Senarai negara ninja (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta menunjukkan lokasi Negara Ninja dan Perkampungan Ninja

Siri Naruto mengambil tempat di sebuah benua fiksyen yang dibahagi-bahagikan kepada beberapa buah negara. Berikut adalah senarai negara-negara ninja yang diketahui terdapat di dalam siri Naruto.

Negara-negara Ninja Besar[sunting | sunting sumber]

Negara Air[sunting | sunting sumber]

Negara Air (水の国, Mizu no Kuni?) merupakan sebuah negara yang cenderung kepada elemen berasaskan air (Gaya Lepas Sifat Air). Ia terbentuk daripada banyak kepulauan yang terdapat di sekitarnya, dengan setiap satu daripada pulau-pulau tersebut memiliki tradisi yang unik. Cuaca di negara ini selalu berada dalam keadaan yang dingin, diselubungi oleh kabus dan bertasik. Di sesetengah tempat, seperti mana tempat Haku membesar, ia merupakan sebuah tempat yang agak sejuk di mana salji boleh dilihat menutupi permukaan tanahnya. Hanya sedikit maklumat yang diketahui tentang tempat tersebut memandangkan ianya terpinggir daripada anasir politik. Maklumat mengenainya memang sukar didapati dan ini mudah difahami memandangkan tempat tersebut merupakan sebuah pulau dalam Negara Air yang berjauhan dengan empat negara besar yang lain.

"Kirin Nectar" (麒麟蜜, Kirin Mitsu?) merupakan satu daerah atau kawasan khas yang terdapat di Negara Air [1].

Kirigakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kirigakure

Kirigakure (霧隠れの里, Kirigakure no sato?), dikenali dengan nama singkatan Kiri, sebuah perkampungan ninja yang terletak di dalam Negara Air. Ia juga tempat di mana Tujuh Pemedang Kabus dibentuk. Kakashi Hatake dan Orochimaru pernah menyatakan bahawa Kiri memiliki kuasa ketenteraan yang sangat kuat dan kejam serta tidak mudah ditundukkan.



Negara Api[sunting | sunting sumber]

Negara Api (火の国, Hi no Kuni?) merupakan salah satu negara terbesar dan terkuat, juga merupakan tempat kediaman kepada watak utama dalam siri Naruto. Ketua kepada pentadbiran negara ini dikenali sebagai Daimyo. Negara Api merupakan negara pertama yang memperkenalkan perkampungan ninja, Konohagakure yang kemudiannya menjadi contoh dan ikutan negara-negara yang lain. Negara Api merupakan sebuah negara yang cenderung kepada elemen berasaskan api (Gaya Lepas Sifat Api). Ini dapat digambarkan dengan suasana persekitaran negara tersebut yang sentiasa dalam keadaan cerah dan bersuhu hawa panas. Walaupun Negara Api bukanlah negara terbesar, namun ia memiliki perkampungan ninja terbesar.

Negara Api telah terlibat dalam peperangan dengan Negara Guruh, Negara Tanah dan Negara Angin. Dalam beberapa tahun berikutnya (suasana aman), Negara Api berjaya memulihkan keadaan negara mereka dan membiasakan diri dengan suasana yang penuh aman. Negara-negara lain (negara-negara yang sedang berusaha meningkat kuasa ketenteraan mereka) melihat keadaan ini sebagai suatu "kelemahan" dan menyumbang kepada faktor pencerobohan oleh Otogakure dan Sunagakure.

Pada sempadan di antara Negara Api dan Negara Bunyi, terdapatnya satu kawasan yang dipanggil Lembah Penamat, satu kawasan yang dibentuk selepas Konohagakure diasaskan oleh Hokage dan Madara Uchiha.

Konohagakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Konohagakure

Konohagakure (木ノ葉隠れの里, Konohagakure no Sato?) atau boleh juga dikenali sebagai "Kampung Daun" atau Konoha secara ringkasnya, merupakan salah sebuah perkampungan ninja terbesar yang dipimpin oleh Kage yang bergelar Hokage.Terdapat sebuah Monumen Hokage, monumen yang dibina khas untuk Hokage yang terletak bahagian utara Konoha. Monumen tersebut merupakan ukiran muka-muka Hokage (terdahulu hinggalah terkini) yang dipahat pada sebuah bongkah gunung. Kampung ini terletak di dalam Negara Api. Walaupun Konoha, seperti mana negara yang ia duduki, telah mengecapai keamanan sejak enam belas tahun yang lalu dan penduduknya telah membiasakan diri dengan suasana yang aman itu. Bagaimana pun, Konoha masih lagi diiktiraf sebagai antara kampung ninja yang hebat dalam sejarah, di samping memiliki kekuatan kuasa ketenteraan dan pengaruh yang besar.



Negara Angin[sunting | sunting sumber]

Sunagakure, Negara Angin

Negara Angin (風の国, Kaze no Kuni?) merupakan sebuah lagi negara yang diberikan fokus dalam siri Naruto. Ia terletak di kedudukan barat daya dari Negara Api, manakala ia turut bersempadan dengan Negara Sungai dan Negara Hujan. Negara tersebut merangkumi kawasan yang luas, tetapi kawasan tersebut kebanyakannya dilitupi oleh gurun pasir. Oleh kerana kurangnya hujan yang turun di sepanjang tahun, penduduk di negara ini tinggal di kampung yang dibina dengan bergantung kepada oasis yang wujud. Walaupun negara ini mempunyai persekitaran yang agak ekstrem oleh kerana cuacanya, namun ia masih memiliki populasi yang besar. Negara Angin memiliki persefahaman yang abik dengan Negara Api dan sering berlakunya pertukaran di antara kedua-dua negara tersebut.

"Dumpling Pasir" (砂団子, Suna Dango?) merupakan satu kawasan khas dalam Negara Angin. Ciri-ciri unik yang dimiliki oleh kawasan tersebut adalah penghasilan produk tepung soya yang dihasilkan menyerupai pasir dan rasanya juga enak [2].

Sunagakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sunagakure

Sunagakure (砂隠れの里, Sunagakure no Sato?) merupakan perkampungan ninja yang terdapat di Negara Angin. Sebagai salah sebuah kampung ninja terbesar, ia turut dipimpin oleh seorang Kage yang digelar Kazekage, di mana buat masa ini ianya adalah Gaara. Ninja-ninja daripada kampung ini dilihat memiliki kemahiran yang berasaskan kepada Gaya Lepas Sifat Angin dan Teknik Boneka.



Negara Guruh[sunting | sunting sumber]

Negara Guruh (雷の国, Kaminari no Kuni?) merupakan sebuah negara yang hanya membuat sedikit kemunculan setekat ini dalam siri Naruto. Ia terletak di bahagian Timur Laut Negara Api dan dianggap sebagai salah sebuah daripada lima buah negara besar. Di tengah-tengah kawasan negara tersebut merupakan persekitaran bergunung-ganang yang selalu mengalami ribut petir; ini dikatakan memberikan gambaran mengenai nama negara tersebut. Dari kawasan pergunungan tersebut, banyak aliran sungai yang menghala ke laut wujud, menghasilkan satu bentuk persisiran pantai yang mempunyai pemandangan laut yang cantik. Terdapat banyak lokasi kawasan mata air panas di negara ini.

Kumogakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kumogakure

Kumogakure (雲隠れの里, Kumogakure no Sato?) atau nama lainnya adalah Kampung Awan merupakan sebuah perkampungan ninja di dalam Negara Guruh. Sebagai salah sebuah daripada lima Kampung Ninja Terbesar, Kumogakure dipimpin oleh seorang Kage yang digelar Raikage. Kebanyakkan ninja di negara ini dilihat memiliki kemahiran dalam jutsu yang berasaskan elemen daripada kilat (Gaya Lepas Sifat Kilat). Sesetengah daripada penduduknya juga dilihat menggunakan pedang berunsurkan pedang Jepun (katana) sebagai senjata kebiasaan berbanding pengunaan kunai oleh ninja-ninja di kawasan lain. Ini sekaligus memperlihatkan kemahiran penggunaan pedang pada peringkat yang lebih tinggi oleh ninja-ninja daripada Kumogakure. Kampung Awan terletak di atas kawasan pergunungan yang tinggi dan kelihatan terlindung oleh awan-awan.

