Uzumaki Naruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Uzumaki Naruto
Watak Naruto
Uzumaki Naru
Naruto Bahagian I (Kiri), Naruto Bahagian II (Kanan)
Kemunculan pertama Naruto manga Jilid 1
Profil
Jantina Lelaki
Saudara Namikaze Minato (Ayah)
Uzumaki Kushina (Ibu)
Tahap Shinobi Genin
Raksasa berekor Kurama (Kyuubi)

Uzumaki Naruto (うずまきナルト) ialah watak utama dalam siri anime dan manga Naruto.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Naruto dilahirkan pada 10 Oktober. Asal usul ibu bapa dan saudara maranya yang lain masih merupakan misteri dalam permulaan siri ini. Sejak dilahirkan lagi, syaitan musang berekor sembilan, Kyuubi no Yoko yang cuba membinasakan Konoha dan akhirnya dikurung dalam badan Naruto oleh ayahnya, Namikaze Minato seorang Hokage Keempat. Ayah Naruto merupakan Hokage generasi keempat manakala ibunya bernama Uzumaki Kushina. Naruto mempunyai wajah serius seperti ayahnya manakala sifatnya lebih serupa dengan ibunya yang merupakan seorang yang nakal ketika kecil sebelum menjadi wanita cantik ketika dewasa.

Hokage Keempat berhajat agar orang kampung melihat Naruto sebagai seorang wira yang terpaksa memendam Kyuubi. Malangnya, seluruh warga kampung menaruh kebencian dan kemarahan yang marak terhadap si kecil Naruto kerana Kyuubi pernah meranapkan ketenangan Konoha. Malah Naruto sendiri tidak mengetahui kewujudan makhluk tersebut dalam dirinya sehinggalah dia mencecah usia dua belas tahun.

Mujurlah Naruto berpeluang mengenali seorang guru yang penyayang lagi berdedikasi di akademi iaitu seorang ninja Chunin, Umino Iruka. Walaupun ibu bapanya Iruka mati dalam tangan Kyuubi, Iruka tidak menyalahkan Naruto. Iruka menerima Naruto dan bersimpati terhadap niat Naruto untuk dikenali oleh orang kampung. Iruka mungkin merupakan orang pertama yang benar-benar mempercayai Naruto dan meninggalkan impak besar terhadapnya. Naruto akhirnya berjaya mengatasi perasaan sedih dan sunyi kerana kehadiran Iruka sebagai pengganti ibu bapanya.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Sebelum tamat pengajian di Akademi, Naruto telah lama mengimpikan dirinya dikenali dan diterima ramai. Dia akan bermain helah dan bergurau senda di seluruh kampungnya untuk menarik perhatian. Pernah juga Naruto menconteng grafiti pada muka monumen Hokage dengan cat dan merupakan dirinya sebagai gadis seksi yang tidak berpakaian untuk menimbulkan kemarahan guru-guru. Naruto juga memaklumkan kepada mereka yang memandang rendah terhadapnya bahawa dia akan menjadi Hokage suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, Naruto akhirnya dicam sebagai "Ninja Bising, Mustahil untuk Dijangka dan Hiperaktif Nombor Satu" di Konoha oleh Hatake Kakashi.

Sikap gigih dan tidak mudah mengalah menyebabkan Naruto berjaya mempengaruhi watak-watak lain di sekelilingnya. Pada mulanya, Naruto bersahabat dengan Konohamaru, cucu kepada Hokage Ketiga. Konohamaru akhirnya memahami bahawa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang dan sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan. Walaupun tampak degil dan sedikit bodoh, Naruto boleh mengalahkan pihak lawan melalui semangat yang kental, teknik mengalih perhatian lawan yang bijak dan nasib baik semata-mata.

