Keluarga Uchiha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Keluarga Uchiha pernah diiktiraf sebagai keluarga terkuat di Konoha dan pakar mengendalikan jurus berelemen api seperti Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術 (Elemen Api: Jurus Bebola Api) dan Katon: Hōsenka no Jutsu, 火遁・鳳仙火の術 (Elemen Api: Jurus Api Kenyalang Abadi). Ahli keluarga Uchiha memiliki kekkei genkai Sharingan yang membenarkan mereka menghafal dan meniru ninjutsu, taijutsu dan genjustu pihak lawan.

Dikatakan salah satu daripada nenek moyang Uchiha mengasaskan Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha dan majoriti ahli organisasi tersebut merangkumi ahli keluarga Uchiha. Pada masa kini, hanya dua orang ahli keluarga yang masih hidup - Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Hal ini kerana Itachi telah membunuh kesemua ahli keluarganya ketika dia berumur 13 tahun untuk menguji keupayaanya. Dia melepaskan Sasuke, adiknya atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Itachi memberitahu Sasuke bahawa Sharingan Uchiha mempunyai tujuan yang misteri dan masih belum diketahui.

Senarai nama kaum Uchiha yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Uchiha Fugaku[sunting | sunting sumber]

Fail:Uchiha Fugaku.png
Uchiha Fuyaku

Merupakan ayah kepada Uchiha Sasuke dan Uchiha Itachi serta suami kepada Uchiha Mikoto. Dia merupakan kapten kepada Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia selalu mendesak Itachi agar mengutamakan keluarga Uchiha dan menunjukkan contoh yang baik kerana Itachi ialah tulang belakang yang menyokong keluarga tersebut. Hubungan mereka berdua mula bertambah tegang dan Itachi kemudiannya berpendapat bahawa keluarganya tidak membenarkan Itachi menunjukkan potensi sebenarnya melalui peraturan-peraturan. Fugaku sendiri mengakui bahawa dia langsung tidak memahami anak sulungnya. Dia selalu menyisihkan Sasuke tetapi isterinya meyakinkan Sasuke bahawa Fugaku sebenarnya berasa bangga akan anak bongsunya menyebabkan dia berasa segan di hadapan Sasuke. Fugaku kemudiannya berasa sangat runsing apabila memikirkan perangai Itachi kerana dia semakin bersikap antisosial. Fugaku memesan Sasuke agar tidak mengikuti jejak abangnya. Selepas peristiwa ini, dia sanggup dibunuh oleh Itachi demi melindungi Kampung Konoha.

Uchiha Inabi[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Itachi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Itachi Uchiha
Uchiha Itachi

Merupakan ninja buruan pangkat-S dari Konoha dan ditanda dalam buku bingo (senarai nama ninja-ninja pangkat-S yang telah melakukan kesalahan dan harus dibunuh). Sebagai ahli Akatsuki, dia dipasangkan dengan Kisame untuk menangkap Naruto bagi memperoleh Kyubi. Tidak seperti pasukan-dua-orang lain dalam Akatsuki, Itachi dan Kisame dapat berkomunikasi dengan baik.

Itachi tamat pengajian dengan cemerlangnya pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pda usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan menjadi ketua pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Itachi dilihat sebagai salah satu ninja terhebat dalam keluarga Uchiha. Ayahnya yang suka mengambil tahu tentang kerjaya anak sulungnya selalu menganalogikan Itachi sebagai paip yang menghubungkan keluarga Uchiha kepada Konoha.

Oleh sebab minat ayah Itachi yang mendalam terhadapnya, ayahnya sering meyisihkan anak bongsunya, Sasuke. Itachi membimbing dan menemani Sasuke, malah menghadiri majlis pendaftaran rasmi Sasuke ke Akademi Ninja yang memerlukan kehadiran seorang penjaga. Apabila Itachi memaklumkan hal ini kepada ayahnya, tempat Itachi di majlis tersebut diganti oleh Fugaku,