Lembah Awan dan Guruh[sunting | sunting sumber]

Lembah Awan dan Guruh (雲雷峡, Unraikyō?) merupakan sebuah lembah yang letak di antara kebanyakan gunung-ganang yang terdapat di Negara Guruh. Ia merupakan sebuah kawasan lembah yang diselubungi oleh awan atau kabus. Di sekitar lembah ini, terdapatnya sebuah gua yang digunakan oleh Killer Bee (selaku jinchūriki kepada "Hachibi" melakukan latihan.

Kawasan lembah tersebut telah terjejas dengan teruk apabila Killer Bee melancarkan Bebola Chakura Berkepadatan Tinggi dalam bentuk lengkap Hachibi apabila bertarung dengan Pasukan Taka.



Negara Tanah[sunting | sunting sumber]

Negara Tanah (土の国, Tsuchi no Kuni?) merupakan sebuah negara yang setakat ini hanya mendapat sedikit pendedahan dalam siri Naruto. Ia terletak di bahagian Barat Laut Negara Api. Negara tersebut boleh digambarkan dengan kawasan berbatuan yang luas. Sempadan negara tersebut dikelilingi oleh kawasan pergunungan yang menghalang sebarang perhubungan dengan negara-negara di sekelilingnya. Fenomena semulajadi yang terkenal ini dinamakan Gan'u (岩雨, Hujan Batu?).

Kuih Beras Tanah (岩餅, Iwa Mochi?) merupakan sejenis hasil makanan tempatan yang terkenal di Negara Tanah. Permukaan makanan tersebut yang rangup dikatakan sukar untuk ditolak [3].

Iwagakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Iwagakure

Iwagakure (岩隠れの里, Iwagakure no Sato?) atau nama lainnya adalah "Kampung Batu" merupakan sebuah perkampungan ninja yang terdapat di dalam Negara Tanah. Sebagai sebuah perkampungan terbesar, ia dipimpin oleh seorang Kage yang digelar sebagai Tsuchikage. Simbol kampung ini terdiri daripada dua ketul batu, di mana terdapat sebiji batu bersaiz kecil di hadapan sebiji batu bersaiz besar. Kebanyakkan ninja di kampung ini dilihat memiliki kemahiran menggunakan teknik berasaskan elemen tanah (Gaya Lepas Sifat Tanah).

Negara-negara Ninja Kecil[sunting | sunting sumber]

Negara Air Pusar[sunting | sunting sumber]

Negara Air Pusar (渦の国, Uzu no Kuni?) merupakan negara kelahiran Kushina Uzumaki, ibu kepada Naruto Uzumaki. Namun, begitu negara ini sudah tidak wujud kerana ianya hanya dirujuk melalui imbauan silam. Nama keluarga "Uzumaki" merupakan nama yang sering didengar di negara ini [4].



Negara Batu[sunting | sunting sumber]

Negara Batu (石の国, Ishi no Kuni?) merupakan sebuah negara yang diperkenalkan dalam episod 159. Ia merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pendeta, oleh yang sedemikian, negara ini dilihat mempunyai banyak kuil dibina di bahagian kota pemerintahannya. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai negara ini.



Negara Beruang[sunting | sunting sumber]

Negara Beruang (熊の国, Kuma no Kuni?) merupakan negara yang hanya diperkenalkan di dalam siri anime. Ia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh hutan-hutan yang tebal. Terdapat perkampungan ninja di negara ini, Hoshigakure yang terletak di tengah-tengah negara tersebut dan ianya dikelilingi juga oleh jurang yang dipenuhi dengan gas beracun. Penduduk setempat menggelarkan jurang tersebut sebagai Jurang Maut. Jurang tersebut berperanan sebagai tembok penghalang semulajadi yang menyekat sebarang cuba untuk menyerang kampung tersebut. Sebiji meteor telah terhempas di satu kawasan dalam kampung tersebut pada 200 tahun yang lalu sebelum bermulanya siri Naruto ini.



