Big Bang (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Big Bang (Band Korea Selatan))
Lompat ke: pandu arah, cari
BIGBANG

Dari kiri: Seungri, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung
Latar belakang
Berasal dari Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre Pop, R&B, Hip-Hop, J-Pop, K-Pop, Tarian, Elektropop, Pop-tarian
Tahun aktif 2006 (2006)–kini
Label YG Entertainment (Korea)
Universal Music, Avex (Jepun)
Warner Taiwan (Taiwan)
United Asia Management[1]
Kegiatan berkait Keluarga YG
GD & TOP
Laman web ygbigbang.com
Ahli
T.O.P
Taeyang
G-Dragon
Daesung
Seungri
BIGBANG
Hangul 빅뱅
Perumian Semakan Big Baeng
McCune–Reischauer Pik Paeng
Rencana ini mengandungi teks bahasa Korea. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.
Rencana ini mengandungi teks bahasa Jepun. Anda hanya dapat melihat jika anda mempunyai sokongan perisian tertentu.

Big Bang (Korea: 빅뱅, makna harfiah: "Letupan Besar", sering digayakan sebagai BIGBANG) merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Pembentukan kumpulan ini bermula daripada sebuah siri televisyen iaitu "Dokumentari Big Bang" (Big Bang Documentary) yang telah disiarkan pada bulan Julai hingga bulan Ogos pada tahun 2006. Rancangan tersebut juga ditayangkan secara dalam talian di GomTV dan MTV Korea.[2] Pada asalnya terdapat enam orang ahli tetapi salah seorang daripadanya telah tersingkir iaitu Jang Hyun-seung (kini menganggotai kumpulan Beast) dalam tayangan rancangan itu sebelum penampilan sulung bagi kumpulan muzik itu diadakan secara rasmi.[3]

Kumpulan muzik yang berada di bawah syarikat YG Entertainment ini pernah melancarkan beberapa single dan album mini (EP) yang berjaya. Dalam EP pertama mereka iaitu Always telah melahirkan single nombor satu iaitu "Penipuan" (거짓말 Geojitmal). Album mini mereka yang seterusnya iaitu Hot Issue dan Stand Up juga mendapat sambutan yang membanggakan.[4]

Selepas Big Bang menerima anugerah "Artis Tahun Ini" pada tahun 2008 dalam Festival Muzik KM M.net dan Anugerah Seoul Gayo Daesang, kumpulan muzik ini melebarkan sayap mereka ke Jepun serta melancarkan album mini dan single. Promosi di Jepun dilakukan pada tahun berikutnya bersama single Jepun pertama mereka, "My Heaven" (Syurgaku). Sejak itu, kumpulan Big Bang mencapai kejayaan di negara itu.

Pada akhir tahun 2009, kumpulan Big Bang telah menjadi artis paling dicari-cari di Korea Selatan.[5] Mereka juga merupakan kumpulan artis luar pertama yang menerima anugerah "Pendatang Baharu Terbaik" dalam Anugerah Penyiaran Kabel Jepun dan merupakan artis Korea pertama yang menerima Anugerah Rakaman Jepun.[6]

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

2005-2006: Pembentukan dan kerjaya awal [sunting]

Sebelum kumpulan muzik ini memulakan debut mereka, beberapa orang ahli dalam kumpulan ini telah terdedah kepada industri hiburan terlebih dahulu. Ketua kumpulan, G-Dragon dan penyanyi vokal utama, Taeyang telah bekerjasama dengan YG Entertainment sejak mereka berumur 12 tahun lagi (13 tahun dalam tahun Korea). Mereka berdua dikenali sebagai "GD" dan "YB".[3] T.O.P pula merupakan seorang "rapper" dengan nama pentas "Tempo". Big Bang memulakan debut mereka pada 19 Ogos 2006 di Arena Gimnastik di Taman Olimpik Seoul ketika Konsert Keluarga YG (YG Family Concert).[7]

Single pertama mereka "Bigbang" juga dilancarkan ketika konsert itu. Single tersebut mengandungi lagu "We Belong Together" ("Kita Milik Bersama") yang digandingkan dengan rakan sesyarikat iaitu Park Bom (merupakan ahli kumpulan kepada 2NE1), "Tangisan Si Lembap" (눈물뿐인 바보 Nunmulppunin Babo) dan lagu "This Love" ("Cinta Ini") yang diadaptasi daripada lagu kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Maroon 5 yang ditulis semula dan dipersembahkan oleh G-Dragon. Single tersebut telah terjual hampir 40,000 salinan.[8]

Single kedua mereka, "Big Bang is V.I.P" pula dilancarkan pada bulan September dan 32,000 salinan telah terjual.[8] Single ketiga pula iaitu "Bigbang 03" pula terjual hampir 40,000 salinan.[8] Pada akhir Disember 2006, kumpulan muzik Big Bang telah mengadakan konsert pertama mereka, The Real. Pada bulan seterusnya, album penampilan sulung mereka, Bigbang Vol.1 (juga dikenali sebagai Since 2007) telah dilancarkan dimana 48,009 salinan buah album mereka telah terjual pada akhir bulan Februari 2007.[8]

2007: Menggapai kejayaan, EP Always dan Hot Issue [sunting]

