Frigat Type 26

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Type 26 Capability.jpg
BAE Systems design, 2017
Ringkasan kelas
Nama: Frigat Type 26
Pembina: BAE Systems Maritime – Naval Ships
Pengguna:
Didahului oleh:
Sub-kelas:
Kos:
  • UK:
    • GB£9.87 bilion (2017) untuk 8 unit (anggr.)
    • GB£1.23 bilion (2017) per unit (anggr.)
  • Australia:
    • A$35 bilion (2018) untuk 9 unit + ToT (angrr.)
    • A$3.9 bilion (2018) per unit (anggr.)
  • Kanada:
    • CA$69.8 bilion (2019) untuk 15 unit + ToT (anggr.)
    • CA$4.65 bilion (2019) per unit (anggr.)
Dibina: Anugerah kontrak untuk 3 buah daripada 8 buah kapal telah diumumkan pada 2 Julai 2017[1]
Dalam perkhidmatan: Pertengahan-2020an (dirancang)[2]
Dibina: 3[3]
Dirancang:
Ciri-ciri umum (Kelas City)
Jenis: Frigat peperangan anti kapal selam [2]
Sesaran: 6,900 t (6,800 long ton; 7,600 short ton),[7] 8,000+ t muatan penuh[8][9]
Panjang: 149.9 m (491 ka 10 in)[7]
Lunas: 20.8 m (68 ka 3 in)[7]
Jana kuasa:
Halaju: Lebih 26 knot (48 km/j; 30 mph)[7]
Jarak: Lebih 7,000 nmi (13,000 km) dengan pemacu motor elektrik [7]
Bot & lancang
yang dibawa:
2
Anak kapal: 157[7] (muatan untuk 208 anak kapal)[7]
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
pengumpan IRVIN-GQ DLF [10]
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
  • Ruang muatan untuk 2 buah helikoter:
  • Wildcat, dipersenjatai dengan;
    • 4 × peluru berpandu anti kapal Sea Venom, atau
    • 2 × torpedo anti kapal selam Sting Ray
    • 20 × peluru berpandu anti permukaan pelbagai peranan Martlet
    • cas kedalaman Mk 11
  • atau
  • AgustaWestland Merlin, dipersenjatai dengan;
Kemudahan penerbangan:
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel[19]
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
Ciri-ciri umum (Kelas Hunter)
Sesaran: 10,000 t (9,800 long ton; 11,000 short ton) sesaran muatan penuh[20]
Panjang: 149.9 m (492 ka)
Lunas: 20.8 m (68 ka)[21]
Jana kuasa: Sebagai kelas City
Halaju: 27+ knot
Jarak: 7,000 batu nautika (13,000 km; 8,100 bt) dengan pemacu motor elektrik
Anak kapal: 180 anak kapal, dengan penginapan untuk 208 orang
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
pelancar pengumpan Nulka
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan: Sepertima kelas City
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel:
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
    • Helikopter ke-2 (MH-60R atau MRH-90)
    • 4 × 11 m RHIB
    • 10 × kontena 20-kaki
    • UAV dan UUV[24]
Ciri-ciri umum (Penempur Permukaan Kanada)[25]
Sesaran: 7,800 tan (9,400 tan[26])
Panjang: 151.4 m (496 ka 9 in)
Lunas: 20.75 m (68 ka 1 in)
Draught: 8 m (26 ka 3 in)
Jana kuasa: Sepertimana kelas City
Halaju: 27 knot (50 km/j; 31 mph)
Jarak: 7,000 nmi (13,000 km; 8,100 bt)
Anak kapal: 204
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Arahan & Kawalan:
  • Sistem Tempur Lockheed Martin Canada CMS 330 dengan AEGIS Fire Control Loop
  • USN Cooperative Engagement Capability (sensor netting)
  • Penderia Pengawasan & Senjata:
  • Radar AESA 3D Lockheed Martin Canada AN/SPY-7(V)1 Solid State
  • MDA Solid State AESA Target Illuminator
  • Radar nagigasi Band X & S
  • Sistem Elektro-Optik dan Infra Merah
  • Sistem Peperangan Bawah Air:
  • sonar aktif: Ultra Electronics Sonar S2150 (dipasang pada badan kapal)
  • sonar pasif: Ultra Electronics jujukan ditunda (pelbagai kedalaman)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Tindak balas torpedo ditunda Ultra Electronics SEA SENTOR S21700
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
Nota:
  • Ruang Misi Fleksibel:
    • Sistem Pengendalian Ruang Misi Rolls-Royce
    • Kapasiti sokongan misi modular untuk kontena dan kenderaan laut
    • 2 × bot pelbagai peranan 9–12 m
    • 1 × bot penyelamat 9 m

Frigat Type 26 atau frigat kelas City adalah satu kelas frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja, di mana versinya juga dibina untuk tentera laut Australia dan Kanada .[3] Program ini yang dikenali sebagai Kapal Tempur Global, telah dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom untuk mengantikan sebahagian daripada 13 buah frigat Type 23 serta untuk pasaran eksport.[31] Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi peperangan anti kapal selam sementara pada masa yang sama mampu menyokong pertahanan udara dan operasi kegunaan am.[7] Frigat ini merupakan pelantar laut pertama yang dikongsi antara Australia, Kanada dan United Kingdom sejak pembinasa kelas Tribal.

Program ini telah bermula pada tahun 1998, di bawah nama program Penempur Permukaan Masa Depan (FSC). Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2010, program perolehan ini berubah menjadi Kapal Tempur Global, berikutan dengan pengumuman satu kontrak rekabentuk selama 4 tahun bernilai £127 juta yang dianugerahkan kepada BAE Systems Maritime – Naval Ships.[32] Fasa rekabentuk melepasi Pagar Utama 1 pada awal tahun 2015, dengan Fasa Demonstrasi bermula pada 1 April 2015. Pada Ogos 2015\, bahan-bahan long lead untuk Type 26 telah dipesan, dengan kerja-kerja pengeluaran akan bermula pada tahun 2016 dan kapal Type 26 pertama akan diserahkan pada tahun 2023.[33] Pada bulan November 2016, satu pengumuman dibuat bahawa keluli pertama bagi lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja akan dipotong pada musim panas 2017.[34] Kapal-kapal ini akan dibina di limbungan kapal milik BAE Systems di Govan dan Scotstoun yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow.[35] Anugerah kontrak untuk membina frigat Type 26 telah diumumkan oleh BAE Systems pada 2 Julai 2017,[1] dengan pemotongan keluli untuk kapal pertama dari kelas ini, HMS Glasgow akan dilakukan pada 20 Julai 2017 oleh Setiausaha Pertahanan Negara, Sir Michael Fallon.[36]