Negara Besi[sunting | sunting sumber]

Fail:LandofIron.jpg
Negara Besi

Negara Besi (鉄の国, Tetsu no Kuni?) merupakan sebuah negara yang sejuk dan bersalji. Secara politikalnya, ia merupakan negara neutral yang tidak pernah terlibat dalam peperangan ninja. Sebenarnya, para ninja mempunyai peraturan yang digunakan sejak dahulu lagi di mana mereka tidak akan mengganggu negara tersebut. Walaupun begitu, negara ini turut memiliki kuasa ketenteraan yang kuat, di mana ianya terdiri daripada pahlawan samurai. Baru-baru ini, ketika Madara Uchiha mengisytiharkan akan memulakan Perang Dunia Ninja Keempat, Negara Besi telah menyertai Pakatan Ninja dan telah bersiap sedia untuk berperang dengan Madara dan menentang Projek Mata Rembulan miliknya. Negara ini terletak di antara tiga gunung yang dipanggil Templat:Nihong. Pemimpin negara ini adalah Mifune yang berpangkat general.

Perhimpunan Lima Kage dilakukan di Negara Besi berikutan faktor keselamatan dan sikap neutral yang dimiliki oleh negara tersebut. Menurut Tsuchikage Ōnoki, Negara Besi memiliki budaya tersendiri dan menyatakan bahawa: "Tiada apa yang menarik" apabila bermesyuarat di sana. Apabila Sasuke Uchiha menyerang perjumpaan para Kage, dia telah diisyitiharkan sebagai penjenayah dunia ninja kerana mencabar kelima-lima orang negara ninja dan cuba mengganggu keadaan di Negara Besi yang bersikap neutral itu.



Negara Bulan Sabit[sunting | sunting sumber]

Fail:Land of the Moon.JPG
Negara Bulan Sabit

Negara Bulan (月の国, Tsuki no Kuni?) merupakan sebuah negara yang menjadi fokus dalam filem ketiga Naruto, Naruto the Movie 3: Great Excitement! The Animal Panic of Crescent Moon Island. Ia merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai bentuk seperti "bulan sabit" yang mana ia menjadi penunjuk kepada negara tersebut. Ia merupakan tempat kediaman ninja-ninja dari kampung Getsugakure.

Dalam Peperiksaan Chūnin, terdapat seorang ninja yang memakai dirah dahi dengan simbol bulan sabit dilihat mengambil peperiksaan tersebut, namun tidak dinyatakan atau ditunjukkan dalam peperiksaan yang lain.



Negara Bunyi[sunting | sunting sumber]

Negara Bunyi (音の国, Oto no Kuni?) merupakan negara jiran kepada Negara Api. Ia secara amnya merupakan sebuah negara yang baru dalam dunia politik ninja walaupun ia sebenarnya telah lama wujud dengan nama Negara Padi (田の国, Ta no Kuni?). Orochimaru telah menawan negara tersebut dan telah memujuk Daimyo negara tersebut untuk membolehkan dirinya membentuk sebuah perkampungan ninja.

Otogakure[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Otogakure

Otogakure (音隠れの里, Otogakure no Sato?) atau nama lainnya adalah "Kampung Bunyi" yang turut digelar dengan singkatan Oto merupakan perkampungan ninja yang ditubuhkan oleh Orochimaru. Ia ditubuhkan dengan niat untuk memudahkan kerja Orochimaru mengumpulkan ninja-ninja untuk tujuan eksperimen bagi mempercepatkan matlamatnya mempelajari semua jutsu. Bagaimana pun, Oto bukanlah sebuah perkampungan ninja, tetapi lebih kepada beberapa buah tempat persembunyian dan pengkalan yang bertaburan di dalam Negara Bunyi dan beberapa negara lain.



Negara Burung[sunting | sunting sumber]

Negara Burung

Negara Burung (鳥の国, Tori no Kuni?) merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Negara Angin dan Negara Tanah.

Di dalam siri anime, Naruto Uzumaki, Neji Hyuga dan Tenten telah dihantar ke negara tersebut untuk menyiasat desas-desus mengenai hantu Pahlawan Kutukan, di samping melindungi Daimyo yang memerintah negara tersebut yang bernama Sagi. Melalui siasatan yang dilakukan, mereka telah membongkar satu konspirasi yang dilakukan oleh ninja mengembara yang dipanggil Watari yang mahu menguasai negara tersebut. Bagaimana pun, ninja-ninja ini telah berjaya ditewaskan pada akhirnya.