Gambar Big Bang ketika di Thailand

Pada 8 Februari 2007, Big Bang telah melancarkan album konsert siaran langsung mereka, The First/Real Live Concert dimana album mereka itu telah terjual sebanyak 30 000 salinan pada akhir tahun 2007.[9] Kumpulan muzik ini telah memulakan jelajah mereka, Want You yang merentasi lima buah bandar raya di Korea Selatan iaitu Incheon, Daegu, Changwon, Jeonju dan Busan.[10] Album mini (EP) mereka yang pertama, Always juga dilancarkan pada tahun 2007 yang menandakan beberapa perubahan dalam kumpulan ini. Walaupun mereka pernah menulis dan mengarang beberapa buah lagu, kumpulan muzik ini telah mengambil keputusan untuk mengendalikan dan mengawal aliran yang lebih besar terhadap muzik mereka sendiri. G-Dragon telah menulis dan mengarang sebahagian besar lagu dalam album mini pertama mereka termasuklah lagu "Penipuan" (거짓말, Geojitmal).[11] EP tersebut menyaksikan elemen elektronik dalam muzik kumpulan ini. Penerimaan tersebut cukup positif terutamanya lagu "Penipuan".[12] Dilancarkan sebagai single utama, lagu itu menjadi lagu hit pertama mereka dan album Always itu sendiri telah terjual sebanyak 87,000 salinan.[11] Album mini kedua mereka, Hot Issue telah dilancarkan pada tahun yang sama telah mengikuti kejayaan sebelumnya dan single utama dalam album ini, "Perpisahan Terakhir" (마지막 인사 Majimak Insa) telah mencapai kedudukan teratas dalam pelbagai carta termasuk Carta Juke-On dimana lagu ini telah dapat bertahan selama 8 minggu berturut-turut.[13] Lagu tersebut juga memenangi Anugerah Muzik Digital Lagu Bulan Ini daripada Cyworld. Tiket bagi konsert mereka iaitu konsert Big Bang is Great dilaporkan telah habis terjual dalam masa 10 minit.[14][15]

Ketika tahun 2007 menghampiri ke penghujungnya, ahli-ahli dalam Big Bang dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana masalah keletihan yang akhirnya menyebabkan aktiviti-aktiviti mereka dihentikan.[16] Ada laporan mengatakan disebabkan single dan album Big Bang mendapat permintaan yang tinggi, syarikat label Big Bang telah mencetak dan mempakej semula single dan album mereka untuk pelancaran semula.[17] Hasil daripada kejayaan jualan album mini mereka akhirnya kumpulan muzik ini telah memenangi pelbagai anugerah pada penghujung tahun 2007 antaranya "Kumpulan Muzik Lelaki Terbaik" dan "Lagu Tahun Ini" dalam Festival Muzik M.NET/KM.[18] Mereka ini kemudiannya menerima anugerah "Artis Tahun Ini" daripada Anugerah Muzik Seoul Ke-7.[19] Selain itu, Big Bang juga memperolehi 12 bilion (AS$10.6 juta) pada akhir tahun.

2008: Penampilan sulung di Jepun, For the World dan EP Stand Up [sunting]

Apabila penghujung tahun 2007 menghampiri penamatnya, Big Bang telah meluaskan sayap mereka ke Jepun. Album mini bahasa Jepun pertama mereka For the World telah dilancarkan pada awal tahun 2008[20] dan mencatat kedudukan kesepuluh dalam carta Oricon dengan promosi yang kecil.[21] Kumpulan ini juga mengadakan konsert di JCB Hall di Tokyo Dome City. Big Bang kemudiannya kembali ke Korea selepas promosi di Jepun tamat. Walaupun aktiviti berkumpulan mereka telah ditangguhkan kerana projek solo, album mini mereka yang ketiga, Stand Up berjaya dilancarkan. Menampilkan Daishi Dance dan kumpulan rock Korea, No Brain. Album mini itu mencapai lebih daripada 100,000 jualan. Lagu "Hari Demi Hari" (하루하루 Haru Haru) yang merupakan single utama mengungguli kedudukan teratas dalam beberapa carta dalam talian serta memegang kedudukan pertama selama enam minggu berturut-turut.[22] Mengikuti kejayaan single utama itu, lagu lain dalam Stand Up juga telah berjaya berada dalam kedudukan 20 teratas seperti "Syurga" (천국 Cheonguk) di tempat kedua, "Oh My Friend" ("Oh Sahabatku") di tempat ke-9, "A Good Man" ("Lelaki Baik") pula di tangga ke-12 dan lagu "Lady" ("Gadis") yang berada di tangga ke-16.[23]

Sepanjang pelancaran material Korea mereka, Big Bang juga melancarkan lagu berbahasa Jepun, "Number 1" ("Nombor 1") dimana lagu tersebut merupakan single utama dalam album dengan nama yang sama dengan persembahan di program radio dan rancangan televisyen. Album itu akhirnya menduduki tempat ketiga dalam carta album harian Oricon Jepun. Album bahasa Korea yang seterusnya, Remember juga dilancarkan pada tahun 2008 dengan single utama "Cahaya Senja" (붉은노을 Byulkeun Noeul).

2009: Kolaborasi dan pelancaran single bahasa Jepun [sunting]

Kumpulan Big Bang membuat persembahan di Filipina pada tahun 2009.

Pada tahun 2009, Big Bang telah berkolaborasi dengan kumpulan muzik 2NE1[24] bagi lagu "Lollipop". Sebuah video muzik juga telah dihasilkan bagi mempromosikan lagu itu. Pada awalnya, lagu tersebut merupakan promosi untuk sebuah telefon bimbit tetapi lagu ini telah berada mencapai kedudukan pertama dalam pelbagai carta dalam talian.[25] Album studio bahasa Jepun kumpulan ini yang bertajuk BIGBANG telah dilancarkan dibawah syarikat Universal Music pada Ogos 2009 dan mempromosikan dua buah single iaitu "My Heaven" ("Syurgaku") dan "Gara Gara GO!!" (ガラガラ GO!!?).[26][27] Lagu "My Heaven" merupakan single asal daripada lagu bahasa Korea iaitu "Heaven" (천국, Cheonguk, "Syurga") yang diterjemahkan ke bahasa Jepun serta disusun oleh penggubah dari Jepun, Daishi Dance.[10] Lagu itu mendapat tempat ketiga dalam carta Oricon ketika penampilan sulungnya.[28] Lagu "Gara Gara GO!!" pula di kedudukan kelima[29] dan album bahasa Jepun ini telah naik ke tempat ketiga.[29] Selepas kembali ke Korea, mereka kembali bergerak solo. Pada 18 Ogos, G-Dragon telah melancarkan album debut pertamanya iaitu Heartbreaker. Taeyang pula melancarkan dua single digital iaitu "Where U At?" ("Dimana Kau") dan "Wedding Dress" ("Gaun Pengantin"). T.O.P telah berlakon dalam sebuah drama bersiri Iris dan memainkan watak sebagai seorang pembunuh bernama Vick. Mereka kemudiannya bergabung semula untuk merakam lagu "Mendengar Suaramu" (声をきかせて, Koe o Kikasete) untuk sebuah drama berbahasa Jepun iaitu "Seseorang" (おひとりさま, Ohitorisama). Lagu tersebut kemudiannya dilancarkan menjadi single dan menduduki tangga keempat.

2010: Aktiviti solo dan kemunculan semula [sunting]

Promosi telefon LG dengan lagu "Lollipop" Bhg. 2

Beberapa hari kemudian dalam bulan Januari 2010, Big Bang telah mengadakan konsert 2010 Big Bang Concert Big Show di Stadium Olimpik Seoul.[30][31] Pada bulan seterusnya, mereka memulakan jelajah Electric Love mereka di Jepun.[32] Walaupun tiada album rasmi yang direkodkan lagi, beberapa single telah dikeluarkan pada tahun 2010. Pelancaran lagu Lollipop bahagian 2 pada bulan Februari yang merupakan lanjutan daripada lagu Lollipop digunakan untuk iklan promosi telefon "LG Cyon's Lollipop". Lagu ini telah mencapai tempat teratas dalam carta digital.[33] and also reached number one on digital charts.[34] Single mereka yang seterusnya, "Tell Me Goodbye" ("Katakan Selamat Tinggal") telah dilancarkan dalam bahasa Jepun untuk sebuah drama Korea, Iris.[35] Lagu ini telah memenangi "Anugerah Lagu Terbaik" dalam Anugerah Rakaman Jepun Ke-52.[36] Ketika musim Piala Dunia 2010, Big Bang telah melancarkan lagu "Shout of the Reds" ("Sorakan Si Merah") bersama band rock Korea, Transfixion dan peluncur ais Kim Yu-na.[37]

Sebahagian besar pada tahun 2010, kumpulan muzik ini telah mengadakan aktiviti solo mereka sendiri[38] termasuk pelancaran album GD & TOP oleh G-Dragon dan T.O.P. serta pelancaran album mini pertama Seungri, VVIP.[39] Pada tahun itu juga Big Bang telah memenangi beberapa anugerah termasuklah anugerah "Lima Artis Baharu Terbaik" dan "Artis Terbaik" dalam Anugerah Cakera Emas Jepun Ke-24.[40][41] Pada penghujung bulan Mei, mereka juga telah memenangi anugerah "Video Pop Terbaik" dan "Artis Baharu Terbaik" dalam Anugerah Muzik Video MTV Jepun 2010.[42] Pada 25 Ogos tahun yang sama, mereka sekali lagi melancarkan single baharu iaitu "Beautiful Hangover" ("Mabuk Indah").[43]

2011: EP Tonight dan MTV EMA [sunting]

Setelah hampir dua tahun "berpecah" sebagai sebuah kumpulan, mereka telah kembali di Korea Selatan dengan mengadakan konsert 2011 Big Show.[44] Mereka juga telah melancarkan album mini baharu iaitu Tonight (juga dikenali sebagai BIGBANG MINI 4)[45] dimana album ini telah menduduki tempat teratas dalam banyak carta muzik Korea.[46] Album ini juga merupakan album K-Pop pertama yang mencecah kedudukan 10 teratas dalam carta iTunes Amerika Syarikat serta satu-satunya album bukan dalam bahasa Inggeris yang pertama berada dalam kedudukan 100 teratas.[47] Album Tonight juga menerima pesanan sebelum jualan sebanyak 10 000 salinan di Cyworld serta telah memecahkan rekod TVXQ yang menerima pesanan sebanyak 6 500 salinan pada tahun 2008.[48] Dikatakan selepas 7 hari album ini dilancarkan, Big Bang telah menerima ₩7 bilion (USD$6.2 juta). Dalam masa seminggu, 100 000 salinan album mini tersebut telah terjual.[49][50] Lagu utama daripada album mini, "Tonight" ("Malam Ini") telah memperoleh tangga teratas dalam Carta Gaon.[51] Single kedua iaitu "Love Song" ("Lagu Cinta") juga terbukti menggalakkan kerana video muzik lagu ini di YouTube telah mencapai 2 juta tontonan dalam masa 2 hari sahaja.[52]

Pada bulan Mei, kumpulan ini memulakan jelajah Love & Hope Tour.[53] Kumpulan muzik Big Bang telah melancarkan album bahasa Jepun kedua mereka iaitu BIGBANG 2 pada 11 Mei 2011 selepas setahun sembilan bulan. Album ini mengandungi 10 buah lagu termasuk 3 buah single yang pernah dikeluarkan dahulu serta lagu asal "Tonight" yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Sebulan kemudian, album BIGBANG 2 ini telah menerima pengiktirafan daripada Persatuan Rakaman Jepun. Pengiktirafan "Pensijilan Album Emas" yang diterima oleh kumpulan muzik ini adalah suatu pengiktirafan kepada artis yang memperoleh jualan album sebanyak 100 000 salinan atau lebih.[54]

Kejayaan kumpulan ini terus cemerlang apabila Big Bang telah berjaya memenangi kategori Worldwide Act dalam Anugerah Muzik Eropah MTV sebagai wakil dari Asia Pasifik. Anugerah tersebut telah diadakan di Belfast, Ireland Utara.[55] Kehadiran kesemua lima orang ahli di anugerah tersebut menjadikan ia suatu kenangan kerana ia merupakan kemunculan kali pertama Daesung selepas pembabitan dalam ssatu kemalangan. Ia juga kemunculan kali pertama G-Dragon selepas berlakunya skandal penggunaan dadah.

Pada tahun ini juga, label rakaman YG Entertainment telah mengadakan "Jelajah Konsert Keluarga YG" (YG Family Concert Tour) sempena ulang tahunnya yang ke-15. Big Bang juga dikatakan akan mengadakan kemunculan semula pada awal tahun 2012.[56] Pada 14 Disember yang lalu, kumpulan muzik ini telah melancarkan album komplikasi bahasa Jepun mereka iaitu Best of Big Bang.

2012 (kini): Kemunculan kembali dan EP Alive [sunting]

Pada 20 Januari, label YG Entertainment telah mengeluarkan maklumat mengenai kemunculan semula dan album mini baharu Big Bang melalui pelbagai teaser di blog rasmi YG-Life.[57] Diumumkan kemudian bahawa album tersebut diberi tajuk sebagai Alive.[58] Pada 1 Februari, YG-Life telah mendedahkan senarai runut penuh album tersebut dan tarikh pelancaran album iaitu pada 29 Februari 2012.[58] Big Bang turut akan mengadakan konsert solo mereka di Seoul bermula pada 2 Mac hingga 4 Mac untuk mempromosikan album itu.[59]Pada 6 Februari telah diumumkan bahawa pihak Live Nation akan menaja jelajah dunia pertama Big Bang iaitu Alive Tour.[60] Pada 22 Februari, single utama daripada album Alive iaitu "Blue" ("Biru") telah dilancarkan.[61][62] Lagu ini kemudiannya telah menduduki tangga pertama dalam pelbagai carta seperti Melon, Naver dan Nate setelah satu jam pelancaran lagu tersebut.[63][64] Di YouTube, ia telah menerima lebih daripada 2 juta tontonan dalam masa 24 jam. Album mini Alive Big Bang juga mencapai prajualan sebanyak 260,000 salinan keseluruhannya.[65] Album ini menduduki tangga puncak dalam pelbagai carta di Korea selepas pelancarannya. Alive turut berjaya mencatatkan kedudukan kelima dalam carta Top Albums iTunes Amerika Syarikat dan kedudukan ketiga dalam iTunes Kanada. Tambahan pula, video muzik "Blue" ("Biru")[66] dan "Fantastic Baby" ("Sayang Kau Hebat")[67] menerima dua pingat emas di YouTube dalam kategori "Video Terbaru Paling Popular" dan "Trend Seluruh Dunia".

Big Bang dan rakan sesyarikat mereka, 2NE1 telah diundang untuk membuat persembahan buat pertama kalinya di Festival Springroove 2012 di Jepun bersama beberapa artis hip hop terkenal dari Amerika dan Jepun. Pada tahun sebelumnya, G-Dragon, T.O.P dan 2NE1 telah diundang ke festival tersebut. Walau bagaimanapun, festival tersebut telah dibatalkan disebabkan oleh kejadian gempa bumi dan tsunami yang telah melanda negara matahari terbit itu.[68] Big Bang juga melancarkan album studio bahasa Jepun keempat mereka Alive pada 28 Mac dengan tiga runut lagu baru, "Ego", "Feeling" ("Perasaan") dan versi bahasa Jepun bagi lagu "Haru Haru" ("Hari Demi Hari"). Runut "Feeling" ("Perasaan") telah terpilih sebagai lagu tema pembukaan kartun baru "Fight! Super Robot Lifeform Transformers: Prime" di TV Aichi.[69] Album itu terjual sebanyak 23,000+ unit pada hari pertama ia dilancarkan dan menduduki tangga kedua dalam Carta Harian Oricon.[70] Album itu juga berada dalam tangga teratas dalam Carta Album iTunes di Jepun.[71]

Kumpulan muzik ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kemunculan semula dengan satu album studio lewat tahun ini bersama-sama dengan album solo G-Dragon yang mungkin dikeluarkan pada bulan Ogos.[72] Menurut fail-X selebriti yang dilaporkan pada 9 Ogos oleh penganalisis dari Pelaburan & Sekuriti LIG, Jung Yoo-suk, Big Bang dianggarkan meraih sejumlah AS$ 69 juta tahun ini. Ini bermaksud mereka memperoleh $180,000 setiap hari (lebih $7500 sejam).[73] Pada 12 Mac selepas kemenangan di MTV EMA, kumpulan muzik ini sekali lagi menang dalam satu lagi anugerah MTV iaitu Anugerah TRL 2012 di MTV Itali dalam kategori "Peminat Terbaik".[74] Mereka berjaya mengalahkan calon anugerah yang lain seperti Alessandra Amoroso, Avril Lavigne, Emma dan One Direction.[75]

Ahli [sunting]

Nama ahli Pengenalan ringkas
G-Dragon
(지드래곤)
  • Nama penuh : Kwon Ji-yong (권지용, 权志龙, كوون جي-يوڠ)
  • Tarikh lahir : 18 Ogos 1988 (24 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Digital Gukje dan Universiti Kyung Hee
  • Peranan : Ketua, rapper, penerbit, penulis lagu
Taeyang
(태양)
  • Nama penuh : Dong Young-bae (동영배, 董永培, دوڠ ﻳوڠ-بي)
  • Tarikh lahir : 18 Mei 1988 (25 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Daejin
  • Peranan : Penyanyi vokal utama
T.O.P
(탑/티오피)
  • Nama penuh : Choi Seung-hyun (최승현, 崔胜铉, چوي سوڠ-هيون)
  • Tarikh lahir : 4 November 1987 (25 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Dankook
  • Peranan : Rapper
Seungri
(승리)
  • Nama penuh : Lee Seung-hyun (이승현, 李胜贤, لي سوڠ-هيون)
  • Tarikh lahir : 21 Disember 1990 (22 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Gwangju, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Chung Ang
  • Peranan : Penyanyi vokal
Daesung
(대성)
  • Nama penuh : Kang Dae-sung (강대성, 姜大声, كڠ دي-سوڠ)
  • Tarikh lahir : 26 April 1989 (24 tahun)
  • Tempat lahir : Korea Selatan Seoul, Korea Selatan
  • Pendidikan : Universiti Digital Gukje dan Universiti Kyung Hee
  • Peranan : Penyanyi vokal (tinggi)

Diskografi [sunting]

Rencana utama: Diskografi Big Bang

Diskografi berbahasa Korea [sunting]

Tarikh pelancaran Jenis Judul
29 Ogos 2006 Single Bigbang
28 September 2006 Single Bigbang is V.I.P
22 November 2006 Single Bigbang 03
21 Disember 2006 Album studio Bigbang Vol.1 / Since 2007
20 Ogos 2007 Album mini Always
26 November 2007 Album mini Hot Issue
8 Ogos 2008 Album mini Stand Up
5 November 2008 Album studio Remember
24 Februari 2011 Album mini Tonight
8 April 2011 Album mini Edisi Khas BIGBANG
29 Februari 2012 Album mini Alive

Diskografi berbahasa Jepun [sunting]

Tarikh pelancaran Jenis Judul
4 Januari 2008 Album mini For the World
28 Mei 2008 Album mini With U
22 Oktober 2008 Album studio Number 1
24 Jun 2009 Single My Heaven
8 Julai 2009 Single Gara Gara GO!! (ガラガラ GO!!)
19 Ogos 2009 Album studio BIGBANG
4 November 2009 Single Koe o Kikasete (声をきかせて)
9 Jun 2010 Single Tell Me Goodbye
25 Ogos 2010 Single Beautiful Hangover
12 Mei 2011 Album studio BIGBANG 2
28 Mac 2012 Album studio Alive

Diskografi solo [sunting]

Tarikh pelancaran Jenis Judul
Taeyang
22 Mei 2008 Album mini Hot
1 Julai 2010 Album studio Solar
G-Dragon
19 Ogos 2009 Album studio Heartbreaker
24 Disember 2010
23 Februari 2011 (Edisi Jepun)
Album studio GD & TOP (bersama T.O.P)
15 September 2012 Album mini One of a Kind
T.O.P
24 Disember 2010
23 Februari 2011 (Edisi Jepun)
Album studio GD & TOP (bersama G-Dragon)
Seungri
20 Januari 2011
6 April 2011 (Edisi Jepun)
Album mini V.V.I.P

Konsert dan jelajah [sunting]

Konsert solo Big Bang
  • The Real (2006)
  • The Great (2007)
  • Stand Up Tour (2008)
  • Global Warning Tour (2008)
  • Big Show 2009 (2009)
  • Big Show 2010 (2010)
  • Electric Love Tour (2010)
  • Big Show 2011 (2011)
  • Love and Hope Tour (2011)
  • Big Show 2012 (2012)
  • ALIVE Tour (2012)
  • Samsung & Cola Soundfest Vietnam (2012)
Konsert Keluarga YG
  • Konsert Keluarga YG 2006 (2006)
  • Konsert Keluarga YG 2010 (2010)
  • Konsert Keluarga YG 2011 (2011)
  • Konsert Keluarga YG 2012 (2012)
Konsert solo ahli
  • Hot: Konsert solo pertama Taeyang (2008)
  • Solar: Konsert solo kedua Taeyang (2010)
  • Shine A Light: Konsert solo pertama G-Dragon (2009)

Rujukan [sunting]

