Gemencheh Boys (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gemencheh Boys
PengarahJason Chong
Eric Ong
PenulisSky Khor
Jason Chong
Cerita olehJason Chong
Dihasilkan olehSangeeta Krishnasamy
Khairul Anuar Latip
Shweta Nandy
Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Dato' Dr. Siva Ananthan (eksekutif)
Eric Ong (eksekutif)
Dibintangi
Dikisahkan olehShafiq Sharif
SinematografiShaufe Wahib
Disunting olehLee Yoke Kee
Syarikat
penerbitan
  • SOL Pictures
  • GV Corporates Advisory
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
26 Oktober 2023
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Pecah panggungRM 893,314

Gemencheh Boys (dahulu dikenali sebagai Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys) ialah sebuah filem biografi sukan drama Malaysia 2023 arahan Eric Ong & Jason Chong terbitan bersama SOL Pictures, GV Corporates Advisory dan Astro Shaw. Diilhamkan oleh Shafiq Sharif yang berasal dari Gemencheh merupakan kesinambungan dari filem Adiwiraku (2017) arahan Eric Ong, ia dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Ieda Moin, Along Eyzendy dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan pada 26 Oktober 2023.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Syafiq, Amin, Fauzi, Rashid, Azad dan Sukri ialah enam budak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Bukit Rokan, Gemencheh digelar “enam jahanam” kerana sentiasa menimbulkan masalah.

Sama seperti kebanyakan orang sebelum mereka, budak-budak itu tidak mempunyai apa-apa untuk dicita-citakan dan masa depan nampaknya tidak begitu menjanjikan sehinggalah mereka bertemu dengan Cikgu Azman.

Ditugaskan oleh pengetua untuk mengeluarkan budak-budak itu dari jalanan, Cikgu Azman memulakan program latihan kriket walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan tentang sukan itu.

Setiap hari selepas sekolah, dia menjadikan misi peribadinya untuk menjejaki setiap budak lelaki itu, tidak kira bagaimana mereka cuba memperdayakannya.

Ketika Azman menjalin hubungan dengan budak-budak itu, dia mengenali bakat terpendam dalam diri lelaki, masing-masing dengan kekuatannya sendiri.

Tidak lama kemudian, Azman memulakan perjalanan yang mustahil untuk menyediakan budak itu untuk pertandingan. Tiada siapa yang percaya budak-budak kampung ini boleh menjadi atlet sebenar, malah budak-budak itu sendiri.

Mengatasi satu demi satu halangan, Azman dan anak-anak lelaki itu sejauh mana mereka boleh pergi?[3]

Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Azman

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Farah Ahmad sebagai ibu kepada Azad
  • Azman Hassan sebagai Jabar
  • Ieda Moin sebagai ibu kepada Syafiq
  • D'Boy Hamdan sebagai ayah kepada Fauzi
  • Denes Kumar sebagai C. Daniels, jurulatih kriket Sekolah Kebangsaan Dato' Panglima
  • Roshfaizal Ariffin sebagai Cikgu Roslan

Pelakon jemputan[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Aqil Yaya sebagai Syafiq (berdasarkan watak Shafiq Sharif)[4]
  • Syed Ahmad sebagai Rashid[4]
  • Ayiet Harith sebagai Fauzi[4]
  • Kimi Norais sebagai Amin[4]
  • Izzue Dean sebagai Sukri[4]
  • Amir Kuziq sebagai Azad[4]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, penggambaran utama bermula pada 2019 di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, Malaysia di mana Pekin Ibrahim telah memuat naik satu gambar di Twitter (kini dikenali sebagai X) beliau di mana pra-produksi dijalankan ketika itu.[5]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, filem ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2020 menurut SOL Pictures[6][7] tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia termasuk Malaysia menyebabkan filem ini bersama-sama Abang Long Fadil 3, Polis EVO 3 dan Mechamato Movie ditunda (juga terbitan Astro Shaw).

Menurut jadual asal Astro Shaw, filem ini sepatutnya ditayangkan pada November iaitu selepas Rahsia (juga sepatutnya tayang pada Oktober tetapi diawalkan ke Ogos) dan sebelum filem The Experts (dijangka ditayangkan pada Disember 2023 namun ditunda ke 2024).[8] Walau bagaimanapun, filem ini diawalkan iaitu pada 26 Oktober 2023 iaitu tarikh yang sama dengan filem antarabangsa Five Nights at Freddy's dan Saw X (tayangan Malaysia).