Selepas kes bunuh diri Uchiha Shisui yang dipercayai merupakan sahabat akrab Itachi, tiga orang ahli keluarga Uchiha bersemuka dengan Itachi untuk mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku. Mereka bertiga mengesyaki bahawa Itachi telah membunuh Shisui (maka menjelaskan bahawa Shisui tidak membunuh diri) kerana situasi dan wasiat yang ditinggalkan tidak berapa meyakinkan. Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa Itachi mula bersikap pelik selepas menganggotai Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha selama setengah tahun. Selepas digertak oleh salah seorang daripada mereka, Itachi menyerang dan mengalahkan mereka tanpa banyak masalah. Mereka kemudiannya memberitahu bahawa Shisui telah ditugaskan untuk memerhatikan gerak geri Itachi. Apabila ayahnya masuk campur dalam hal ini, Itachi mengatakan bahawa dia telah hilang keyakinan terhadap keluarga yang lemah dan memalukan ini. Tetapi, dia masih memohon maaf atas perbuatannya selepas diminta untuk berhenti oleh Sasuke.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, semua ahli keluarga Uchiha dibunuh kecuali Sasuke yang berada di Akademi pada masa pembunuhan. Apabila Sasuke pulang ke rumahnya, dia mendapati semua orang telah mati dan menjumpai abangnya di sisi mayat ibu bapa mereka. Apabila Sasuke bertanya tentang motif pembunuhan ini, Itachi menjawab, "Untuk menguji sejauh mana keupayaanku." Dia mendedahkan bahawa selama ini, dia memainkan peranan sebagai abang yang penyayang hanya untuk menguji kebolehan Sasuke. Itachi juga mengaku bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memenuhi syarat bagi memperoleh Mangekyo Sharingan. Sebelum meninggalkan Konoha, dia memberitahu Sasuke bahawa Sasuke tidak layak untuk dibunuh dan jika Sasuke mahu membunuhnya, dia harus membencinya dan memperoleh Mangekyo Sharingan.

Itachi banyak menggunakan ninjutsu dan genjutsu dalam pertarungan yang dibantu oleh Mangekyo Sharingan. Sharingan istimewanya membolehkan Itachi menggunakan Amaterasu, 天照 (Sinaran Syurga). Dia juga boleh mengendalikan gerakan tangan yang diperlukan dalam ninjutsu dengan kelajuan yang tinggi sehingga tidak dapat diikut oleh pengguna Sharingan lain. Itachi imun terhadap genjutsu kerana dengan menggunakan Sharingan, dia hanya perlu meniru dan menggunakan teknik genjutsu lawan terhadap pihak lawannya semula. Dengan Mangekyo Sharingan, Itachi boleh menggunakan Tsukuyomi, 月読 (Peniru Bulan). Dengan jurus ini, Itachi boleh menyeksa mangsa selama beberapa hari walaupun sebenarnya hanya sesaat berlalu di dunia nyata. Strategi utama untuk tidak terjerumus ke dalam jurus berbahaya tersebut adalah mengelakkan pandangan mata Itachi dan fokus pada gerakan kakinya seperti yang dikatakan oleh Gai dan Kakashi. Tetapi, Itachi masih boleh memerangkap seseorang dalam genjutsu dengan hanya menunjukkan jarinya.Tambahan lagi, Itachi boleh menggunakan Susanoo (須佐能乎) iaitu mencipta raksasa yang melindunginya. Itachi sememangnya tak berniat untuk mumbunuh ahli keluarganya tetapi dia di arahkan oleh Hokage ketiga kerana keluarga uchiha mempunyai niat yang jahat dan niat ini hanya diketahui oleh hokage ketiga.Demi menyelamatkan dunia ninja Itachi terpaksa membunuh keluarganya.Walaupun banyak peluang untuk membunuh sasuke ketika mereka bertarung,tetapi Itachi sengaja melepaskan peluang tersebut kerana dia mahu sasuke membunuhnya kerana dia mahu sasuke menganggap sasuke sebagai wira kepada keluarga mereka kerana telah dapat membunuh pembunuh yg membunuh keluarganya.Dalam saat-saat Itachi sebelum mati, dia memberikan kuasa mangekyo kepada Sasuke. Itachi adalah satu-satunya ninja yang boleh menewaskan uchiha madara.

Uchiha Madara[sunting | sunting sumber]

Uchiha Madara

Beliau adalah orang yang mengarah Kyuubi menyerang Konoha. Dia dikenali oleh Kyubi yang mengatakan bahawa chakra Madara lebih 'terkutuk' daripada chakra miliknya dan kini, Sasuke juga memiliki chakra sedemikian.

Selain itu, Madara juga memiliki kekuatan Sharingan yang sebenarnya (lebih kuat dari mangekyou sharingan), disebabkan dia adalah ketua kaum Uchiha, sharingan Madara adalah yang paling kuat kerana dia telah membunuh adiknya untuk menggabungkan mangekyo sharingan miliknya dengan adiknya. Hasilnya beliau berjaya mendapat sharingan yang paling berkuasa. Beliau bersama hokage pertama iaitu ketua puak Senju bersama mendirikan Konoha. Madara berubah menjadi kurang siumam mengakibatkan mata mangekyo sharingan dan dia terus tinggalkan kampung tersebut. Dalam pertarungan sengit antara Harashima dengan Madara akhirnya Madara tewas didalam pertarungan untuk mengelakkan diri kampung diserang oleh Madara.

Diketahui bahawa Madara yang telah menyelamatkan Obito dari kematian. Sebelum kematian Madara, memberitahu kepada Obito perjalanan rancangan memukaukan (genjutsu) kepada semua manusia di dunia shinobi menggunakan mata raksasa Juubi (bereekoh sepuluh) kemudian masuk didalam dunia khayalan. Ketika terjadi perang dunia shinobi keempat, Madara dihidupkan semua dengan menggunakan Teknik Edo Tensei. Madara menggunakan rinengan untuk melawan lawannya ketika dalam perang shinobi.

Apabila Obito ditewaskan oleh Naruto, Madara menggunakan plan B iaitu menjadikan dirinya sebagai jinchuriki raksasa Juubi. Pertama sekali, menyuruh Zetsu Hitam menggunakan jasad Obito menggunakan teknik Rinne Tensei kepada Madara dan akhirnya jasad Edo Tensei menjadi jasad asalnya seperti hidupkan kembali. Kedua, sedut chakra Senjutsu didalam badan Harashima untuk memperkuatkan dirinya Kedua, putuskan tangan kanan Zetsu putih dan sambungkan sebelah tangan kanan Madara menghasilkan mata rinengan di sebelah mata kanannya. Ketiga, Madara menggunakan teknik Kuchiyose untuk memanggil patung Mazou keluar dari badan Obito. Keeempat, kelebihan mata rinengan sebelah matanya iaitu menggunakan Teknik Rinbo Hengoku iaitu sejenis rantai yang boleh menangkap Naruto dalam bentuk bijuu chakra dan raksasa bijuu yang lain masuk kedalam patung Mazou untuk menghasilkan balik raksasa Juubi.

Uchiha Mikoto[sunting | sunting sumber]

Fail:Uchiha Mikoto.png
Uchiha Mikoto

Merupakan ibu kepada Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke serta isteri kepada Uchiha Fugaku. Dia menyayangi Sasuke dan juga memberi bayangan bahawa apabila suaminya bersendirian dengannya, Mikoto selalu berbincang tentang Sasuke. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Obito[sunting | sunting sumber]

Uchiha Obito

Merupakan bekas ninja Chunin Konoha. Dia merupakan rakan sepasukan Hatake Kakashi dan Nohara Rin di bawah bimbingan Hokage Keempat. Obito cuba membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Obito juga menyukai Rin secara diam-diam.