  1. (Korea)Lee, Jung Hyung (2011-04-08). "키이스트, SM, YG, JYP 등 6개사 아시아 매니지먼트 에이전시 'UAM' 설립! (KeyEast, SM, YG, JYP & more join forces to establish a new global agency, "United Asia Management")". Naver.com. http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=sec&sid1=106&oid=076&aid=0002096843. Capaian 2011-04-08. 
  2. "Big Bang Profile on KBS". KBS World. 2007. http://world.kbs.co.kr/english/entertainment/enter_artists_detail.htm?No=103896. Capaian 2010-01-15. 
  3. 3.0 3.1 (Korea)"'준비된 그룹' 빅뱅, 대폭발 예고". Sports Chosun. 2006-07-07. http://sports.chosun.com/news/news.htm?name=/news/entertainment/200607/20060708/67h18001.htm. Capaian 2010-01-15. 
  4. Han, Sang-hee (2008-01-03). "Big Bang Will Knock on Japan". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/special_view.asp?newsIdx=16685&categoryCode=178. Capaian 2008-01-27. 
  5. (Korea) "빅뱅, 올해 최고의 인기 검색어 1위". Sports Chosun. 2009-12-24. http://sports.chosun.com/news/news_o.htm?name=/news/entertainment/200912/20091225/9cy69147.htm. Capaian 2010-01-17. 
  6. "High High - G.Dragon & T.O.P". Hiptronik. http://hiptronik.com/tag/japan-cable-broadcasting-award/. Capaian 23 Februari 2011. 
  7. (Korea)"올 최고 기대주 빅뱅, 9월 중순부터 본격 활동 개시". Sports Chosun. 2006-08-21. http://sports.chosun.com/news/news_o.htm?name=/news/entertainment/200608/20060822/68v77108.htm. Capaian 15 Januari 2010. 
  8. 8.0 8.1 8.2 8.3 (Korea) "Album Sales For The Month of February 2007", Persatuan Industri Muzik Korea. Dicapai pada 15 Februari 2008. (Korea) Diarkibkan drpd. yang asli di 21 Disember 2007. 
  9. (Korea) "2007 Year-end Album Sales", Persatuan Industri Kandungan Muzik Korea. Dicapai pada 27 Januari 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 8 Mei 2008. 
  10. 10.0 10.1 Shamdasani, Pavan (9 November 2009). "How to Crack Japan: The Big Bang Theory". majalah Time. http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1933111,00.html. 
  11. 11.0 11.1 (Korea) Kim Mi-youngshin (17 Ogos 2007). "빅뱅, ‘Always’ 선주문 3만장 괴력". Hankyung News. http://www.hankyung.com/news/app/newsview.php?aid=2007081791017&sid=83&nid=105&ltype=1&pkind=all. Capaian 23 Januari 2010. 
  12. "Big Bang's Showcase & First Fan Meeting". Arirang. http://www.arirang.co.kr/Tv2/Showbiz_OnLocation.asp?PROG_CODE=TVCR0112&OnAir_Date=2007-09-03&sys_lang=Eng. Capaian 21 Januari 2008. 
  13. (Korea) Kim, Hyung Woo (21 Januari 2008). "빅뱅 쥬크온차트 8주 연속 1위 기염, JOO도 2주만에 7위 진입". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?news_uid=200034&code=100200. 
  14. (Korea) "빅뱅, 단독콘서트 티켓 또 10분만에 매진". Star News. 20 November 2007. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2007112011064574626&EVEC. 
  15. (Korea) Kim, Hyung Woo (27 November 2007). "빅뱅 단독콘서트 티켓 5천석 10분 만에 매진". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200711201110031002. 
  16. (Korea) Kim, Wong Young (13 Disember 2007). "빅뱅, 멤버들 줄부상에 일시 활동중단 (Big Bang, String of Member Injuries Cause Break in Schedule)". Star News. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2007123109144603151&EVEC. 
  17. (Inggeris) "Big Bang's Albums in Short Supply". KBS World. 26 Disember 2007. http://rki.kbs.co.kr/english/entertainment/enter_chart_detail.htm?No=6858. 
  18. (Korea) Kang, Jihoon (26 Disember 2007). "빅뱅 '올해의 노래'-슈주 '올해의 가수'...MKMF '아이돌 천하'(종합) ("Big Bang 'Song of the Year', Super Junior 'Artist of the Year', MKMF 'Idol Reign' (Updated)")". Nate. http://news.nate.com/view/20071117n07792. 
  19. "Big Bang Wins Pop Music Award". KBS Global. 2008-01-21. http://english.kbs.co.kr/entertainment/news/1505226_11858.html. Capaian 2008-02-01. 
  20. (Korea) Kim, Hyung Woo (5 Februari 2008). "빅뱅 일본진출 멤버 이름 바꿔 활동". IS Plus. http://isplus.joins.com/article/article.html?aid=872173. 
  21. (Korea) Kim, Sung Win (14 Februari 2008). "빅뱅, '오리콘 차트' 이름 올리다 (Big Bang, putting their name up on 'Oricon Chart')". Hankooki. http://sports.hankooki.com/lpage/music/200802/sp2008021407561495510.htm. 
  22. (Inggeris) "Big Bang Signs Modeling Contract with FILA Korea". KBS Global. 8 September 2009. http://english.kbs.co.kr/mcontents/entertainment/1546222_11692.html. 
  23. (Korea)Park Seoyoung (4 November 2008). "빅뱅 정규2집 ‘리멤버’ 선주문 20만장 넘었다! 8일 본격 활동개시". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?news_uid=271977. 
  24. Cho, Jihyun (15 Disember 2009). "2NE1 Picked Artist of the Year by Mnet". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2009/12/178_57322.html. 
  25. (Korea)Kim, Hyung Woo (2009-04-28). "빅뱅-2NE1 ‘롤리팝’ 엠넷차트 4주연속 1위 기염 (Big Bang-2NE1 "Lollipop" M-Net 4-Week #1)". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200904281525541002. Capaian 2009-05-06. 