Pada bulan Jun 2018, kerajaan Australia telah mengumumkan bahawa ia telah memilih versi ubahsuai sdari platform Type 26 dalam rancangan pengantian kelas-Anzac.[37] Tentera Laut Diraja Australia akan membeli sehingga 9 buah kelas-Hunter yang mana akan dibina oleh BAE Systems Australia di limbungan ASC, Osborne, South Australia.[5][38]

Pada 8 Februari 2019, Menteri Perolehan Carla Qualtrough telah mengumumkan bahawa kerajaan Kanada telah menganugerahi Lockheed Martin Canada sebuah kontrak bernilai C$185 juta untuk mereka sebuah armada yang terdiri sehingga 15 buah kapal frigat berdasarkan Type 26 ( Penempur Permukaan Kanada), di mana kos keseluruhan program bernilai $60 bilion. Jumlah kontrak akan meningkat berdasarkan kerja-kerja rekabentuk. Kontrak rekabentuk awal adalah dengan Irving Shipbuilding dari Halifax.[39]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Penempur Permukaan Masa Depan[sunting | sunting sumber]

Kapal Tempur Global Combat mula dibangunkan di bawah program Penempur Permukaan Masa Depan asal yang bertujuan untuk mengantikan frigat Type 22 dan Type 23 dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja. Rancangan untuk mengantikan kapal pengiring bermula pada tahun 1998 dengan pesanan untuk kapal penyelidikan, RV Triton, untuk mengkaji sama ada rekabentuk sebuah trimaran adalah praktikal untuk sebuah kapal yang besar dan kompleks. Bagaimanapun, rekabentuk yang lebih konvensional lebih disukai. Pada bulan Mac 2005, rancangan telah diterbitkan untuk penyelesaian dua kelas, sebuah "Kapal Terbitan Saiz Sederhana" yang lebih murah akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2016–19 dan sebuah "Penempur Permukaan Versatil" yang lebih berupaya akan memasuki perkhidmatan sekitar tahun 2023.[40]

Pada awal tahun 2006, Kementerian Pertahanan memulakan sebuah program Sustained Surface Combatant Capability (S2C2) yang akan mengkaji sinergi antara FSC dan keperluan-keperluan lain, seperti kapal penyapu ranjau, kapal peronda dan kapal tinjauan. Menjelang awal tahun 2007, program ini memperincikan tiga keperluan iaitu; C1, C2 dan C3. C1 merujuk pada platform untuk peperangan anti kapal selam dengan sesaran sekitar 6,000 tan. C2 pula merujuk pada platform kegunaan am dengan sesaran dalam julat 4–5,000 tan, manakala C3 adalah Korvet Global untuk mengantikan sejumlah besar kapal-kapal bersaiz kecil yang berada dalam perkhidmatan, seperti kapal penyapu ranjau, peronda dan tinjauan. Korvet Global dengan sesaran sekitar 2–3,000 tan.[41]

Konsep C3 bermula pada awal tahun 2004 apabila Kementerian Pertahanan mengeluarkan satu Permohonan Untuk Maklumat (RFI) untuk satu kelas kapal kecil yang dikenali sebagai Korvet Global. Kos operasi yang rendah dan kemampuan untuk beroperasi di kawasan-kawasan cetek dan pantai di mana kapal-kapal besar tidak dapat digunakan; merupakan faktor-faktor penting. BAE Systems, VT Group, Thales dan Rolls-Royce memberi tindak balas pada musim luruh 2004 dengan konsep berbeza daripada sebuah Kapal Peronda Luar Pantai yang lengkap seberat 1,500 tan kepada sebuah "korvet" yang lebih maju dan berupaya dengan berat 3,000 tan, selari dengan program Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.

Konsep FSC kemudian dibawa dalam belanjawan 2008, dengan dana pilihan untuk dua buah pembinasa Type 45 tidak akan dibeli (kapal ke-7 dan 8).[42] Pada tahun 2009, BAE Systems menerima sebuah kontrak untuk merekabentuk frigat C1 dan C2 dengan jangka hayat selama 25-tahun. Sejumlah 18 buah kapal (10 buah C1 dan 8 buah C2) telah dirancang untuk memasuki perkhidmatan bermula pada tahun 2020, pada tahap sebuah kapal setiap tahun.[43] Pada awal tahun 2010, verspi C3 telah digugurkan untuk memberi laluan kepada program Keupayaan Penyapu Ranjau, Hidrogradi dan Rondaan.

Kapal Tempur Global[sunting | sunting sumber]

Kenyataan rasmi berkenaan Penempur Permukaan Masa Depan (kemudian hilang menjelang tahun 2010), bahawa pada 25 Mac tahun itu; BAE Systems telah dianugerahkan oleh Kementerian Pertahanan satu kontrak berdurasi selama 4 tahun dan bernilai £127 juta untuk merekabentuk sepenuhnya sebuah kelas baharu kapal perang yang dikenali sebagai "Kapal Tempur Global", dahulunya didesignasi sebagai C1 dalam program FSC. Jangkaan pada waktu itu adalah kapal pertama akan mula memasuki perkhidmatan menjelang tahun 2021.[44][45] Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik Oktober 2010 (SDSR) telah mengesahkan komitment kerajaan dalam program Kapal Tempur Global, dan berkata; "Sebaik sahaja selepas tahun 2020, frigat Type 23 akan digantikan oleh Type 26, direka di mana peranan dan kebolehan berdasarkan keperluan strategik boleh diadaptasikan dengan mudah".[46] Laporan penilaian ini juga mengumukan bahawa frigat Type 22 yang masih ada akan dilucut tauliahkan tanpa digantikan, oleh itu mengurangkan jumlah armada pengiring Tentera Laut Diraja daripada 23 buah pembinasa dan frigat kepadsa 19 buah (6 buah pembinasa Type 45 dan 13 buah frigat Type 23).[46]

Asas kerja awal BAE Systems untuk reabentuk Kapal Tempur Global adalah sebuah kapal dengan panjang 141 meter, sesaran 6,850 tan dan julat operasi 7,000 batu nautika pada halaju 18 knot.[47] Bagaimanapun, pada 30 November 2010 laporan menyebut bahawa spesifikasi ini telah diturunkan dalam usaha untuk mengurangkan kos daripada £500M kepada £250–350M per kapal. Seterusnya, perincial spesifikasi baharu yang muncul menunjukan sebuah kapal yang lebih kecil seberat 5,400 tan yang menekankan konsep fleksibiliti dan modulariti.[48]