Naruto suka bergurau senda walaupun kadang kala gurauannya mengandungi elemen lucah. Biasanya, Naruto sering bergelak ketawa dan senyum (pada sesetengah ketika, Naruto senyum untuk menyembunyikan masalahnya; hanya mereka yang benar-benar rapat dengannya boleh mengetahui perasaan sebenar Naruto). Dari segi luaran, Naruto hanyalah seorang budak yang tidak menonjol, bising, panas baran, mempunyai jiwa kental dan selalu terlibat dalam masalah.

Salah satu daripada hobi Naruto ialah berkebun walaupun Naruto tidak dapat membezakan herba daripada rumpai (disiarkan dalam episod 20). Naruto juga menghadiahi Kakashi Mr. Ukki, tumbuhan pasu yang boleh dilihat di tepi tingkap Kakashi.

Naruto juga menjadi matang dengan cepat sejajar dengan perkembangan cerita tetapi masih kebudak-budakan dari segi pemilihan aksesori. Pakaian tidurnya selalu diiringi dengan topi malam yang dihiasi sepasang mata dan gigi. Wangnya disimpan di dalam dompet hijau berupa katak yang dipanggil Gama-chan.

Naruto suka makan dan mempunyai selera seperti Akimichi Choji. Makanan kegemaran Naruto, ramen seolah-olah bertindak sebagai penghubung antara Naruto dengan sesiapa yang sudi membayar bil nanti. Dalam banyak episod, dilihat Naruto boleh menghabiskan beberapa mangkuk aneka rasa ramen.

Naruto dan Kyuubi[sunting | sunting sumber]

Sebagai perumah bagi syaitan musang, Kyuubi atau dikenali sebagai Kurama, tubuh dan minda Naruto kadang kala dipengaruh olehnya. Secara fizikal, Naruto mempunyai sedikit ciri-ciri Kyuubi seperti tanda misai di pipinya. Matanya juga sepet seperti musang. Naruto memiliki stamina dan daya pemulihan yang tinggi yang membolehkan Naruto sembuh daripada kecederaan parah dalam sehari dua dan luka kecil dalam beberapa saat. Memandangkan Kyubi telah dikurung dalam Naruto sejak bayi lagi, adalah tidak diketahui sejauh mana personaliti Naruto dipengaruhi oleh Kyuubi. Namun, terdapat kemungkinan bahawa Kyuubi menyebabkan Naruto sangat nakal dan suka mengenakan orang lain untuk mendapat perhatian dan kedegilannya untuk tidak mengaku kalah dalam mana-mana pertarungan.

Tahap chakra Naruto adalah sangat tinggi kerana Kyuubi. Ebisu pernah menyatakan bahawa daya pengawalan chakra Naruto adalah lemah kerana sebahagian daripada chakranya digunakan untuk membendung chakra Kyuubi yang terlalu kuat (chakra Kyubi yang luar biasa ini boleh membahayakan Naruto jika dibebaskan dengan terlalu banyak). Kakashi pula mengatakan bahawa kuantiti chakra Naruto adalah dua kali dirinya yang punya. Maka, Naruto amat sesuai mengendalikan jurus yang memerlukan banyak chakra seperti 'Teknik Pengagihan Bayang' (Kage Bunshin no Jutsu). Ninja lain dapat menghasilkan beberapa klon sahaja dengan sempurna kerana jurus ini mengkehendaki penggunanya membahagikan chakranya dengan tepat kepada klon-klon yang dihasilkan, berlainan pula dengan Naruto yang mampu menghasilkan 2000 klon dan pada masa yang sama, membekalkan sejumlah chakra yang mencukupi kepada setiap klon.