Negara ini mendapat namanya melalui aktiviti penghijrahan burung beramai-ramai setiap tahun ke negara tersebut.



Negara Cakar[sunting | sunting sumber]

Negara Cakar (爪の国, Tsume no Kuni?) merupakan negara yang membuat kemunculan pada episod 177 dalam siri anime Naruto. Terdapat satu masa di mana, negara ini terlibat dengan pertelingkahan ke atas negara jiran, Negara Taring. Kedua-dua pihak tidak bertungkus-lumus dalam pertelingkahan mereka, terima kasih kepada novel Icha Icha yang dihasilkan oleh Jiraiya apabila ianya telah tersilap dikirimkan kepada Daimyo yang memimpin Negara Taring.



Negara Gunung-ganang[sunting | sunting sumber]

Negara Gunung-ganang (山の国, Yama no Kuni?) merupakan negara tempat wujudnya perkampungan Kagerō. Kampung tersebut telah dimusnahkan sepenuhnya oleh sebuah kampung lain, tiga puluh tahun sebelum bermulanya siri ini.



Negara Hutan[sunting | sunting sumber]

Negara Hutan (森の国, Mori no Kuni?) merupakan sebuah negara yang dilitupi oleh hutan tebal, menjadikan sungai sebagai satu-satunya jalan untuk merentasi negara tersebut. Kumpulan penjenayah Shinobazu melakukan kegiatan mereka di negara ini. Gantetsu yang juga merupakan ahli Shinobazu telah ditangkap dan sepatutnya di bawa ke bandar pentadbiran negara tersebut untuk diadili.



Negara Jem Kacang[sunting | sunting sumber]

Negara Jem Kacang (餡の国, An no Kuni?) merupakan sebuah negara yang hanya diterangkan serba sedikit pada episod 194 dalam siri anime Naruto. Kayo telah dihantar oleh Negara Madu untuk menguruskan suatu hal penting dengan negara tersebut. Kayo kemudiannya tersesat, membuatkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak Konohagakure yang menghantar Hinata Hyūga, Naruto Uzumaki dan Kiba Inuzuka.



Negara Kayu[sunting | sunting sumber]

Negara Kayu (林の国, Hayashi no Kuni?) merupakan sebuah negara yang menjadi kediaman kepada sebuah pasukan ANBU yang dipanggil Prajñā.



Negara Langit[sunting | sunting sumber]

Negara Langit
Simbol Negara Langit

Negara Langit (空の国, Sora no Kuni?) merupakan sebuah negara yang muncul dalam filem kelima Naruto yang bertajuk Naruto Shippūden 2: Bonds. Ia adalah sebuah negara yang dahulunya ditubuhkan oleh beberapa ninja daripada beberapa buah negara yang mampu mengolah chakura dan membolehkan mereka terbang ke udara. Turut dikatakan bahawa mereka terlibat dalam Perang Dunia Ninja Kedua.

Perkampungan ninja mereka telah dimusnahkan oleh Konohagakure, namun negara tersebut masih wujud. Shinnō merupakan seorang ninja daripada negara tersebut dan reputasi mereka amat dikhuatiri oleh Tsunade ketika mereka menyerang kampung tersebut. Mereka menggunakan sejenis alatan yang boleh menyerap chakura dan kemudiannya membolehkan mereka untuk terbang.

Pengakalan mereka merupakan sebuah kuil gergasi yang dinamakan sebagai Ancor Vatian yang membawa maksud "Senjata Terulung".



Negara Laut[sunting | sunting sumber]

Negara Laut (海の国, Umi no Kuni?) merupakan negara yang membuat kemunculan pada episod 169 siri anime Naruto. Orochimaru memiliki sebuah pengkalan rahsia di negara ini yang digunakan untuk melakukan beberapa siri eksperimen miliknya. Seorang daripada anak buah Orochimaru masih terus menjalankan eksperimen di sini walaupun setelah ditinggalkan olehnya, seterusnya membawa kepada serangan yang dilakukan ke atas kapal-kapal tempatan yang berlayar. Negara ini bukanlah sebuah negara yang makmur dan ia bergantung sepenuhnya kepada perlindungan yang diberikan oleh ninja-ninja dari Negara Air.