Tidak seperti FSC, Kapal Tempur Global hanya mempunyai satu rekabentuk badan. Bagaimanapun, sama seperti keluarga frigat pelbagai peranan FREMM dari Itali/Perancis, tiga versi dicadangkan untuk pasaran eksport: iaitu satu rekabentuk setiap satu untuk peranan anti kapal selam (ASW), peperangan anti pesawat (AAW), dan kegunaan am (GP).[49][50]

Walaupun satu keputusan telah dibuat pada bulan November 2010 untuk mengurangkan keperluan spesifikasi dan keupayaan bagi rekabentuk Kapal Tempur Global, menjelang tahun 2014 konsep rekabentuk oleh BAE Systems kembali ke asas kerja asal di mana sebuah frigat besar dengan sesaran 6,900 tan.[7] Pada bulan Februari 2015, Kementerian Pertahanan dan BAE Systems telah menandatangani satu kontrak bernilai £859 juta bagi meneruskan pembangunan dan perkembangan ke arah pengeluaran.[51] Satu fasa demonstrasi selama 12-bulan bermula pada 1 April 2015 dan selepas satu lanjutan masa selama 12 bulan pada Mac 2016, ia dijadualkan akan siap pada bulan Jun 2017.[52]

Di sebabkan kos perolehan kapal-kapal ini, Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada tahun 2015 telah mengurangkan jumlah pembelian frigat Type 26 daripada 13 buah kepada 8 buah kapal. Jurang yang wujud akan dipenuhi oleh frigat kelas baharu yang akan dikenali sebagai Type 31.

Pada 2 Julai 2017, BAE Systems telah mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai sekitar £3.7 bilion oleh Kementerian Pertahanan UK untuk membina tiga buah pertama frigat Type 26. Kenyataan BAE menyatakan bahawa keluli untuk kapal pertama di Glasgow mula dipotong "dalam beberapa minggu akan datang."[1] Pada bulan September 2015, kos program dianggarkan pada £11.5 bilion, untuk sejumlah 13 buah Kapal Tempur Global.[53] Kos untuk lapan buah kapal sepertimana dalam sebut harga adalah £8 bilion pada tahun 2016.[54] Tiga buah kapal yang dipesan pada tahun 2017 bernilai £3.7 bilion.[1] Pada bulan Julai 2021, dalam satu respon ke atas pertanyaan di Parlimen bahawa frigat Type 26 akan dilengkapi dengan Senjata Anti Kapal/Krus Masa Depan bermula pada tahun 2028.[55]

Kerjasama[sunting | sunting sumber]

Kapal Tempur Global telah direka dengan tujuan untuk pasaran eksport. Semasa dalam satu perdebatan di House of Common pada 31 Januari 2011, ia telah didedahkan bahawa Australia, Malaysia, New Zealand, dan Turki telah menunjukan minat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global.[perlu rujukan]

Australia[sunting | sunting sumber]

Kerajaan United Kingdom dan Australia sebelumnya telah meneroka akan kemungkinan sebuah kerjasama dalam rekabentuk C1 dan C3 dalam program Penempur Permukaan Masa Depan, yang terkait rapat dengan keperluan Tentera Laut Diraja Australia untuk mengantikan frigat kelas-Anzac dengan sebuah frigat kelas baharu.[56] Dua buah negara ini kemudian menandatangani satu kerjasama pertahanan pada bulan Januari 2013 di mana Australia berjanji untuk bekerjasama dalam rekabentuk Kapal Tempur Global bagi menyiasat kesesuaiannya untuk program perolehan mereka.[57] Pada bulan April 2016, Perdana Menteri Malcolm Turnbull telah mengesahkan bahawa Kapal Tempur Global merupakan salah satu daripada tiga rekabentuk yang telah disenarai pendek untuk mengantikan frigat kelas Anzac.[58]

Pada bulan September 2016, kerajaan Australia telah menganugerahkan BAE Systems satu kontrak untuk memperbaiki rekabentuk Kapal Tempur Global Type 26 untuk Tentera Laut Diraja Australia di bawah program SEA 5000 (Frigat Masa Depan).[59] Australia telah mengeluarkan satu Permohonan Untuk Tender (RFT) bagi menyokong program ini pada akhir Mac 2017. Program ini bernilai AUD35 bilion (AS$26.25 bilion).[60] Pada 10 Ogos 2017, BAE Systems mengumumkan bahawa ia telah menghantar bidaan untuk program SEA 5000.[61] Perdana Menteri Malcolm Turnbull membuat pengumuman pada bulan Jun 2018, bahawa BAE telah memenangi kontrak dan Australia akan membina 9 buah kapal konsep Type 26 yang telah diubahsuai di Adelaide.[62]

Kanada[sunting | sunting sumber]

Semasa perdebatan di House of Commons pada 31 Januari 2011, dewan didedahkan bahawa kerajaan Kanada berminat untuk bekerjasama dalam program Kapal Tempur Global dan kedua-dua pihak di UK dan Kanada berada "perbincangan tertutup".[63] Bagaimanapun, sebuah kesatuan Kanada telah berkempen bahawa program Kapal Tempur Global akan mengancam para pembina kapal di Kanada, dan dalam satu kempen pilihanraya Mei 2011 seorang jurucakap kepada Peter MacKay, yang mana merupakan Menteri Pertahanan Kanada pada masa itu, menolak penglibatan dalam program Britain.[64] Turki juga kemudian menolak rekabentuk frigat ini pada tahun 2012 dengan alasan tidak memenuhi keperluannya.[65]

Meskipun Kanada sebelumnya menafikan kerjasama dalam program Britain, pada bulan Mei 2016 IHS Janes melaporkan bahawa Kapal Tempur Global masih merupakan salah satu pesaing untuk perolehan Penempur Permukaan Kanada.[66] Pada bulan November 2017, sebuah konsortium yang diketuai oleh Lockheed Martin telah menyerahkan "Cadangan CSC" mereka yang mana berdasarkan rekabentuk Type 26 oleh BAE Systems, bagi projek frigat masa depan untuk Tentera Laut Diraja Kanada.[67]

