Eropah Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eropah Selatan atau kadangkala Eropah Mediterranean merupakan sebuah wilayah benua Eropah. Tiada penjelasan yang dapat menjelaskan istilah tersebut mengenai faktor geografi, budaya, bahasa atau sejarah yang terdapat di sana. Telah disetujui bahawa Sepanyol, Portugal, Itali dan Yunani, lebih umum negara-negara Mediterranean di benua Eropah, merupakan sebahagian daripada Eropah Selatan. Perancis Selatan dan Turki Barat juga dimasukkan dalam wilayah ini.

Secara geografi, Eropah Selatan merupakan setengah daratan Eropah. Dalam erti kata secara relatif, tanpa batasan yang ditetapkan. Pergunungan Banjaran Alps dan Massif Tengah merupakan sempadan fizik antara Itali dan Perancis dan seluruh Eropah.

Maksud secara geopolitik Pertubuhan Bangsa-Bangsa[sunting | sunting sumber]

Negara-negara Eropah Selatan menurut pengelompokan PBB terhadap sub-wilayah.

Sebagai pekerjaan dan penerbitan rasminya, Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa mengelompokkan negara-negara dibawah sebuah kelompok wilayah. 'Eropha Selatan, seperti yang dinyatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (sub-wilayah menurut PBB), meliputi negara dan wilayah berikut:

Peta ini menampilkan wilayah Eropa dalam iklim Mediterania.

Maksud secara iklim[sunting | sunting sumber]

Maksud secara iklim Eropah Selatan sama dengan wilayah iklim Mediterranean. Iklim Mediteranean sering dianggap sebagai perwatakan Eropah Selatan. Wilayah ini juga merupakan asal tradisi makanan Eropah selatan (minyak zaitun, anggur dan terigu khususnya). Wilayah Mediterranean menampilkan alam yang serupa (bukit kering, dataran sempit, hutan pinus, pohon zaitun) dan habitat tradisional. Daerah tersebut meliputi timurlaut dan selatan dua-pertiga Portugal, setengah selatan dan pantai timur Sepanyol, pantai tenggara Perancis (bersama dengan pulau Corsica), seluruh Itali kecuali dataran Sungai Po dan daerah Banjaran Alps, pantai Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Montenegro dan Albania, sebahagian Yunani, Cyprus dan Malta.

Maksud secara bahasa dan budaya[sunting | sunting sumber]

Arti Eropa Selatan secara bahasa. Eropah Latin berwarna biru, wilayah Balkan (negara-negara Slavik selatan: bekas-Yugoslavia + Bulgaria), Albania dan Yunani berwarna hijau.

Negara-negara Eropah Latin sering dikaitkan dengan konsep Eropa hSelatan, khususnya Eropah Baratdaya (lihat Arch Latin). Yunani dan negara Balkan sering dikaitkan dengan mereka dalam konsep Eropah Selatan, khususnya Eropah Tenggara.

Senarai negara[sunting | sunting sumber]

Walaupun tidak mempunyai maksud yang tetap, wilayah berikut sering dianggap di Eropah Selatan: