Gangnam Style

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Gangnam Style"
Single oleh PSY
daripada album PSY's Best 6th Part 1
Dikeluarkan pada Julai 15, 2012 (2012-07-15)
Format Single CD, muat turun digital
Genre Hip house, electro house, Hip hop, K-Pop
Panjang 3:39
Syarikat YG, Universal Republic
Penulis Yoo Gun-hyung, PSY
Kronologi single PSY
"It's Art"
(2011)
"Gangnam Style"
(2012)
"Oppa Is Just My Style"
(2012)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
"Gangnam Style"
Hangul 강남스타일
Hanja 스타일
Perumian Semakan Gangnamseutail
McCune–Reischauer Kangnamsŭt‘ail

"Gangnam Style" (Bahasa Korea: 강남스타일, IPA: [kaŋnam sɯtʰail]) ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawaknya, iramanya yang menarik[1] serta tarian PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, apabila ia menduduki tangga teratas Carta Gaon.[2] Video muziknya telah ditonton lebih 884 juta kali setakat 4 Disember 2012 (2012-12-04),[3] menjadikannya video K-pop yang paling banyak ditonton di YouTube.


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Gangnam Style" merupakan ungkapan kata basahan dalam bahasa Korea yang memaksudkan gaya hidup serba mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam,[4] sebuah kawasan kaya-raya di Seoul,[5] di mana masyarakatnya serba trendy, hip dan mempamerkan "kelas" yang tertentu. Istilah ini disenaraikan dalam senarai kosa kata mingguan majalah Time sebagai "kelakuan yang dikaitkan dengan gaya hidup yang serba mewah di daerah Gangnam, Seoul".[6] Dalam temubual bersama CNN, PSY membandingkan Gangnam dengan Beverly Hills, California.[7]

"Gangnam ialah sebuah wilayah di Seoul, Korea. Saya menyifatkannya sebagai berbudi bahasa pada waktu siang, tetapi bertukar liar pada waktu malam. Saya membandingkan kaum wanita dengan wilayah ini — berbudi bahasa pada waktu siang, berkelakuan liar pada waktu malam — jadi menurut seni katanya, sayalah lelaki yang sesuai untuk wanita sedemikian," kata Psy.[8]

Lagu ini adalah mengenai "teman wanita terbaik yang tahu bila hendak beradab sopan dan bila hendak berkelakuan liar."[9] Baris ulang lagu ini, "오빤 강남 스타일 (Oppan Gangnam seutail)" diterjemahkan sebagai "Abang Gangnam Style", iaitu diri Psy sendiri;[10][11]"oppa" merupakan perkataan dalam bahasa Korea yang digunakan oleh kaum perempuan untuk memanggil abang atau teman lelaki yang lebih tua daripada mereka.[12]

Lagu ini merupakan satira ke atas budaya penggunaan lagak di Korea Selatan; satira ini agak berlainan dalam muzik Korea Selatan, terutamanya genra K-Pop yang terkenal dengan pop bubblegumnya.[13] South Korea mencatat takat peggunaan lagak yang agak tinggi. Hutang kad kredit negara ini mencapai 155% pendapatan boleh gunanya, dan hutang sedemikian digalakkan oleh kerajaan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi. Salah satu contoh penggunaan lagak yang paling ketara ialah kopi yang mahal. Kaum wanita yang dikenali sebagai Doenjangnyeo membelanjakan duit yang banyak untuk membeli kopi yang mahal sambil berpuas hati dengan hidangan ramen yang murah. Oleh itulah, Psy menyoroti amalan minum kopi dalam lagunya ini.[13]

Seni katanya ditulis oleh PSY, muziknya digubah oleh Psy dan Yoo Gun-hyung, dan disusun oleh Yoo Gun-hyung, iaitu seorang penerbit muzik terkenal di Korea Selatan yang pernah bekerja bersama Psy sebelum ini. Dalam bidang K-Pop, tidak ramai artis yang menulis lagunya sendiri atau mengkoreograf video sendirinya seperti Psy.[13]


Video muzik[sunting | sunting sumber]

Video muzik "Gangnam Style" memaparkan Psy yang membuat tarian ala menunggang kuda yang lucu di lokasi-lokasi yang tidak disangka-sangka di sekitar Daerah Gangnam, seperti kelas yoga luar bangunan dan takung mandi panas. Ia menampilkan "persendaan kepada imej Gangnam" oleh "Psy yang bukan orang Gangnam"; lawak ini pasti difahami oleh sesiapa yang mengenali budaya Korea.[14]

Dalam K-Pop, adalah satu kebiasaan untuk menampilkan selebriti undangan dalam video muzik, seperti babak tarian dalam lif dan tempat letak kereta.[13] Antara mereka yang muncul dalam video ini ialah:

  • Ahli 4minute, Hyuna yang memainkan peranan sebagai teman wanita Psy serta tampil dalam dua babak tarian yang terakhir.[15][16]
  • Ahli-ahli BIGBANG, Daesung dan Seungri muncul dalam video ini sebagai dua orang tua yang bermain permainan papan di taman; merekalah yang ditiup oleh letupan di latar belakang.[17]
  • Hwang Min-woo, seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun yang menari di awal video. Ketika ditemu bual oleh CNN, Psy menjelaskan bahawa "pada malam sebelum penggambaran video muzik, saya sedang menonton Korea's Got Talent dan menyaksikan dia menari ikut rentak lagu Michael Jackson. Gerak-gerinya sungguh melucukan, jadi kami memanggilnya untuk menjemputnya masuk ke dalam video muzik yang dirakam pada keesokan hari, jadi dia datang dan semuanya menjadi."[7][16] Dia telah dipuji kerana gerak-geri tariannya yang menarik perhatian ramai penonton.[18]
  • Pelawak/pengacara televisyen, Yoo Jae-Suk, beradu tarian dengan Psy.[15][16]
  • Pelawak/pengacara televisyen, No Hongchul, menari dalam lif bersama tarian busung pelvis dengan Psy yang ber-rapping di celah kakinya.[15][16]

Video muzik ini menunjukkan Psy menari di pelbagai lokasi di Gangnam.[15] Walaupun ditampilkannya sepuluh lebih lokasi, namun hanya dua babak yang betul-betul dirakam di daerah Gangnam. Babak sauna, lif, bilik mandi dan lain-lain dirakam di tempat-tempat lain seperti Wilayah Gyeonggi atau Incheon.[19] Psy kelihatan telah mengunjungi semua lambang stereotaip kekayaan di Korea Selatan sebelum kamera itu menunjukkan bahawa beliau berada di suatu tempat yang tidak berapa istimewa; contohnya, yang kelihatan sebagai pantai mewah sebenarnya kotak pasir di padang main.[13]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Apabila "Gangnam Style" mula-mula dikeluarkan pada 15 Julai 2012, ia hanya dikenali oleh peminat K-Pop, khususnya yang meminati keluaran label rakaman Psy, iaitu agensi pengurusan YG Entertainment. PSY memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa beliau pada asalnya "tidak membuat videonya ini untuk tontonan luar negara...Selama ini, video ini untuk peminat tempatan."[10] Walau apapun, para peminat K-Pop terus mengeposkan video tersebut di rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dan tidak lama kemudian, ia mencuri perhatian para pengguna Internet yang bukan peminat K-Pop. Dalam masa yang singkat, para selebriti antarabangsa turut mengongsikan video ini bersama peminat-peminat mereka.

Kira-kira sebulan selepas keluarannya, pada 17 Ogos, "Gangnam Style" menduduki kedudukan teratas di rancangan TV muzik Korea, Music Bank[20] di KBS 2TV.

Pada awal Ogos 2012, media antarabangsa mula memberikan perhatian kepada "Gangnam Style", maka lagu ini menjadi lagu sukaramai seluruh dunia. Pada 4 Ogos, wartawan Deborah Netburn untuk The Los Angeles Times menulis bahwa "Gangnam Style" "tidak boleh dihalang" dan sedang "menakluki dunia".[9] Pada minggu terakhir Ogos, Billboard Magazine melaporkan bahawa PSY naik lapan tangga di carta mingguan Billboard Social 50 untuk membolot tangga teratas selama tiga minggu.[21] Pada 15 September, "Gangnam Style" menjadi lagu K-pop pertama yang menduduki tangga #1 di carta iTunes.[22] Pada 17 September, lagu ini dicalonkan untuk anugerah Video Terbaik di 2012 MTV Europe Music Awards yang bakal diadakan di Frankfurt, Jerman.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Psy's 'Gangnam Style' Dance Takes Over 'GMA' – Video (5:33). ABC News. 2012-09-12. http://abcnews.go.com/GMA/video/psys-gangnam-style-dance-takes-gma-17217294. Diperolehi 2012-09-14.
  2. ":: 가온차트와 함께하세요 ::" (dalam bahasa Korean). Gaon Chart. Diperolehi pada 10 August 2012. 
  3. officialpsy (2012-07-15). "PSY – GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V" (YouTube). 
  4. Fekadu, Mesfin (2012-08-27). "Wild, Crazy Style". The Express. Associated Press. 
  5. Benjamin, Jeff (2012-07-31). "Fall in Love With Psy's 'Gangnam Style' – Korean Rapper Goes Viral". Billboard. Diperolehi pada 2012-08-10. 
  6. Steinmetz, Katy (2012-09-12). "Wednesday Words: Gangnam Style, Geek Speak and More". NewsFeed.time.com. TIME.com. Diperolehi pada 2012-09-14. "a manner associated with lavish lifestyles in Seoul’s Gangnam district." 
  7. 7.0 7.1 Cha, Frances (2012-08-17). "Psy's interview on CNN". CNN Blog. CNN. Diperolehi pada 2012-08-17. 
  8. National Public Radio (September 15, 2012) "In South Korea, K-Pop Gets New King" All Things Considered
  9. 9.0 9.1 Netburn, Deborah (2012-08-04). "Giddy up! S. Korean rapper Psy's 'Gangnam Style' is unstoppable". Los Angeles Times (Tribune Co). ISSN 0458-3035. Diperolehi pada 2012-08-31. 
  10. 10.0 10.1 Yang, Jeff (2012-08-28). "Gangnam Style’s U.S. Popularity Has Koreans Puzzled, Gratified". Wall Street Journal blog. Wall Street Journal. 
  11. Cho, Joohee; Lee, Sungeun (2012-08-14). "South Korean Rapper PSY's 'Gangnam Style' Goes Viral". ABC News. 
  12. Kim, Jea (9 Ogos 2012). "PSY's "Gangnam Style" and "Gangnam Oppa" in "Architecture 101"". My Dear Korea. Diperolehi pada 17 September 2012. 
  13. 13.0 13.1 13.2 13.3 13.4 Max Fisher (August 23, 2012). "Gangnam Style, Dissected: The Subversive Message Within South Korea's Music Video Sensation". The Atlantic. Diperolehi pada September 17, 2012. 
  14. Surh Jung-min (8 August 2012). "'Gangnam style' goes viral : Arts & Entertainment : Home". The Hankyoreh. Diperolehi pada 10 August 2012. 
  15. 15.0 15.1 15.2 15.3 Ramstad, Evan (3 August 2012). "What’s Up With the ‘Gangnam Style’ Video?". Asia: The Wall Street Journal. Diperolehi pada 10 August 2012. 
  16. 16.0 16.1 16.2 16.3 Knopper, Steve (2012-09-14). "Breaking down Psy's 'Gangnam Style'". Rolling Stone. Diperolehi pada 2012-09-19. 
  17. "Big Bang appears on Psy's “Gangnam Style” MV?". Daily KPOP News. Diperolehi pada 2012-09-21. 
  18. "Who’s the dancing kid in PSY’s “Gangnam Style” MV?". allkpop.com. 2012-08-29. Diperolehi pada 2012-09-14. 
  19. "There's No 'Gangnam' Seen in Psy's "Gangnam Style" MV?!". kpopstarz.com. 2012-09-12. Diperolehi pada 2012-09-12. 
  20. ilnungcha (2012-08-17). "Psy ranks first place on Music Bank with "Gangnam Style"". Korea.com Communications Company. Diperolehi pada 2012-08-17. , referencing article from Starnews "싸이, '강남스타일'로 '뮤직뱅크' 1위" (dalam bahasa Korean). StarNews. 2012-08-17. 
  21. Gruger, William (2012-08-31). "'Gangnam Style' Helps Psy Dance Way to No. 1 on Social 50 Chart". New York: Billboard. Diperolehi pada 2012-09-14. 
  22. "Psy becomes first S. Korean to top iTunes chart". Yonhap News Agency. 2012-09-15. Diperolehi pada 2012-09-15. 
  23. "2012 MTV EMA Nominees Announced! | Rihanna | News | MTV Australia". Mtv.com.au. 2012-07-20. Diperolehi pada 2012-09-17. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]