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw memuat naik teaser filem pada 22 Ogos 2023 dengan mendedahkan tarikh tayangan filem iaitu pada 26 Oktober 2023.[9] Treler dan poster filem dimuat naik di laman media sosial Astro Shaw pada 7 September 2023 ketika sidang media di TGV Pavillion Bukit Jalil.[10]

Syarikat pembuatan barangan tempatan, A Piece of Malaysia (APOM!) yang dikenali di serata Malaysia menerusi RojakDaily, SAYS, Astro AEC dan sebagainya mereka dan menjual barangan bertemakan filem ini sebagai rakan barangan rasmi.[11]

Astro Shaw mengumumkan bahawa RM1 daripada tiket filem ini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sebagai tanda solidariti dan kebersamaan Malaysia dan Palestin ekoran serangan Israel ke atas Palesstin.[12]

Muzik[sunting | sunting sumber]

"Siapa Kami"
Single oleh David Koon, Andrew Lui, Ronald Mok ft. W.A.R.I.S
Dilancarkan pada24 Oktober 2023
Panjang3:11
SyarikatAstro Shaw & Rocketfuel Entertainment
PenulisW.A.R.I.S, David Koon dan Roslan bin Zakaria
PenerbitDavid Koon
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lagu tema bagi filem ini berjudul Siapa Kami nyanyian David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok menampilkan W.A.R.I.S dengan lagu ditulis oleh W.A.R.I.S, David Koon dan Roslan bin Zakaria serta diterbitkan oleh David Koon. Lagu ini dikeluarkan di Spotify pada 24 Oktober 2023, dua hari sebelum tayangan rasmi filem ini.[13]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Filem ini rata-rata mendapat pujian positif daripada pengkritik filem tempatan. Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian pada asalanya tidak meletakkan harapan tinggi. Beliau juga berkata,

Namun enam bintang utama Gemencheh Boys iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq membuktikan mereka punya sesuatu untuk dipersembahkan meskipun tidak pernah bergelar anak wayang.[14]

Salah satu pengarah dan penerbit eksekutif Didi & Friends The Movie, Akmal Aziz Asmawi berkata di Twitter beliau di mana beliau menunggu sejak filem pertama. Beliau berpuas hati dengan filem ini.[15]

Cikgu Azman yang sebenar pula tidak pernah mahukan sebarang perhargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah dan penerbit kerana menghasilkan filem ini.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (31 Mei 2019). "Watak guru sukan dalam Adiwiraku 2 milik Pekin". Berita Harian. Dicapai pada 30 September 2023.
  2. ^ @ifarahahmad (16 Mei 2019). "Alhamdullilah. Kerna ceritanya aku disini. Tq @jasonchong.sol @ericong274 atas pelawaan. @amr_.hziq #azad #skbru Reposted from @jasonchong.sol - Such outstanding performance from them. Thank you for bringing it on screen. @ifarahahmad #adiwiraku2 #gemenchehboys #solpictures" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  3. ^ "Filem Gemencheh Boys". MyInfoTaip. 26 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  4. ^ a b c d e f RD Minion (8 September 2023). "Gemencheh Boys: The True Story Of How 6 Boys from FELDA Won Malaysia's First Gold for Cricket". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 September 2023.
  5. ^ @pekinibrahim7W (6 April 2019). "rehearsal #adiwiraku2" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  6. ^ @FilemKita (4 Disember 2019). "Teaser filem "Adiwira Ku 2: The Gemencheh Boys" Sedang disiapkan untuk tayangan tahun 2020. #AdiwiraKu2" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  7. ^ @KamalRezuan (16 Julai 2019). "Rindu jgk sebenarnya dgn bdk2 ni #adiwiraku2 #filem coming soon 2020🙌🏼" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  8. ^ @shafixsharif (1 Februari 2023). "Gambar takde tapi movie ade bulan 11 ni keluar "Adiwiraku2 the Gemencheh Boys". At least ade legacy untuk anak cucu aku tahu cerita aku dari kecik sampai menang SEA games gold medal. 🤲🏻" (Twit). Dicapai pada 30 September 2023 – melalui Twitter.
  9. ^ "GEMENCHEH BOYS | TEASER | DI PAWAGAM 26 OKTOBER 2023". YouTube. Astro Shaw. 22 Ogos 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  10. ^ "GEMENCHEH BOYS | OFFICIAL TRAILER | 26 OCTOBER 2023". YouTube. Astro Shaw. 7 September 2023. Dicapai pada 30 September 2023.
  11. ^ "APOM x Gemencheh Boys". APOM. Dicapai pada 15 November 2023.
  12. ^ Roslan, Affan (1 November 2023). "RM1 daripada setiap tiket Gemencheh Boys untuk Palestin". Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2023.
  13. ^ "Siapa Kami". Spotify. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  14. ^ Aqmar Mustaza (30 Oktober 2023). "Tanpa bintang popular, Gemencheh Boys tetap mantap". Sinar Harian. Dicapai pada 15 November 2023.
  15. ^ @akazkucha (1 November 2023). "Baru tonton Gemencheh Boys semlm. Been looking forward to the film since it was announced as a sort of Adiwiraku sequel. A heartwarming & uplifting movie. Barisan pelakon muda yang pertama kali berlakon sangat bersahaja & ada chemistry. Pekin pun terbaik" (Twit). Dicapai pada 15 November 2023 – melalui Twitter.
  16. ^ Nordin, Norhayati (10 Oktober 2023). "Cikgu Azman 'unsung hero' Gemencheh Boys". Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]