Pada 19 Oktober 2018, pengumumkan dibuat bahawa BAE-Lockheed Martin telah dipilih sebagai pembida 'diutamakan' dalam program Penempur Permukaan Kanada dan kerajaan Kanada akan memulakan rundingan untuk menganugerahkan satu kontrak untuk 15 buah kapal bernilai CAD$60 bilion kepada BAE dan Lockheed Martin Canada, kontraktor utama bagi program ini. Bidaan mereka berjaya mengalahkan tawaran daripada Alion Science and Technology di mana cadangan mereka adalah berdasarkan rekabentuk frigat Arahan dan Pertahanan Udara, De Zeven Provinciën dari Belanda dan Navantia/Saab/CEA Technologies dengan cadangan mereka berdasarkan frigat F-105 yang digunakan oleh Tentera Laut Sepanyol.[6][68]

Pada 21 November 2018, Alion Science and Technology telah memfailkan kes di Mahkamah Persekutuan dan memohon satu penilaian kehakiman di atas keputusan, dengan mendakwa bahawa pemenang bidaan adalah "tidak berupaya untuk memenuhi keperluan mandatori kritikal" dalam tender rekabentuk, termasuk keperluan halaju mandatori yang disetkan oleh Tentera Laut Diraja Kanada.[69]

Pada 27 November 2018, Tribunal Perdagangan Antarabangsa Kanada (CITT) telah mengarahkan pihak Kerajaan untuk menunda keputusan untuk memuktamadkan perjanjian pembelian kapal ini, sementara aduan dari Alion disiasat. Pada 11 Disember 2018, CITT memberi lampu hijau kepada Kerajaan untuk meneruskan anugerah kontrak kepada Lockheed, akan tetapi siasatan akan pematuhan frigat Type 26 terhadap syarat-syarat Kanada akan diteruskan.[70] Tribunal menggugurkan kes ini sepenuhnya pada bulan Februari 2019.[71]

Kontrak rekabentuk Penempur Permukaan Kanada telah ditandatangani pada 7 Februari 2019 oleh kerajaan Parti Liberal. Kontrak rekabentuk dengan konsortium Irving dan the Lockheed Martin-BAE telah dirundingkan dengan pantas, hanya mengambil masa selama tiga bulan.[72][73]

Kemungkinan kerjasama[sunting | sunting sumber]

Brazil[sunting | sunting sumber]

Pada September 2010, kerajaan Britain dan Brazil telah mencapai satu persetujuan pertahanan, termasuk potensi jualan lima atau enam buah Kapal Tempur Global untuk Tentera Laut Brazil.[74] Pada bulan berikutnya, BAE Systems secara rasmi menyediakan cadangan terperinci kepada Tentera Laut Brazil, untuk sebuah pakej termasuk Kapal Tempur Global selain versi untuk kapal tangki kelas Wave dan kapal peronda kelas River.[75]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kapal Tempur Global direka dengan konsep fleksibiliti dan modular untuk meningkatkan ciri serba bolehnya meliputi julat operasi penuhnya, termasuk keselamatan maritim, menentang pelanunan dan pengganas, serta operasi bantuan bencana dan kemanusiaan. Rekabentuk serba boleh ini akan menyokong sokongan sepanjang hayatnya, dengan memastikan sebarang program peningkatan boleh dilakukan dengan mudah selari dengan pembangunan teknologi.[7] Setakat tahun 2017, tapak sesawang BAE Systems mencadangkan sesaran pada 6,900 tan, kapal sepanjang 149.9 m (492 ka), lunas sepanjang 20.8 m (68 ka) dan halaju tertinggi melebihi 26 knot (48 km/j). Kapal Tempur Global Cakan memiliki anak kapal teras seramai 157 orang dengan jumlah bilik boleh memuatkan sehingga 208 orang.[7]

Kapal Tempur Global telah direka untuk bertahan selama 60 hari dengan jarak sekitar 7,000 batu nautika (13,000 km).[7] Di buritan, terdapat kemudahan yang membolehkan pergerakkan bot-bot boleh kembung berbadan rigid, kenderaan permukaan tanpa pemandu atau sonar jujukan ditunda.[76] Sebuah Runag Misi Integrasi yang besar dan hangar terletak di tengah kapal, yang mana membenarkan pelbagai jenis misi dan peralatan berkaitan disimpan.[7] Pesawat yang bersaiz setara dengan Boeing Chinook boleh diterbangkan daripada dek penerbangannya yang luas, dan hangarnya boleh memuatkan sehingga dua buah helikopter bersaiz AgustaWestland AW159 Wildcat atau AgustaWestland Merlin.[77] Hangar ini juga mempunyai ruang untuk menempatkan pesawat udara tanpa pemandu.

Kapal Tempur Global versi Tentera Laut Diraja juga dirujuk sebagai frigat Type 26. Frigat ini akan dilengkapi dengan radar pencari Type 997 Artisan 3D dan peluru berpandu pertahanan udara Sea Ceptor (CAMM) melalui 48 buah kanister sistem pelancaran menegak (VLS) canisters. Selain itu, tambahan 24 unit sel sistem pelancaran menegak Mark 41 juga dipasang di hadapan bridge. Pada 8 Julai 2021, pengesahan dibuat bahawa peluru berpandu anti kapal buatan Britain-Perancis, FC/ASW akan dipasang pada Type 26,[14] yang mana kemungkinan akan dilancarkan daripada Mark 41 VLS. Mark 41 juga mampu menembak peluru berpandu seperti peluru berpandu serangan darat Tomahawk, roket anti kapal selam atau ESSM berkembar empat.[15][78][10]

Sepertimana frigat Type 23 yang akan digantikannya, Kapal Tempur Global akan memiliki badan kapal yang secara akustiknya senyap untuk peperangan anti kapal selam dan dipasang dengan sebuah sonar haluan generasi baharu, Ultra Electronics Type 2150 dan sebuah sonar jujukan ditunda Sonar 2087 yang berkuasa.[79] Kapal Tempur Global juga akan dipasang dengan meriam-meriam dengan saiz kaliber yang berbeza. Ia tidak akan menggunakan meriam nalut 4.5 inci Mark 8 yang kini digunakan oleh Tentera Laut Diraja, tetapi akan dilengkapi dengan meriam laut 5 inci, 62-kaliber Mark 45 yang memenuhi standard NATO buatan BAE. Meriam-merian kecil termasuk dua buah Phalanx CIWS, dua laras Meriam Kaliber Kecil Automatik 30mm DS30M Mark 2 dan sejumlah minigan dan mesingan kegunaan am.[80]

