| Siaran asal | 14 Agustus 2000 – (masih berlangsung) |
| Kronologi | |
| Diikuti oleh | Go Diego Go! (2005-...) |
Dora the Explorer adalah siri animasi televisyen kanak-kanak dari Amerika Syarikat milik saluran televisi kabel Nickelodeon. Episode percubaan disiarkan pada tahun 1999 dan menjadi siri tetap mulai tahun 2000. Siri ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, dan Eric Weiner.
Isi kandungan |
Tokoh dan ceritera [sunting]
Dora, watak utama siri ini, adalah seorang gadis kecil yang baik hati dan senang menjelajah. Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua menjelajah untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan. Arah penjelajahan mereka biasanya dibimbing oleh peta yang saat tidak digunakan tersimpan dalam beg milik Dora. Selain peta, di dalam beg Dora juga terdapat pelbagai benda yang diperlukan dalam penjelajahan mereka. Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan membantu, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh bercakap lainnya. Satu-satunya yang sering menyekat perjalanan mereka adalah Swiper, seekor serigala. Ia suka mencuri barang-barang yang diperlukan dalam perjalanan.
Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk "turut" membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menjadi penontonnya untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu mengira, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan daripada beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper mendekat. Penyertaan disambung dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah-olah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.
Pada akhir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaannya dengan menyanyikan lagu kejayaaan. Dora pun akan bertanya pada penonton bahagian mana daripada perjalanannya yang paling disukai.
Penyiaran di televisi [sunting]
Dora the Explorer sangat berjaya sehingga sudah menghasilkan $1 juta hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.[1]
Di saluran televisyen Malaysia siri ini disiarkan dalam Versi Bahasa Melayu di TV9. Dalam beberapa episodnya, untuk versi bahasa Melayu dimasukkan beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris, sehingga siri ini sering dijadikan bahan untuk mempelajari bahasa tersebut.
Referensi [sunting]
- ↑ "Film & TV — Go, Diego, Go!". HispanicOnline.com. http://www.hispaniconline.com/a&e/05_diego.html. Capaian 28 Oktober 2008.
Pranala luar [sunting]
- (Inggeris) Dora di NickJr.com
- Dora The Explorer di Pangkalan Data Filem Internet
- (Inggeris) Dora The Explorer di TV.com
- (Inggeris) Berita, diskusi, pranala, dan blog di doratheexplorer.co.uk
- (Inggeris) Dora the Explorer di TreeHouseTV.com
- (Inggeris) Dora the Explorer di noggin.com
- (Inggeris) Artikel tentang kegunaan "Dora the Explorer" sebagai alat belajar bahasa Spanyol
- (Inggeris) Dora dan kawan-kawan