Victorious

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Victorious (ditulis gaya VICTORiOUS; harfiah bermakna Kemenangan) ialah sebuah sitkom Amerika Syarikat yang dihasilkan oleh Dan Schneider untuk Nickelodeon. Siri ini berkisar mengenai seorang calon penyanyi Tori Vega yang dilakonkan oleh Victoria Justice, yang menghadiri sekolah menengah atas seni yang dikenali sebagai Hollywood Arts, selepas menggantikan tempat kakaknya Trina (Daniella Monet) dalam pertunjukkan ketika terbabit dalam keadaan kelam-kabut setiap hari. Pada hari pertama di Hollywood Arts, dia berjumpa dengan Andre Harris (Leon Thomas III), Robbie Shapiro (Matt Bennett), Rex Powers (boneka Robbie), Jade West (Elizabeth Gillies), Cat Valentine (Ariana Grande) dan Beck Oliver (Avan Jogia). Siri ini bermula pada 27 Mac 2010 selepas Anugerah Pilihan Kanak-kanak 2010. Soundtrack pertama untuk siri, Victorious, telah dibebaskan pada 2 Ogos 2011. Siri ini telah memenangi Anugerah Rancangan TV Kegemaran di Anugerah Pilihan Kanak-kanak 2012. Soundtrack kedua, Victorious 2.0, telah dikeluarkan pada 5 Jun 2012.

Pelakon [sunting]

  • Victoria Justice sebagai Tori Vega
  • Leon Thomas III sebagai Andre Harris
  • Matt Bennett sebagai Robbie Shapiro
  • Elizabeth Gillies sebagai Jade West
  • Ariana Grande sebagai Cat Valentine
  • Avan Jogia sebagai Beck Oliver
  • Daniella Monet sebagai Trina Vega
  • Jake Farrow sebagai suara Rex Powers (tak tercatat)

Pautan luar [sunting]