Sistem pendorongan kapal-kapal Tentera Laut Diraja akan mempunyai sebuah turbin gas dengan pemacu terus dan empat buah penjana diesel halaju tinggi yang memacu dua buah motor elektrik dalam konfigurasi gabungan diesel-elektrik atau gas (CODLOG).[10][81] Pada tahun 2012, Rolls Royce telah mempakejkan semula enjin MT30 yang digunakan pada kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth untuk membolehkan ia dipasang pada kapal-kapal yang bersaiz lebih kecil.[82] MT30 akan dipasang pada frigat Type 26.[83] BAE Systems telah mencadangkan bahawa beberapa pelanggan akan memasang enjin turbin gas manakala pelanggan-pelanggan lain lebih menyukai untuk mengorbankan 2–3 knot penurunan halaju dengan memilih enjin diesel yang lebih murah.[48] Konfigurasi CODLOG untuk pendorongan adalah lebih ringkas berbanding dengan versi pendorongan gabungan diesel-elektrik dan gas (CODLAG) yang digunakan pada frigat Type 23, manakala rekabentuk sezaman dengan Kapal Tempur Global – iaitu kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth dan pembinasa Type 45 menggunakan pendorongan elektrik integrasi (IEP).

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

HMS Glasgow sedang dibina pada bulan Jun 2021

Kerja pemotongan keluli untuk tiga buah kapal pertama daripada lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja telah dilakukan pada 20 Julai 2017.[36] Pada bulan Julai 2015, BAE Systems telah mengumumkan bahawa kontrak pengeluaran untuk tujuh jenis peralatan pertama bagi frigat Type 26 bernilai lebih daripada £170 juta. Kontrak-kontrak ini dianugerahkan kepada Babcock International untuk membekalkan sistem pengendalian persenjataan udara; David Brown Gear Systems Ltd untuk kotak giar pendorongan dan kemudahan ujian; GE Power Conversion untuk motor pendorongan elektrik, sistem pemacu dan kemudahan ujian; Raytheon Anschütz bagi sistem integrasi bridge dan navigasi termasuk rekabentuk dan pembangunan berdasarkan kehendak pelanggan, sebuah kemudahan integrasi daratan, dan satu rangkaian luas perkhidmatan; Rolls Royce Power Engineering untuk turbin gas; Rohde & Schwarz UK Ltd untuk sistem komunikasi; WR Davis Kanada untuk sistem eksos dan funnel ambilan dan keluaran kapal.[84][85]

Pada bulan Disember 2016, BAE Systems mengumumkan anugerah enam tambahan peralatan untuk frigat Type 26 kepada Detegase dari Sepanyol untuk sistem rawatan air dan kumbahan, Salt Separation Services untuk peralatan penyulingan air laut, Johnson Controls untuk loji penyejukkan air, Marine Systems Technology Ltd untuk hatch dan pintu kedap air, cuaca dan gas, dan Rolls Royce untuk komponen-komponen penstabil dan pemanduan. Kontrak juga dianugerahkan kepada Pellegrini Marine Equipments dari Itali. Kontrak-kontrak ini bernilai £380 juta daripada jumlah keseluruhan pelaburan dan rangkaian pembekalan untuk frigat Type 26.[86]

Berdasarkan Gary McCloskey, ketua rangkaian bekalan untuk frigat Type 26 di BAE Systems, menjelang bulan Mac 2017 antara 40 hingga 50 pembekal akan terlibat dalam program frigat Type 26, dan sekitar 33 memiliki kontrak penuh.[87]

Pada 5 April 2017, Raytheon Anschütz telah mengumumkan kejayaan integrasi Sistem Maklumat Paparan Carta Elektronik Kapal Perang (WECDIS) di dalam Integrated Navigation and Bridge Systems (INBS) mereka bagi frigat Type 26.[88]

Pada bulan Julai 2017, BAE Systems menyatakan bahawa program Type 26 kini menggaji lebih daripada 1,200 orang dalam rangkaian bekalan di UK, dan pada masa hadapan akan mencipta peluang untuk lebih 3,400 peluang pekerjaan di BAE Systems dan rangkaian bekalan maritim di UK.[1] Ia juga menyatakan bahawa pada bulan Julai 2017, selari dengan pengumuman kontrak-kontrak tambahan, jumlah pelaburan dalam rangkaian belakan untuk Type 26 akan mencapai £500 juta. 14 buah syarikat dan dianugerahkan kontrak semasa pengumuman pada bulan Julai termasuk Babcock untuk grid pendaratan helikopter, MSI Defence Systems untuk meriam kaliber kecil, dan Thales untuk sistem sonar jujukan ditunda. Kontrak terbesar pada Julai adalah pembelian keluli struktur untuk tiga buah kapal pertama kepada kilang keluli di UK dan Eropah oleh Dent Steel Services Ltd.[89]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Rancangan asal untuk Tentera Laut Diraja adalah 13 buah Kapal Tempur Global (8 buah peperangan anti kapal selam dan 5 buah kegunaan am), oleh itu mengantikan armada frigat Type 23.[90][91] Bagaimanapun, keputusan dari Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik pada November 2015 telah memutuskan bahawa hanya 8 buah frigat Type 26 untuk peranan ASW yang akan ditempah. Dana untuk 5 buah frigat Type 26 bagi peranan am akan digunakan untuk membangunkan sebuah kelas frigat kegunaan baharu yang lebih ringan dan mampu milik.[92]

Di sebabkan jangkaan kos yang lebih rendah, kerajaan mencadangkan bahawa ia akan membenarkan sejumlah peningkatan dalam jumlah keseluruhan frigat dalam Tentera Laut Diraja.[92] Frigat kegunaan am ini akan didesignasikan sebagai frigat Type 31e.[93] Pada bulan Julai 2016, BAE mendedahkan dua rekabentuk frigat kegunaan am untuk memenuhi kehendak kerajaan; iaitu kelas Avenger dan kelas Cutlass.[94]

Penamaan kapal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, satu kempen timbul untuk menamakan salah sebuah kapal sebagai HMS Plymouth, walaubagaimanapun nama-nama kapal Tentera Laut Diraja dinamakan melalui Jawatankuasa Lencana dan Nama Kapal.[95] Pada bulan Julai 2017, pembinaan kapal pertama bermula di Govan; semasa kerja-kerja pembinaan bermula, pengumuman dibuat bahawa kapal ini akan dinamakan sebagai HMS Glasgow.[3] Kapal kedua (meskipun rancangan asal sebagai kapal ketiga dari Batch 1) diumumkan sebagai HMS Belfast pada bulan September 2017. Kruiser ringan pada era Perang Dunia 2 HMS Belfast (C35), sebuah muzium kapal, akan dinamakan sebagai "HMS Belfast (1938)" oleh Muzium Perang Imperial untuk mengelakkan "sebarang kemungkinan kekeliruan".[96][97]

