Keluarga Hyuga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keluarga Hyuga ialah salah sebuah keluarga yang tua, kuat dan terhormat di Konoha. Keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian - keluarga utama (宗家, Sōke) dan keluarga bawahan (分家, Bunke). Keluarga utama menguruskan keluarga Hyuga manakala keluarga bawahan berfungsi sebagai pelindung. Ahli bagi keluarga bawahan ditanda dengan tanda sumpahan. Tanda ini membenarkan ahli keluarga utama mengawal ahli keluarga bawahan kerana mereka boleh menghancurkan otak ahli keluarga bawahan dengan satu gerakan tangan. Tanda sumpahan ini menjamin keselamatan rahsia keluarga Hyuga, Byakugan kerana tanda ini mengunci Byakugan selepas ahli tersebut meninggal dunia. Terdapat banyak kepahitan dan dendam antara ahli keluarga kedua-dua bahagian ini kerana tidak kira sekuat dan sehandal mana ahli keluarga bawahan, mereka hanya berfungsi sebagai pelindung keluarga Hyuga. Sikap dan pemikiran ini jelas dilihat dalam Hizashi dan Neji.

Keluarga Utama[sunting | sunting sumber]

Hyuga Hanabi[sunting | sunting sumber]

Hanabi.jpg

Merupakan anak perempuan kedua Hyuga Hiashi, maka ialah adik perempuan Hyuga Hinata. Hanabi bermaksud 'bunga api'. Apabila Hiashi berbincang dengan Kurenai tentang Hinata, dia mengatakan bahawa Hinata lebih lemah daripada Hanabi yang berusia lima tahun lebih muda. Hal ini menunjukkan bahawa Hanabi mempunyai bakat yang lebih tinggi daripada Hinata pada peringkat usia tersebut. Hanabi kelihatan sangat menurut kata dan pendiam di hadapan ayahnya.

Hyuga Hiashi[sunting | sunting sumber]

Hiashi.jpg

Merupakan saudara kembar kepada Hyuga HIzashi tetapi dilahirkan dahulu. Maka, Hiashi dimasukkan ke dalam keluarga utama.

Hiashi mempunyai dua orang anak perempuan, Hyuga Hinata (anak sulung) dan Hyuga Hanabi (anak bongsu). Hinata, sebagai anak sulung, ialah waris kepada Keluarga Hyuga. Tetapi, Hiashi lebih menyayangi Hanabi kerana dia lebih kuat daripada kakaknya. Apabila Hinata menjadi Genin, Hiashi mengatakan bahawa Hinata tidak bernilai dan meletakkan nyawanya dalam tangan Yuhi Kurenai. Dia juga meletakkan tanda sumpahan pada dahi anak saudaranya, Hyuga Neji.

Apabila Hiashi membunuh seorang shinobi dari Kumogakure yang cuba menculik Hinata untuk memperoleh rahsia Byakugan, Kumogakure meminta badan Hiashi sebagai 'ganti rugi' seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Adik Hiashi, Hizashi, menawarkan diri untuk dibunuh lantas menyelamatkan nyawa abangnya. Hiashi tidak menyetujui Hizashi mengorbankan dirinya dan meninggalkan anak lelakinya keseorangan. Tetapi, Hizashi memengsankan Hiashi dengan satu pukulan dan berkata, "Saya tidak melakukan ini sebagai ahli keluarga bawahan tetapi kerana kita adik-beradik." Hiashi kemudiannya bercadang untuk tidak memaklumkan Neji tentang peristiwa sebenar sehinggalah apabila dia berasa Neji sudah cukup tua untuk menerima hakikatnya. Hiashi memberitahu perkara yang sebenarnya selepas kekalahan Neji kepada Uzumaki Naruto dalam Ujian Chunin.

Hiashi turut membantu mempertahankan Konoha semasa diserang oleh ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Dia menghadang semua ninja lawan yang berani mendekatinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa keluarga Hyuga ialah keluarga ninja yang terkuat di Konoha. Sebelum itu, ninja-ninja lawan tidak percaya bahawa Hiashi seorang mampu menewaskan mereka yang hadir dalam bilangan yang besar.

Hiashi sedar bahawa hubungan silaturahim yang rapat antara ahli keluarga adalah penting bagi menjamin perpaduan keuda-dua bahagian dalam keluarga Hyuga. Dia berkeputusan untuk melatih anak saudaranya, Neji. Sehubungan itu, Hiashi telah melanggar pantang larang dalam keluarga Hyuga iaitu tidak membenarkan ahli keluarga bawahan mempelajari rahsia sebenar keluarga Hyuga.

Hubungannya dengan Hinata juga bertambah baik walaupun Hinata masih bersikap malu dan Hiashi masih terlalu tegas terhadap anaknya.

Hyuga Hinata[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Hyuga Hinata

Keluarga Bawahan[sunting | sunting sumber]

Hyuga Hizashi[sunting | sunting sumber]

Merupakan ayah Neji dan saudara kembar Hiashi. Oleh sebab dia dilahirkan kemudian, Hizashi diletakkan dalam keluarga bawahan Hyuga.

Disebabkan anak Hizashi, Neji merupakan ahli keluarga Hyuga yang terhandal tetapi berada dalam keluarga bawahan, Hizashi berasa agak tertekan. Dia amat mengambil berat terhadap abangnya tetapi pada masa yang sama berasa marah kerana ketidakadilan peraturan keluarga Hyuga. Apabila Neji dan Hinata sama-sama membesar, hubungan antara Hiashi dengan Hizashi kian rapuh kerana Hizashi berpendapat bahawa Neji, sebagai ninja paling berbakat dalam keluarga Hyuga pada usia muda sedemikian tidak akan berpeluang memimpin keluarga Hyuga kerana Neji ialah ahli keluarga bawahan. Apabila Hiashi menyedari perasaan dan fikiran adiknya, Hiashi membangunkan tanda sumpahan Hizashi dan hampir-hampir membunuh adiknya.

Apabila Hiashi membunuh ketua shinobi dari Kumogakure, mereka meminta badan Hiashi sebagai ganti rugi seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Hizashi menawarkan diri untuk dibunuh sekaligus menyelamatkan nyawa abangnya. Dia berbuat begitu kerana menyayangi abangnya dan tidak memandang berat kepada status dan nama. Dia meninggalkan sepucuk surat kepada Neji yang memesan anaknya agar tidak sesekali berputus asa dalam mengubah nasib sendiri.

Hyuga Neji[sunting | sunting sumber]

Lihat artikel utama Hyuga Neji

Jalan cerita tamat di sini.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.