  26. (Bahasa Jepun)"Big Bang's Third Single "Koe o Kikasete"". The Chosun Ilbo & Chosunonline. 2009-11-04. http://www.chosunonline.com/entame/20091104000057. Capaian 2009-11-14. 
  27. (Bahasa Jepun)Sekiguti, Ken (2009-11-06). "「おひとりさま」主題歌など人気急上昇BIGBANGの魅力をたっぷりと". RBB Today. http://www.rbbtoday.com/article/2009/11/06/63565.html. Capaian 2009-11-26. 
  28. (Bahasa Jepun)"Big Bang Releases – Oricon Style Music". Orion. http://www.oricon.co.jp/music/release/d/821684/1/. Capaian 2009-10-18. 
  29. 29.0 29.1 (Bahasa Jepun)"Big Bang Releases – Oricon Style Music2". Orion. http://www.oricon.co.jp/music/release/d/824682/1/. Capaian 2009-10-18. 
  30. Han, Sang-hee (2009-12-16). "Big Bang to Hold Big Show in January". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/special/2010/02/178_57407.html. Capaian 2010-01-11. 
  31. Han, Sang-hee (2009-01-05). "Idol Group Big Bang to Offer 'Big Show". The Korea Times. http://www.koreatimes.co.kr/www/news/art/2009/09/201_37307.html. Capaian 2010-01-11. 
  32. (Korea)"日언론 “‘2관왕’ 빅뱅, 동방신기 따라잡을 기세”". Newsen. 2009-11-31. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=200912311056561001. Capaian 2010-01-11. 
  33. (Korea)"빅뱅의 도발적인 유혹, ‘롤리팝 2’ 음원-TV CF 공개". YTN. 2010-02-18. http://newswire.ytn.co.kr/newsRead.php?md=A01&tm=1&no=457831. Capaian 2010-02-21. 
  34. (Korea)Hou, Jingjia (2010-02-18). "빅뱅 신곡 ‘롤리팝Pt.2’ 공개해보니···". KW News. http://www.kwnews.co.kr/nview.asp?s=801&aid=210021800168&t=. Capaian 2010-02-21. 
  35. (Korea)"유인나, 한솥밥 YG 빅뱅 뮤비 ‘텔미 굿바이’ 출연". Joins. 2010-05-20. http://article.joinsmsn.com/news/article/article.asp?total_id=4184887&ctg=15. Capaian 2010-05-20. 
  36. Hong, Lucia (2010-11-22). "Big Bang to receive honor at Japan Record Awards". 10asiae. http://10.asiae.co.kr/Articles/new_view.htm?sec=ent0&a_id=2010112211113414254. Capaian 2011-02-23. 
  37. (Korea)Cho, Sangwon (2010-05-16). "빅뱅-김연아-트랜스픽션 월드컵 응원가 ‘승리의 함성’ 공개". KW News. http://www.kwnews.co.kr/nview.asp?s=801&aid=210051500015&t=. Capaian 2010-05-20. 
  38. (Korea)Kim, Hyung Woo (2010-01-21). "탑, 빅뱅 단독공연서 솔로곡 깜짝 발표". Star News. http://star.mt.co.kr/stview.php?no=2010012109410130214&type=3. Capaian 2011-01-21. 
  39. "G-Dragon and Top to Release Duet Album in December". KBS World. 2010-11-30. http://english.kbs.co.kr/Entertain/EntertainmentNews/view.html?No=7597. Capaian 2011-01-20. 
  40. (Bahasa Jepun)"ビッグバン・東方神起、日本ゴールドディスク賞受賞 (Gods of the Rising East win Japanese Gold Disc Award)". Japan Joins. 2010-02-25. http://japanese.joins.com/article/article.php?aid=126622&servcode=700&sectcode=720. Capaian 2010-02-25. 
  41. "Korean boom hits the Japan Record Awards with Big Bang". Japan Today. http://www.japantoday.com/category/entertainment/view/korean-boom-hits-the-japan-record-awards-with-big-bang. Capaian 2011-02-23. 
  42. (Korea)"빅뱅'MTV 뮤직 어워드 재팬'3관왕". iTimes. 2010-05-30. http://news.itimes.co.kr/news/articleView.html?idxno=1644. Capaian 2010-05-30. 
  43. (Korea)Kim, Hyung Woo (2010-08-25). "빅뱅 25일 日 5번째 싱글 발표 ‘韓 아이돌 열풍 이끄나’". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201008251224461002. Capaian 2010-10-20. 
  44. Kim, Sunny (2010-12-06). "Big Bang's Concert “2011 Big Show” To Be Held In February!". MTV Korea. http://www.mtvk.com/2010/12/06/big-bangs-concert-2011-big-show-to-be-held-in-february/. Capaian 2011-02-23. 
  45. Lee, Soo-yeon (2011-02-26). "컴백 빅뱅, 엠넷 ‘빅뱅TV 라이브’ 전격 방송 ‘6곡 최초 공개’". Newsen. http://www.newsen.com/news_view.php?uid=201102260848121002&search=title&searchstring=%EB%B9%85%EB%B1%85. Capaian 2011-02-27. 
  46. Kim, Sunny (2011-02-23). "Big Bang Dominates Korean Music Chart With An All Kill". MTV Korea. http://www.mtvk.com/2011/02/23/big-bang-dominates-korean-music-charts-with-an-all-kill/. Capaian 2011-03-03. 
  47. Mrkic, Mike (2011-02-26). "Korean pop the next big thing?". Star Observer. http://www.starobserver.com.au/celebrity-2/2011/02/26/korean-pop-the-next-big-thing/45602. Capaian 2011-02-27. 
  48. (Korea)Kim, Sung (2011-02-22). "빅뱅, 예약 판매 서태지 넘었다 (Big Bang sells 10,000 albums in pre-sales, doubles Seo Taiji and TVXQ’s records)". Nate. http://news.nate.com/view/20110222n23443. Capaian 2011-03-03. 
  49. (Korea)Kil, Hyeseung (2011-03-02). "'첫방도 안한' 빅뱅, 컴백 6일만에 매출 '70억' (Big Bang totals 7 billion won in sales prior to official promotions)". Star News. http://star.mt.co.kr/view/stview.php?no=2011030210355042601&type=1&outlink=1. Capaian 2011-03-03. 
  50. (Korea)Cho, Euna-young (2011-03-01). "빅뱅, 오늘 음반판매 10만장 돌파..음원도 돌풍". Daum. http://media.daum.net/entertain/enews/view?cateid=1033&newsid=20110301090904462&p=poctan. Capaian 2011-03-04. 
  51. "Big Bang on the Gaon Chart". Korea Music Content Industry Association. 2011-03-04. http://gaonchart.co.kr/main/section/search/list.gaon?Search_str=%EB%B9%85%EB%B1%85&x=0&y=0. Capaian 2011-03-04. 