Pada bulan Mac 2018, First Sea Lord telah mengumumkan bahawa kapal kedua dari kelas ini akan dinamakan HMS Cardiff.[98] Pada bulan September 2018, pengumuman dibuat bahawa kapal pertama dari 5 buah kapal dalam Batch 2 akan dinamakan HMS Birmingham.[99] Pada bulan November 2018, kapal-kapal seterusnya dalam Batch 2 diumumkan akan dinamakan sebagai HMS Sheffield,[100] HMS Newcastle,[100] HMS Edinburgh[101] and HMS London.[102][103] Dari lapan nama-nama ini, enam sebelumnya digunakan pada kapal pembinasa Type 42, manakala HMS London dan HMS Sheffield merupakan frigat Type 22.

Senarai kapal[sunting | sunting sumber]

Nama No. Pennant Pembina Dipesan Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Status
Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Kelas City– Batch 1
Glasgow F88 BAE Systems, Glasgow 2 Julai 2017 20 Julai 2017[36] Dalam pembinaan
Cardiff F89 14 Ogos 2019[104] Dalam pembinaan
Belfast F90[105] 29 Jun 2021[106] Dalam pembinaan
Kelas City – Batch 2
Birmingham BAE Systems, Glasgow Diumumkan
Sheffield Diumumkan
Newcastle Diumumkan
Edinburgh Diumumkan
London Diumumkan
Bendera tentera laut Australia Tentera Laut Diraja Australia
kelas Hunter – Batch 1
Hunter BAE Systems dan ASC Shipbuilding, Adelaide 30 Jun 2018 Dijangka, 2022[107] Dijangka, 2031[107] Dipesan
Flinders Dipesan
Tasman Dipesan
Bendera tentera laut Kanada Tentera Laut Diraja Kanada
Penempur Permukaan Kanada
TBD Konsortium Irving Shipbuilding dan Lockheed Martin Canada-BAE Systems, Halifax TBD Dirancang

