Haiwan dan objek seruan (Naruto)
Debut | |
---|---|
Anime | Episod 17 |
Filem | Naruto: Shippūden the Movie |
Permainan Video | Naruto: Ultimate Ninja |
Penampilan | Manga dan anime |
Maklumat | |
Tahap | Tahap-C |
Kelas | Serangan, Pertahanan, Suplemen |
Ikatan Tangan | Khinzir → Anjing → Burung → Monyet → Ayam Jantan[3] |
Jutsu Lain | |
Modifikasi Jutsu | Amplification Summoning Technique Earth Release: Wheel of Fortune Earth Release Resurrection Technique: Corpse Soil Formation of Ten Thousand Snakes Hidden Shadow Snake Hands Many Hidden Shadow Snake Hands Rain of Spiders Snake Authority Spell Summoning: Demonic Statue of the Outer Path Summoning: Earth Release: Tracking Fang Technique Summoning: Food Cart Destroyer Technique Summoning: Impure World Resurrection Summoning: Iron Maiden Summoning: Quick Beheading Dance Summoning: Rashōmon Summoning: Triple Rashōmon Summoning: Toad Mouth Bind Summoning: Toad Shop Technique Summoning: Torture Chamber |
Jutsu Berkaitan | |
Jutsu Berkaitan | Teknik Seruan Songsang |
Pengguna | |
Karakter | Anko Mitarashi Danzō Shimura Hanzō Hiruzen Sarutobi Jiraiya Kakashi Hatake Kabuto Yakushi Kidōmaru Kisame Hoshigaki Might Guy Madara Uchiha Minato Namikaze Motoi Nagato Naruto Uzumaki Orochimaru Sasuke Uchiha Mizukage Kedua Shima Tayuya Temari Tsunade Amachi (Anime sahaja) Gennō (Anime sahaja) Kandachi (Anime sahaja) Kōza Kubisaki (Anime sahaja) Ruiga (Anime sahaja) Suzumebachi Hiruko (Anime sahaja) Ichi (Anime sahaja) Ni (Anime sahaja) San (Anime sahaja) Sakura Haruno (Permainan video sahaja) |
Teknik Seruan (口寄せの術, , Kuchiyose no Jutsu) merupakan teknik dalam klasifikasi Ninjutsu Ruang-waktu yang mana ianya membenarkan pengguna untuk menyeru atau memindahkan haiwan atau sebarang objek merentasi jarak yang jauh dalam sekelip mata.
Penggunaan
[sunting | sunting sumber]Hanya terdapat satu cara untuk melaksanakan jutsu ini iaitu dengan melakukan ikatan tangan dan darah. Bagaimanapun, sebelum seseorang ninja yang layak itu boleh menggunakan teknik ini, mereka perlu melakukan ikatan perjanjian atau kontrak dengan spesis tersebut[4]. Perjanjian tersebut boleh datang dalam bentuk tulisan pada skrol atau cacah pada lengan yang dilukis menggunakan darah pengguna itu sendiri. Sesudah mengadakan perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan seruan itu, ia akan kekal biar pun penggunanya sudah mati[5]. Hanya selepas itu barulah penggunanya boleh menyeru haiwan tersebut dengan melakukan tanda ikatan tangan dan mendermakan sedikit darah (selalunya diperolehi dengan menggigit ibu jari sendiri) dan menggunakan tangan yang sama digunakan ketika membuat perjanjian dengan haiwan yang diseru[6]. Jumlah chakura yang digunakan ketika melancarkan teknik ini akan menentukan berapa besarkah haiwan yang bakal diseru. Di dalam siri anime, telah ditunjukan bahawa sekiranya seseorang itu cuba menyeru haiwan seruan tanpa mengadakan ikatan perjanjian terlebih dahulu, maka pengguna tersebut akan "diterbangkan" ke kediaman asal haiwan seruan yang berkaitan[7].
Cara lain yang boleh digunakan untuk melakukan seruan adalah dengan menggunakan skrol tanpa perlu melakukan tanda ikatan tangan terlebih dahulu. Dalam kes ini, ikatan tangan tidak diperlukan dan chakura juga kadangkala tidak diperlukan[8][9]. Dengan menggunakan kaedah ini, penggunanya boleh menyeru sebarang haiwan meskipun mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan itu[10].
Pengunaan Khas
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan pengguna dilihat hanya mampu melakukan hanya satu sahaja bentuk seruan haiwan atau objek. Namun begitu, terdapat sedikit kelainan yang ditunjukkan oleh Pain (melalui pengunaan tubuh Chikushōdō) di mana dia boleh melakukan beberapa seruan spesis haiwan atau manusia dalam sesuatu masa. Pain tidak perlu mengunakan darah ketika melakukan teknik tersebut. Sasuke Uchiha juga pernah melakukan seruan kepada lebih daripada satu jenis haiwan iaitu ular dan helang; namun begitu ianya dilakukan pada selang masa yang berbeza (setelah kematian Manda). Kebolehan untuk melakukan seruan boleh dibatalkan dengan melancarkan Teknik Ikatan Jampi.
