Filem Ali Baba Bujang Lapok
| Ali Baba Bujang Lapok | |
|---|---|
| Pengarah | P. Ramlee |
| Pengarang | P. Ramlee |
| Lakonan | P. Ramlee Aziz Sattar S. Shamsuddin |
| Muzik | Kassim Masdor P. Ramlee |
| Sinematografi | Abu Bakar Ali Mustafa Yassin |
| Suntingan | H. R. Narayanan |
| Mula tayangan | 31 Januari 1961 |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
| Didahului oleh | Pendekar Bujang Lapok |
| Diikuti oleh | Seniman Bujang Lapok |
| Rujukan IMDb | |
Filem Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 31 Januari 1961. Filem Ali Baba Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Ali Baba Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 31 Januari 1961. Ia berasaskan kisah Ali Baba dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Seperti filem Bujang Lapok yang lain, filem ini dibintangi P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah, serta dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil filem di mana P. Ramlee memegang watak jahat.
Isi kandungan |
[sunting] Ringkasan
Trivia: Filem ini pernah diharamkan tayangannya pada awal tahun 1960-an di Malaysia (Tanah Melayu). Versi asal filem ini mengisahkan tiga orang bujang lapuk, Ramlee, Aziz dan Sudin yang bermimpi tentang kehidupan di Baghdad, kisah Ali Baba. Versi ini kemudiannya diubah sepertimana yang dapat kita saksikan pada permulaan cerita yang memaparkan filem ini membawa kisah sandiwara Bujang Lapok. Sebab itulah tajuknya dikekalkan sebagai Ali Baba Bujang Lapok.
Ali Baba (Aziz Sattar) adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya ke rumah Kassim Baba untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba yang kedekut (S. Shamsuddin) kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang tidak berguna. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.
Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut.
Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, kumpulan penyamun tersebut membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan.
Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Setelah anak buahnya dua kali gagal, si ketua itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Hamba Ali Baba, Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Merjina seterusnya membebaskannya.
[sunting] Pelakon
- P. Ramlee sebagai Ketua Penyamun
- Aziz Sattar sebagai Ali Baba
- S. Shamsuddin sebagai Kassim Baba
- Normadiah sebagai Aloyah
- Sarimah sebagai Marjina
- K. Fatimah sebagai Norsiah
- Ibrahim Pendek sebagai Sarjan
- Leng Hussain sebagai Apek Tukang Kasut
- Shariff Dol sebagai Orang Kaya Muflis
- M. Rafee sebagai Penyamun Bin Rafee
- Ali Fiji sebagai Penyamun Bin Fiji
- A. Rahim sebagai Penyamun Bin Matarosan
- H.M. Busra sebagai Penyamun Gemuk
- Nyong Ismail sebagai Tuan Tabib
- Zaiton sebagai Penghibur Gundik
- S. Kadarisman sebagai Tukang cuci mayat
- Mustarjo sebagai Hamba kedi
[sunting] Lagu
- Alhamdulillah Syukur Nikmat
- Beginilah Nasib Diriku Yang Malang
- Hoi Hoi Yahoi! Lagu Penyamun
- Aiya! Cik Siti
- Ya Habi Bi Ali Baba