Kapal-kapal serupa[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 13 hulls were originally planned. However, this number was reduced to 8 in favour of acquiring 5 cheaper and smaller Type 31e frigates.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Manufacturing contract for Type 26 Global Combat Ship awarded to BAE Systems". BAE Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2017. Dicapai pada 2 July 2017.
  2. ^ a b c d "SDSR 2015 Defence Fact Sheets" (PDF). UK Ministry of Defence. 15 January 2016. m/s. 10. Dicapai pada 15 January 2016.
  3. ^ a b c "First of Royal Navy's new frigates named HMS Glasgow". STV News. STV. 20 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2017. Dicapai pada 20 July 2017.
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2016. Dicapai pada 20 October 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ a b Wroe, David (28 June 2018). "British frigate program to seed Australia's own warship industry, Turnbull says". Sydney Morning Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2018. Dicapai pada 28 June 2018.
  6. ^ a b "Type 26 named as the design for Canadas future warship". Ottawa Citizen. 19 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2018. Dicapai pada 19 October 2018.
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m BAE Systems. "Products – Global Combat Ship". Global Combat Ship. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2017. Dicapai pada 9 March 2017.
  8. ^ Chuter, Andrew (9 November 2014). "Britain Struggles With Costs for New Frigates". Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2015.
  9. ^ House of Lords – Hansard – Defence: Type 26 Frigates Diarkibkan 8 Mac 2017 di Wayback Machine, .publications.parliament.uk, 26 January 2015
  10. ^ a b c d e "Q&A with BAE Systems on Type 26 Frigate Design Update at Euronaval 2012". www.navyrecognition.com. Belgium. 10 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2013. Dicapai pada 20 January 2013.
  11. ^ a b "Type 26 Frigate – Global Combat Ship". www.navyrecognition.com. 30 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2018. Dicapai pada 12 December 2018.
  12. ^ "New navigation radar system for Royal Navy – News stories – GOV.UK". Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2017. Dicapai pada 24 July 2016.
  13. ^ "IMO Certified Naval Radar Solution". Terma. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2020. Dicapai pada 24 October 2018.
  14. ^ a b "MOD written question". Hansard. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2021. Dicapai pada 27 July 2021.
  15. ^ a b Trevithick, Joseph. "Canada's New Frigate Will Be Brimming With Missiles". The Drive. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  16. ^ Scott, Richard (4 December 2014), "UK confirms Mk 41 VLS selection for Type 26", Jane's Navy International, IHS, diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2014
  17. ^ Allison, George (1 August 2017). "BAE video shows Type 26 Frigate customised for Australia". UK Defence Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2020. Dicapai pada 6 July 2018.
  18. ^ "£183 million deal for new gun on Type 26 Global Combat Ship sustains 43 skilled UK jobs". Royal Navy. 28 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2017. Dicapai pada 25 March 2017.
  19. ^ Trevithick, Joseph. "Everything You Need To Know About The Royal Navy's New Type 26 Frigates". The Drive. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  20. ^ ParlInfo – Foreign Affairs, Defence and Trade Legislation Committee : 02/06/2021 : Estimates : DEFENCE PORTFOLIO : Department of Defence
  21. ^ "Hunter Class FFG". www.navy.gov.au. Royal Australian Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2021. Dicapai pada 5 June 2019.
  22. ^ "Joint Media Release – Prime Minister, Minister for Defence and Minister for Defence Industry – New Approach to Naval Combat Systems". Department of Defence. Department of Defence. 3 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2021. Dicapai pada 2 October 2017.
  23. ^ Kerr, Julian (17 May 2017). "Anti-submarine future frigates to be armed with SM-2 missiles to blunt far-distant attacks". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 6 June 2017.
  24. ^ Kerr, Julian (5 March 2019). "The Type 26 frigate mission bay. Part 2 – configuration and contents". Save the Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 1 June 2018.
  25. ^ a b "RCN Canadian Surface Combatant (CSC) Factsheet" (PDF). Royal Canadian Navy. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  26. ^ Brewster, Mathew (13 February 2021). "It will be at least a decade before Canada sees any of its new frigates". CBC News.
  27. ^ "MBDA Confirms Sea Captor Order for Canadian Surface Combatant". Naval News. 19 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  28. ^ Pugliese, David. "Canada commits $200 million to development of next generation of Seasparrow missile". Ottawa Citizen. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2019. Dicapai pada 3 February 2019.
  29. ^ "Canada approved for SM-2 Block IIIC missile purchase". Janes.com. 6 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  30. ^ "Canada Selects Leonardo Naval Gun Systems for the CSC Combat Ships". Naval News. 22 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 23 April 2021.
  31. ^ Type 26 Global Combat Ship Diarkibkan 29 Jun 2015 di Wayback Machine, royalnavy.mod.uk. Retrieved 23 January 2016.
  32. ^ "Global Combat Ship". BAE Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2018. Dicapai pada 26 July 2011.
  33. ^ "First parts ordered for UK's new Type 26 frigates". Janes. 6 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2016. Dicapai pada 25 April 2016.
  34. ^ "Work on eight Type 26 frigates to begin in Summer 2017". BBC News. 4 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2016. Dicapai pada 4 November 2016.
  35. ^ "BAE Systems engaging the Type 26 supply chain. The supply chains for a modern warship are complex and call for careful management, as defence writer Mark Lane discovers talking to BAE Systems' Gary McCloskey". www.contracts.mod.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  36. ^ a b c "First Type 26 frigate named HMS Glasgow". BBC. 20 July 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2018. Dicapai pada 20 July 2017.
  37. ^ "The Hunter class – defending Australia and securing our shipbuilding sovereignty". 29 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2018. Dicapai pada 29 June 2018.
  38. ^ "SEA 5000 winner revealed". Defence Connect. 28 June 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2018. Dicapai pada 28 June 2018.
  39. ^ "Ottawa awards design contract for $60-billion warship fleet to Lockheed Martin". CTV News. 8 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2019. Dicapai pada 8 February 2019.
  40. ^ "House of Commons Hansard — Written Answers for 16 Mar 2005: Column 265W". Hansard. House of Commons. 16 March 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Dicapai pada 26 July 2011.
  41. ^ "House of Commons Written Answers: Defence". Hansard. House of Commons. 12 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2012. Dicapai pada 26 July 2011.
  42. ^ Ministry of Defence Annual Report and Accounts Volume I including the Annual Performance Report and Consolidated Departmental Resource Accounts (PDF). Ministry of Defence (Laporan). HM Government. 21 July 2008. m/s. 98. ISBN 978-0-10-295509-5. HC 850-I. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 June 2011. Dicapai pada 26 July 2011. Six of these highly advanced and capable ships have been ordered, but following the 2008 planning round we no longer intend to place orders for any further Type 45 destroyers.
  43. ^ "Across the ocean come jobs – with the warship that's a vision of future". Portsmouth "The News". 23 November 2009. Dicapai pada 26 July 2011.
  44. ^ "Clyde shipyard jobs secured as BAE Systems land £127m contract to help design new frigate for Royal Navy". Daily Record. Glasgow. 25 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2011. Dicapai pada 26 July 2011.
  45. ^ "BAE wins £127m contract to design Navy warship". BBC. 25 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada 26 July 2011.
  46. ^ a b "Securing Britain in an Age of Uncertainty: The Strategic Defence and Security Review" (PDF). HM Government. October 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 October 2012. Dicapai pada 26 July 2011.
  47. ^ "Type 26". navalshipbuilding.co.uk. 30 March 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2016. Dicapai pada 15 July 2016.
  48. ^ a b Sweetman, Bill; Nativi, Andy; Tusa, Francis; Eshel, David (10 May 2011). "Changing Needs Influence Warship Design". Aviation Week. Dicapai pada 19 May 2011.
  49. ^ "The Type 26 Global Combat Ship – A Renaissance Warship?" (PDF). RUSI. June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2014. Dicapai pada 12 August 2014.
  50. ^ "Type 26 Global Combat Ship (GCS) Programme". Naval Technology. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 11 August 2014.
  51. ^ "MoD signs £859m Type 26 warship development deal". BBC News Online. 20 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2015. Dicapai pada 22 February 2015.
  52. ^ "Type 26 class". IHS Jane's. 16 November 2016. Dicapai pada 21 March 2017.
  53. ^ Ballpark Cost Revealed For Royal Navy Frigates, defensenews.com, 25 September 2015