Negara Lembah[sunting | sunting sumber]

Negara Lembah (谷間の国, Tanima no Kuni?) merupakan sebuah negara yang diberikan sedikit pendedahan pada episod 193 dalam siri anime Naruto. Nanafushi merupakan seorang ninja yang ingin mencuri rahsia Konoha dilahirkan di negara ini.



Negara Madu[sunting | sunting sumber]

Negara Madu (蜜の国, Mitsu no Kuni?) merupakan sebuah negara yang mendapat sedikit pendedahan pada episod 194 dalam siri anime Naruto. Masih tidak ada maklumat lain mengenai negara ini.



Negara Mi[sunting | sunting sumber]

Negara Mi merupakan sebuah negara yang khusus dalam penghasilan mi, yang mana ianya juga turut digunakan sebagai nama negara tersebut. Daimyo yang memerintah negara ini bernama Chikara.



Negara Ombak[sunting | sunting sumber]

Negara Ombak (波の国,, Nami no Kuni) secara amnya merupakan sebuah negara yang miskin dan tidak memiliki perkampungan ninja. Ianya merupaka sebuah kepulauan yang terpencil dan pernah menjadi sebuah perlabuhan yang makmur, sehinggalah kedatangan Gatō ke negara tersebut. Gatō telah "memecah" semangat penduduk setempat dan memonopoli aktiviti industri perkapalan yang merupakan nadi ekonomi penduduk di negara tersebut.

Pasukan 7 telah melakukan misi sebenar pertama mereka di negara ini dan melalui "bantuan" Momochi Zabuza dan penduduk negara tersebut, penguasaan Gatō telah berjaya ditamatkan. Selepas itu, sebuah jambatan telah dibina yang mana ianya mampu menghubungkan negara tersebut dengan Negara Api. Jambatan tersebut telah membantu dalam perkembangan aktiviti perdagangan dan pertukaran kepada banyak tempat di negara tersebut dan ia kini telah menjadi sebuah negara yang makmur kembali.

Sasuke Uchiha telah diketahui melawati negara tersebut dalam Bahagian II bersama-sama dengan Karin dan Suigetsu yang ingin mendapatkan Pedang Pemancung Manusia milik Momochi Zabuza.



Negara Pasir[sunting | sunting sumber]

Negara Pasir (砂の国, Suna no kuni?) merupakan sebuah negara yang memiliki seorang daimyo yang terkenal. Gennō pernah dua kali memalsukan surat rekomendasi yang ditulis oleh daimyo tersebut untuk mendapat kebenaran memasuki Konohagakure.



Negara Paya[sunting | sunting sumber]

Negara Paya (沼の国, Numa no Kuni?) merupakan sebuah negara yang terletak berdekatan dengan Negara Puaka. Di negara inilah letaknya tubuh puaka bernama Mōryō disimpan.

Anko Mitarashi pernah melindungi seorang daimyo dari sebuah negara yang memiliki nama yang sama bernama Chiciyasu. Tidak diketahui sama ada negara tersebut adalah negara yang sama dengan Negara Paya ini. Negara ini dilihat merupakan negara sekutu kepada Negara Api apabila Maito Gai dihantar untuk melakukan misi di negara ini.



Negara Puaka[sunting | sunting sumber]

Shion, biarawati Negara Puaka

Negara Puaka (鬼の国, Oni no Kuni?) merupakan sebuah negara yang muncul dalam filem keempat Naruto, Naruto: Shippūden the Movie. Ia terletak selang dua negara daripada Negara Paya.

Shion, seorang biarawati di negara ini yang memiliki keupayaan untuk menjangkakan kematian seseorang dan mengurung roh-roh puaka.



Negara Salji[sunting | sunting sumber]

Fail:Land of Snow.JPG
Negara Salji

Negara Salji (雪の国, Yuki no Kuni?) merupakan sebuah negara yang menjadi fokus dalam filem Naruto the Movie: Ninja Clash in the Land of Snow yang telah ditawan oleh penjahat. Terdapat sebuah perkampungan ninja di negara tersebut yang dipanggil Yukigakure. Negara Salji memiliki tahap kecanggihan teknologi yang berlainan jika dibandingkan dengan negara-negara ninja yang lain dlam dunia Naruto.