Dalam misi sabotaj yang ditugaskan kepada pasukannya, Rin telah diculik oleh ninja lawan. Kakashi bertekad untuk meneruskan misi dan yakin bahawa musuh tidak akan membunuh Rin buat sementara waktu. Obito tidak mempercayai Kakashi dan cuba untuk menyelamatkan Rin seorangan. Obito juga mengatakan bahawa arwah ayah Kakashi, Hatake Sakumo telah membuat keputusan yang betul dengan mengutamakan nyawa rakan-rakan seperjuangannya daripada kejayaan misi. Kakashi kemudiannya berkeputusan untuk membantu Obito menyelamatkan Rin. Demi melindungi Kakashi yang matanya telah dicederakan oleh ninja lawan, Obito berjaya membangunkan Sharingan sekaligus membuktikan kekuatannya kepada Kakashi. Selepas menyelamatkan Rin, seorangan ninja Iwagakure menggunakan Doton: Retsudotenshō, 土遁・裂土転掌 {Elemen Tanah: Rekahan Bumi di Sekitar Tapak Tangan) untuk mengebumikan mereka bertiga hidup-hidup. Serangan ini akan menghancurkan Kakashi tetapi Obito mengorbankan dirinya dan menolak Kakashi bagi menyelamatkan nyawa rakannya. Obito tahu bahawa dirinya akan mati tidak lama lagi. Maka, dia memberikan Sharingannya kepada Kakashi supaya Kakashi boleh menewaskan ninja lawan dan menyelamatkan Rin. Rin, seorang ninja perubatan memindahkan mata Sharingan Obito ke dalam soket mata kiri Kakashi. Maka, Sharingan Kakashi dilahirkan. Obito mati dan fikiran terakhirnya adalah berkenaan Kakashi dan Rin. Dia berhajat untuk meluangkan lebih banyak masa dengan mereka berdua. Nama Obito kemudiannya terpahat pada monumen yang mencatatkan nama ninja yang mati semasa melaksanakan misi. Kakashi mula melawat monumen ini setiap hari demi Obito dan menyebabkannya selalu lewat ke perjumpaan, sesuatu perangai buruk yang diwarisi daripada Obito. Kakashi juga sering mengulang kata-kata Obito iaitu "Dalam dunia ninja, mereka yang tidak mengikuti peraturan adalah sampah, tetapi mereka yang tidak melindungi rakan seperjuangannya adalah lebih teruk daripada sampah."

Dalam Perang Dunia Ninja Ke-4, rahsia ninja bertopeng akhirnya terdedah. Dia sebenarnya adalah Uchiha Obito. Di masa kecil, dia sebenarnya telah diselamatkan dari runtuhan batu oleh seorang ninja legenda dari Puak Uchiha yang bernama Uchiha Madara, juga pengasas Konoha. Dan dia bersama-sama dengan Madara telah memulakan rancangan 'Mugen Tsukuyomi' (Tsukuyomi Tanpa Batasan)..

Uchiha Sasuke[sunting | sunting sumber]

Lihat rencana utama Uchiha Sasuke.

Uchiha Shisui[sunting | sunting sumber]

Uchiha Shisui

Merupakan pakar dalam teknik Shunshin no Jutsu, 瞬身の術 (Translasi Tubuh) dan salah seorang ninja berbakat dalam keluarga Uchiha. Shisui ialah sahabat akrab Uchiha Itachi. Malah, Itachi menganggap Shisui sebagai abangnya. Dia dijumpai lemas di sungai dan dianggap membunuh diri. Tetapi, Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha mempercayai bahawa Shisui telah dibunuh. Shisui juga ditugaskan untuk mengintip gerak geri Itachi yang kian berlaku pelik dari hari ke hari. Itachi mengaku kepada Sasuke bahawa dialah yang telah membunuh Shisui untuk memperoleh Mangekyo Sharingan.

Uchiha Tekka[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Yashiro dan Uchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Teyaki[sunting | sunting sumber]

Merupakan tuan punya 'Kedai Biskut Beras Manis Uchiha'. DIa ialah suami kepada Uchiha Uruchi. Dia juga merupakan saudara kepada Uchiha Fugaku dan bapa saudara kepada Uchiha Sasuke dan Uchiha Itachi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi.

Uchiha Uruichi[sunting | sunting sumber]

Merupakan pembantu di 'Kedai Biskut Beras Manis Uchiha' dan isteri kepada Uchiha Teyaki. Juga merupakan ibu saudara kepada Itachi dan Sasuke. Dia telah memuji bakat Itachi sebelum peristiwa pembunuhan keluarga Uchiha oleh Itachi.

Uchiha Yashiro[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas ahli Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha. Dia menyoal Itachi tentang kes bunuh diri yang melibatkan Uchiha Shisui bersama-sama dengan Uchiha Tekka dan Uchiha Inabi. Dia kemudiannya dibunuh oleh Itachi. Sehingga kini, dia merupakan satu-satunya ahli keluarga Uchiha yang tidak berambut hitam. Tetapi, hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor usia.

Jalan cerita tamat di sini.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.