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Apabila sesuatu spesis haiwan itu diseru oleh penggunanya, maka ia akan "diterbangkan" dari kediaman mereka kepada lokasi pengguna. Apabila diseru, haiwan tersebut boleh melakukan sebarang tugas atau menolong si pengguna di dalam pertempuran. Kadangkala, sesetengah haiwan seruan tidak mampu membantu dan hanya menjadi bebanan atau musuh kepada penggunanya. Haiwan seruan juga boleh menyeru penggunanya dengan menggunakan Teknik Seruan Songsang dan haiwan seruan juga kadangkala dilihat memiliki tanda dirah dahi yang melambangkan "kesetiaan" mereka kepada sesebuah perkampungan ninja.
Sesetengah seruan boleh dijadikan sebagai asas kepada teknik yang lain seperti Teknik Seruan: Hempapan Pemusnah oleh Jiraiya dan Teknik Seruan: Tarian Pemancung Kepala oleh Temari. Dalam kes seperti ini, kadangkala seruan tidak terhad kepada seruan haiwan sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Orochimaru yang boleh menyeru mayat (untuk melaksanakan teknik Edo Tensei) dan untuk tujuan pertahanan seperti Teknik Seruan: Pintu Rashōmon.
Objek boleh diseru daripada skrol. Ia tidak diseru daripada mana-mana lokasi tapi hanya dilepaskan daripada tempat simpanan sementaranya dan tidak memerlukan darah untuk menyerunya. Sesetengah watak juga dilihat memiliki kecenderungan untuk menyeru senjata seperti kunai atau shuriken gergasi dan kadangkala anpa perlu menggunakan tanda ikatan tangan[11][12].
Senarai Seruan
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai beberapa haiwan atau objek seruan yang telah diketahui dan digunakan secara meluas oleh sesetengah ninja di dalam dunia Naruto bersama nama penyerunya.
- Kodok
- Seruan: Uzumaki Naruto, Jiraiya dan Minato Namikaze
- Jenis: Kodok seruan
- Senarai seruan: Gamabunta, Gamaken, Gamakichi, Gamatatsu, Pendeta dok, Shima dan Fukasaku, Gamahiro, Gerotora (Key Toad), Kosuke (mati), Gamariki (anime sahaja)
- Ular
- Seruan: Uchiha Sasuke, Orochimaru, Kabuto dan Anko
- Jenis: Ular seruan
- Senarai seruan: Kyodaija, Manda (mati), ular gergasi Anko (tidak bernama)
- Lintah
- Seruan:: Tsunade, Haruno Sakura (dalam Naruto: Path of the Ninja 2 sahaja)
- Jenis: Lintah seruan
- Senarai seruan: Katsuyu
- Anjing
- Seruan: Hatake Kakashi
- Jenis: Anjing nin (Ninken)
- Senarai seruan: Pakkun, Bull, Bisuke, Shiba, Akino, Urushi, Usei, Guruko
- Seruan oleh Pain
- Seruan: Pain
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Krustasia gergasi, Burung gergasi berparuh gerudi, Anjing gergasi berkepala banyak, Panda gergasi, Sesumpah berekor ular gergasi, Lembu gergasi, Lipan gergasi, Badak gergasi
- Lain-lain seruan
- Seruan: Tayuya
- Jenis: Makhluk seruan
- Senarai seruan: Doki
- Seruan: Orochimaru, Sakon & Ukon
- Jenis: Objek seruan
- Senarai seruan: Pintu Rashomon
- Seruan: Orochimaru (dimusnahkan oleh Naruto)
- Jenis: Objek seruan
- Senarai seruan: Pintu Rashomon bertiga
- Seruan: Kotetsu
- Jenis: Senjata seruan
- Senarai seruan: Belantan berupa cangkerang
- Seruan: Amachi
- Jenis:
- Senarai seruan: Umibozu (mati)
- Seruan: Ruiga (anime)
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Sekumpulan pirana, Jerung
- Seruan: Kidomaru
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Kyodaigumo
- Seruan: Might Guy
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Ninkame
- Seruan: Hokage Ketiga
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Enma
- Seruan: Suku Kamizuru (anime)
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Larva lebah, lebah gergasi (mati)
- Seruan: Temari
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Kamatari
- Seruan: Hanzo
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Salamander
- Seruan: Genno
- Jenis: Haiwan seruan
- Senarai seruan: Burung gergasi
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Dalam kehidupan harian rakyat Jepun, perkataan kuchiyose (口寄せ, , Lukisan Perantaraan) yang merujuk kepada upacara untuk membenarkan "semangat" atau roh untuk merasuki tubuh agar membolehkannya berkomuniskasi dengan manusia.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Naruto: Buku Data Pertama, Muka 182
- ^ Naruto: Buku Rasmi Peminat, Muka 163
- ^ Naruto Bab 477, Muka 09
- ^ Naruto Bab 92, Muka 14
- ^ Naruto Bab 530, Muka 16
- ^ Naruto Bab 92, Muka 19
- ^ Naruto: Shippūden 127
- ^ Naruto Bab 64, Muka 03
- ^ Naruto Bab 508, Muka 14
- ^ Naruto Bab 363, Muka 10-11
- ^ Naruto Bab 185, Muka 03-04
- ^ Naruto Bab 381, Muka 12