Negara ini dilihat memiliki kemudahan seperti landasan keretapi, kapal udara, kenderaan salji, generator kuasa eletrik dan senapang bertalu-talu yang menggunakan kunai sebagai pelurunya. Tambahan lagi, ninja di negara ini mengenakan sejenis perisai chakura yang unik di mana ianya mampu mengatasi sebarang teknik ninjutsu atau genjutsu. Pada penghujung filem ini, nama negara tersebut telah bertukar kepada "Negara Musim Bunga" dan semua salji telah mencair.



Negara Sayur-sayuran[sunting | sunting sumber]

Fail:Land of Vegetables.JPG
Negara Sayur-sayuran

Negara Sayur-sayuran (菜の国, Na no Kuni?) merupakan sebuah negara yang diperkenalkan pada episod 187-191 dalam siri anime Naruto. Naruto Uzumaki, Chōji Akamichi dan Hinata Hyūga telah dihantar ke negara ini untuk menjadi pengawal peribadi kepada sebuah konvoi kecil tanpa menyedari bahawa anak perempuan daimyo negara ini, Haruna berada dalam kumpulan tersebut.

Haruna telah melarikan diri daripada kumpulan bersaudara yang telah menawan negara tersebut setelah membunuh perancang yang membantu mereka. Haruna kemudiannya menjadi daimyo baru apabila ninja-ninja Konoha berjaya mengalahkan kumpulan bersaudara tersebut.



Negara Sungai[sunting | sunting sumber]

Negara Sungai (川の国, Kawa no Kuni?) merupakan sebuah negara yang tidak memainkan sebarang peranan di dalam siri ini sehinggalah Pakkun mengesan salah satu pangkalan rahsia Akatsuki di sebuah gua di negara tersebut. Pangkalan rahsia tersebut telah terjejas kerana beberapa siri pertarungan.

Negara ini juga memiliki lombong emas Katabami Kinzan, perkampungan dan pusat pemprosesan. Terdapat sebuah kedai ekslusif yang dikenali sebagai Kedai Kari Kehidupan, tempat di mana Naruto Uzumaki, Neji Hyūga, Tenten dan Rock Lee menjamu makan.



Negara Taring[sunting | sunting sumber]

Fail:Land of Fang.jpg
Negara Taring

Negara Taring (牙の国, Kiba no Kuni?) merupakan negara yang diperkenalkan pada episod 177 dalam siri anime Naruto. Pada satu ketika, berlakunya ketegangan di antara negara ini dengan negara Negara Cakar.

Kedua-dua negara nyaris-nyaris mengadakan peperangan, namun terima kasih kepada novel Icha Icha milik Jiraiya menjadi pendamai apabila senaskhah novel tersebut telah tersalah hantar kepada daimyo Negara Taring yang juga seorang peminat kepada novel tersebut. Daimyo tersebut menyangkakan bahawa novel tersebut dihadiahkan oleh daimyo Negara Cakar.



Negara Teh[sunting | sunting sumber]

Daimyo, Negara Teh

Negara Teh (茶の国, Cha no Kuni?) merupakan sebuah negara kecil yang terletak berhampiran dengan Negara Api, di mana Pasukan Kakashi (kecuali Hatake Kakashi yang melakukan misi lain) telah membantu Idate Morino untuk memenangi satu perlumbaan yang digunakan untuk menyelesaikan persengketaan di antara Keluarga Wasabi dan Keluarga Wagarashi.

Ia mengandungi dua buah pulau yang berbeza, di mana perlumbaan tersebut dilangsungkan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Nama Ancor Vantian dalam Negara Awan diilhamkan daripada nama kuil Angkor Wat yang berada di Kemboja.
  • Nama "Uzumaki" membawa maksud "pusaran" atau "air pusaran".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Anime Naruto, Episod 213
  2. Anime Naruto, Episod 213
  3. Anime Naruto, Episod 213
  4. Buku Data Naruto Ketiga, Muka 335