  52. (Korea)Lee, Eunji (2011-04-16). "빅뱅 '러브송' MV, 전세계 유튜브 점령…이틀만에 100만 클릭 (Big Bang’s ‘LOVE SONG’ M/V over two million views in two days)". My Daily. http://www.mydaily.co.kr/news/read.html?newsid=201104161203371114. Capaian 2011-04-16. 
  53. (Korea)"BIGBANG presents LOVE&HOPE (Bigbang 'LOVE&HOPE'tour to mobilize over 90,000 fans)". YG Entertainment. 2011-04-02. http://www.ygbigbang.jp/2011lovehope/. Capaian 2011-05-06. 
  54. Sammi @ ibigbang (2011-06-20). "Pengiktirafan daripada Persatuan Rakaman Jepun". Korea.com. http://en.korea.com/blog/uncategorized/news-big-bangs-2nd-japanese-album-receives-gold-certificate-for-selling-over-100000-copies/. Capaian 2011-06-20. 
  55. "MTV EMA 2001 Winners". http://me.mtvema.com/winners. Capaian 2011-11-07. 
  56. "YG Family Concert brings Daesung back to the stage". Asia Pacific Arts. 2011-10-20. http://asiapacificarts.usc.edu/article@apa?yg_family_concert_brings_daesung_back_to_the_stage_17556.aspx. 
  57. http://www.allkpop.com/2012/01/yg-life-gives-reminder-of-big-bangs-looming-comeback
  58. 58.0 58.1 http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-reveals-new-track-from-upcoming-album-and-release-date
  59. http://www.allkpop.com/2012/01/yg-reveals-promotional-video-for-2012-big-bang-big-show
  60. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-to-hold-world-tour-through-live-nation
  61. (Inggeris) leesa86. "Big Bang to promote all six songs on ‘Alive’ as title tracks". http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-to-promote-all-six-songs-on-alive-as-title-tracks. Capaian 17 Februari 2012. 
  62. "iTunes - Music - Blue - Single by BIGBANG". iTunes. http://itunes.apple.com/us/album/id504496802. Capaian 21 Februari 2012. 
  63. "Big Bang achieving all-kill". allkpop. 22 Februari 2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-dominates-music-charts-with-blue. 
  64. (Inggeris) "Big Bang jumps to top on music charts with its new song “Blue”". iTunes. http://en.korea.com/bigbang/news/big-bang-jumps-to-top-on-music-charts-with-its-new-song-%E2%80%9Cblue%E2%80%9D/. Capaian 22 Februari 2012. 
  65. (Inggeris) "Big Bang hits 260,000 preorders". allkpop. 02/27/2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bangs-album-alive-receives-260000-pre-orders. 
  66. (Inggeris) "Big Bang’s ‘Blue’ MV draws 8 million views, wins 2 Youtube gold medals". allkpop. 27 Februari 2012. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bangs-blue-mv-draws-8-million-views-wins-2-youtube-gold-medals. 
  67. (Inggeris) "Big Bang's Fantastic Baby MV Earns Two Gold Medals On Yotube". allkpop. 16 Mac 2012. http://www.allkpop.com/2012/03/big-bangs-fantastic-baby-mv-earns-two-gold-medals-on-youtube. 
  68. "Big Bang and 2NE1 added to Springroove lineup". Asia Pacific Arts. 31 Januari 2012. http://asiapacificarts.usc.edu/article@apa?big_bang_and_2ne1_added_to_springroove_lineup_17886.aspx. 
  69. (Inggeris) "Check out a preview of Big Bang's Japanese track "Feeling"". http://www.allkpop.com/2012/03/check-out-a-preview-of-big-bangs-japanese-track-feeling. 
  70. (Inggeris) "Big Bang, 2NE! and Rainbow place ini Top 5 on Oricon chart". http://www.allkpop.com/2012/03/big-bang-2ne1-and-rainbow-place-in-top-5-on-oricon-charts. 
  71. (Inggeris) "Big Bang, 2NE1 top the iTunes Album Chart in Japan". http://www.allkpop.com/2012/03/big-bang-2ne1-top-the-itunes-album-chart-in-japan. 
  72. http://www.allkpop.com/2012/03/g-dragons-solo-comeback-scheduled-for-august
  73. "Big Bang estimated to earn over $180,000 a day in 2012". allkpop. 2012-02-10. http://www.allkpop.com/2012/02/big-bang-estimated-to-earn-over-180000-a-day-in-2012. 
  74. http://www.bigbangupdates.com/2012/03/vote-big-bang-on-mtv-italys-trl-awards.html
  75. "Big Bang claims victory at “MTV Italy TRL Awards 2012″". allkpop.com. 5 Mei 2012. http://www.allkpop.com/2012/05/big-bang-claims-victory-at-mtv-italy-trl-awards-2012. Capaian 7 Mei 2012.  (Inggeris)

Pautan luar [sunting]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
SG Wannabe dengan lagu "Partner for Life"
Festival Muzik KM Mnet (Lagu Tahun Ini)
2007, dengan lagu "거짓말"
Diikuti oleh:
Wonder Girls dengan lagu "Nobody"
Didahului oleh
TVXQ
Anugerah Muzik Seoul (Daesang)
2008
Diikuti oleh:
Wonder Girls
Didahului oleh
Super Junior
Festival Muzik KM Mnet (Artis Tahun Ini)
2008
Diikuti oleh:
2PM
Didahului oleh
Jero
Anugerah Rakaman Jepun
2009
Diikuti oleh:
S/mileage
Didahului oleh
-
Anugerah MTV EMA (Worldwide Act)
2011
Diikuti oleh:
Han Geng
Didahului oleh
2NE1 dengan lagu "Can't Nobody"
Anugerah Muzik Asia Mnet (Video Muzik Terbaik)
2011, dengan lagu "Love Song"
Diikuti oleh:
Penyandang
Didahului oleh
-
Anugerah TRL (Peminat Terbaik)
2012
Diikuti oleh:
Penyandang