  54. ^ "Commons Select Committee (Defence) – Naval Procurement: Type 26 and Type 45, 20 July 2016". parliament.uk. House of Commons. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2020. Dicapai pada 3 August 2016.
  55. ^ "House of Commons Daily Report" (PDF). House of Commons of the United Kingdom. 8 July 2021. m/s. 14–15. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 July 2021. Dicapai pada 10 July 2021.
  56. ^ Scott, Richard (22 January 2010). "UK, Australia begin talks on future ship projects". Jane's Defence Weekly. Jane's Information Group.
  57. ^ Donaldson, Kitty (18 January 2013). ".U.K., Australia Pledge Cooperation on BAE Frigate Design". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 January 2015. Dicapai pada 7 March 2017.
  58. ^ Anderson, Stephanie (18 April 2016). "Malcolm Turnbull says 12 offshore patrol vessels to be built in Adelaide". ABC News. ABC News (Australia). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2016. Dicapai pada 18 April 2016.
  59. ^ "BAE Systems told to refine Type 26 design for new Australian frigates". navaltoday.com. navaltoday.com. 1 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 May 2017. Dicapai pada 9 May 2017.
  60. ^ "BAE Systems boosts Type 26 bid for Australia". janes.ihs.com. Jane's Defence Weekly. 4 July 2017. Dicapai pada 4 July 2017.
  61. ^ "BAE Systems submits bid for SEA 5000". baesystems.com. BAE Systems. 10 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2017. Dicapai pada 31 August 2017.
  62. ^ Taylor, Rob (28 June 2018). "Australia's $26 Billion Warship Deal Goes to Britain's BAE". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2018. Dicapai pada 28 June 2018.
  63. ^ "House of Commons: Debates". Hansard. House of Commons. 31 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2011. Dicapai pada 19 May 2011.
  64. ^ "Ottawa won't be working with U.K. on building warships". CTV News. 6 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2011. Dicapai pada 26 July 2011.
  65. ^ Ekşi, Özgür (21 May 2012). "Lockheed Martin sole bidder left for frigates". Hurriyet Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2013. Dicapai pada 7 July 2012.
  66. ^ Donald, David (28 May 2016). "GCS sets course for Canada [CANSEC2016D2]". IHS Janes. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2016. Dicapai pada 26 May 2016.
  67. ^ "Lockheed Martin Details its Canadian Surface Combatant Proposal". Navy Recognition. 28 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 29 November 2017.
  68. ^ "Lockheed Martin selected as preferred designer for Canada's next generation of warships". CBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 March 2019. Dicapai pada 19 October 2018.
  69. ^ "Frigate design decision challenged in Federal Court, putting $60B program in limbo". CBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2018. Dicapai pada 22 November 2018.
  70. ^ "Government gets OK to give warship contract to Lockheed Martin as trade tribunal backtracks". National Post. 11 December 2018. Dicapai pada 26 December 2018.
  71. ^ "Trade tribunal tosses U.S. firm's complaint about warship-design competition". CTV News. 1 February 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2019. Dicapai pada 8 February 2019.
  72. ^ Pugliese, David (7 February 2019). "Liberals sign Canadian Surface Combatant contract- deal to be announced Friday". Ottawa Citizen. Dicapai pada 21 June 2021.
  73. ^ "Canadian surface combatant". Government of Canada. 3 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2020. Dicapai pada 21 June 2021.
  74. ^ Hoyos, Carola (13 September 2010). "Brazil defence deal raises BAE contract hopes". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2010. Dicapai pada 26 July 2011.
  75. ^ "Britain's Future Frigates". Defense Industry Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2010. Dicapai pada 28 October 2010.
  76. ^ "Type 26 Global Combat Ship (GCS) Programme". Naval Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 10 December 2015.
  77. ^ "Global Combat Ship — Capabilities". BAE Systems. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2018. Dicapai pada 19 May 2011.
  78. ^ "The Type 26 Frigate fleet will be armed with missiles". UK: ukdefencejournal.org. 27 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2017.
  79. ^ Sweetman, Bill (15 October 2012). "Low Risk, Flexibility Drive Type 26 Design". Aviation Week & Space Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 24 October 2021.
  80. ^ Administrator (30 September 2011). "Type 26 Frigate – Global Combat Ship". www.navyrecognition.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 10 December 2015.
  81. ^ "GE to Power and Propel Type 26 Frigates with High-Efficiency, Low-Noise Electrical Drive Systems". www.navyrecognition.com. 2 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 July 2014. Dicapai pada 2 July 2014.
  82. ^ Chuter, Andrew (23 August 2012). "Process Begins to Equip Royal Navy's Type 26 Frigate". Defense News. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2013.
  83. ^ "Rolls-Royce completes factory acceptance test for first gas turbine for Royal Navy's Type 26 Global Combat Ship" (Siaran akhbar). Rolls-Royce. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2017. Dicapai pada 11 March 2017.
  84. ^ "BAE Systems has awarded the first equipment manufacturing contracts for the Type 26 Global Combat Ships, worth in excess of £170m". BAE Systems (Siaran akhbar). 6 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  85. ^ "Raytheon Anschütz to provide integrated bridge systems for new UK Royal Navy Ship" (Siaran akhbar). Raytheon Anschütz. 5 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 16 January 2017.
  86. ^ "Further suppliers come aboard UK Type 26 Programme" (Siaran akhbar). BAE Systems. 7 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 11 April 2017.
  87. ^ "BAE Systems engaging the Type 26 supply chain. The supply chains for a modern warship are complex and call for careful management, as defence writer Mark Lane discovers talking to BAE Systems' Gary McCloskey". Defence Contracts Online. Ministry of Defence. 3 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 7 April 2017.
  88. ^ "Raytheon Anschütz integrates WECDIS in UK Type 26 Global Combat Ship Program". www.navyrecognition.com. 5 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 6 April 2017.
  89. ^ "Manufacturing equipment contracts awarded, supporting around 550 jobs across the UK maritime industry. Bringing the total investment in the supply chain to more than £500m". BAE Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 August 2017. Dicapai pada 13 August 2017.
  90. ^ "Type 26 Frigates". Dicapai pada 10 December 2015.
  91. ^ "DEFENCE: Type 26 Frigates", House of Commons Hansard Written Answers, Column 833W, 24 May 2012, diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2015, dicapai pada 10 December 2015
  92. ^ a b David Cameron in the House of Commons Diarkibkan 3 Jun 2021 di Wayback Machine, Guardian.com, November 2015
  93. ^ "New Royal Navy general purpose frigate to be known as Type 31". Dicapai pada 24 July 2016.[pautan mati]
  94. ^ "BAE unveils General Purpose Frigate concepts". IHS Janes. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 March 2017. Dicapai pada 15 July 2016.
  95. ^ "Warships", House of Commons Hansard Written Answers, Column 361W, 5 September 2014, diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2015, dicapai pada 10 December 2015
  96. ^ Young, David (27 September 2017). "New Royal Navy warship to be named HMS Belfast". Irish Times. Press Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2020. Dicapai pada 27 September 2017.
  97. ^ "Defence Secretary names new warship HMS Belfast in Northern Ireland". Royal Navy. 27 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2017. Dicapai pada 27 September 2017.
  98. ^ "First Sea Lord announces HMS Cardiff on Twitter". 1 March 2018.
  99. ^ "UK set for new Birmingham warship and will keep amphibious assault ships, Defence Secretary announces". 30 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
  100. ^ a b "New warship to be named HMS Sheffield". BBC. 22 November 2018. Dicapai pada 22 November 2018.
  101. ^ "Last Type 26 To Be Named Announced As HMS Edinburgh". Forces.net. 29 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2018. Dicapai pada 29 November 2018.
  102. ^ "PM speech to the Lord Mayor's Banquet: 12 November 2018". gov.uk. 12 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2018. Dicapai pada 13 November 2018.
  103. ^ "Navy's Eighth Type 26 Frigate Formally Named". Forces Network. 13 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2018. Dicapai pada 13 November 2018.
  104. ^ "First steel cut for HMS Cardiff". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 August 2021. Dicapai pada 29 May 2020.
  105. ^ Warlow, Ben; Bush, Steve (2021). Pendant Numbers of the Royal Navy. Seaforth Publishing. m/s. xii. ISBN 978 1 5267 9378 2.
  106. ^ "HRH Prince William starts construction on the UK's third Type 26 frigate for the Royal Navy | BAE Systems". BAE Systems | International (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2021. Dicapai pada 29 June 2021.
  107. ^ a b "Australia's Hunter-class frigates are coming, but maybe not soon enough". The Strategist. 26 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2020. Dicapai pada 10 December 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]