Chakra Kyubi selalunya menjadi lebih nyata apabila Naruto menghadapi saat-saat genting untuk memastikan Naruto (dan juga Kyubi sendiri) dapat terus hidup. Kemudian nanti, Naruto berupaya menghubungi Kyubi dan meminta chakranya. Hal ini kerana walaupun Kyubi dikurung dalam badan Naruto, chakranya masih boleh mengalir keluar untuk bersebati dengan chakra Naruto. Tambahan pula, kuantiti chakra Kyubi yang hampir infiniti menyebabkan Kyubi merupakan senjata terunggul bagi Naruto dalam pertempuran yang sengit. Apabila Naruto mula menggunakan chakra Kyubi, ketangkasan dan kekuatannya meningkat secara mendadak. Kadar kecederaannya pulih turut meningkat. Oleh sebab staminanya telah bertambah berlipat ganda, Naruto boleh terus berlawan tanpa berasa letih. Naruto biasanya boleh memendamkan chakra Kyubi sebelum transformasi ekor berlaku. Seandainya hal itu terjadi, chakra Kyubi akan menjadi lebih nyata dengan masa. Beberapa kaedah boleh dilakukan untuk memendamkan semula chakra Kyubi seperti jampi pengurung Jiraiya atau teknik mengurung Yamato.

Apabila Naruto mula-mula menggunakan chakra Kyubi, Naruto belum mampu mengawalnya menyebabkan kemarahan dalamannya menguasai minda Naruto. Lama kelamaan, Naruto berupaya mengatasi masalah tersebut. Tetapi, jika emosinya terganggu, Naruto mungkin akan menggunakan lebih banyak chakra menyebabkan Kyubi menguasainya dirinya semula.

Naruto menjadi lebih berkuasa dengan pertambahan bilangan ekor perisai chakra Kyuubi. Sehinggalah ekor yang ketiga, Naruto masih sedar tetapi tindakannya lebih buas. Dia mula merasakan kesakitan sebagai akibat kuantiti chakra yang terlalu besar. Apabila Naruto mencapai tahap 'empat ekor', Kyubi mendominasi. Minda Naruto bercampur dengan minda Kyubi. Bagi orang lain yang menyaksikan perubahan ini, Naruto kelihatan seperti mini-Kyubi.

Chakra Kyubi adalah jauh lebih kuat dan bahaya daripada chakra manusia biasa. Apabila Naruto menggunakan chakra Kyubi, tubuh asalnya menjadi kian lemah. Pada peringkat 'empat ekor', chakra Kyubi terlalu hebat sehingga mampu membakar kulit Naruto menyebabkan darah mengalir daripada setiap liang roma. Sementara itu, chakra Kyubi sentiasa memulihkan semula tisu rosak Naruto. Kitar dicederakan-dan-dipulihkan-semula melemahkan Naruto dan secara amnya memendekkan jangka hidup Naruto.

Killer B membantu Naruto untuk mengawal chakranya dengan betul dengan mengambil chakra Kyuubi untuk mengelakkan diri daripada Kyuubi mengawal dirinya. Semasa mengambil chakra tersebut, Naruto terpaksa bertempur dengan serangan Kyuubi tersebut dan akhirnya Naruto berjaya mendapat chakra Kyuubi. Chakra Kyuubi menghasilkan satu tenaga hidup hebat dan seluruh badan Naruto seperti api yang digelar "Mod Chakra Kyuubi".

Semasa pertempuran dengan Tobi dan raksasa syaitan yang telah dikawal oleh Tobi, Naruto dengan kerjasama dengan Kyuubi untuk bekerjasama untuk menghasilkan satu tenaga yang lebih hebat iaitu "Mod Raksasa Berekor". Mod tersebut boleh menjelma sebagai tubuh Kyuubi yang berapi.

Perkembangan Naruto[sunting | sunting sumber]

Setelah Naruto berjaya menguasai jutsu Shuriken Rasengan yang bertaraf S, keupayaan Naruto dianggap melepasi keupayaan Kakashi sendiri. Perkara ini disebut sendiri oleh Kakashi ketika beliau bertemu naruto, sakura dan sai di kedai ramen ichiraku. Jutsu Shuriken Rasengan mempunyai keupayaan membinasa pada tahap selular. Elemen angin yang digabungkan bersama rasengan ditukar kepada berjuta-juta jarum halus yang menembusi setiap sel di dalam tubuh lawan dan memotong setiap urat saraf yang menjalin hubungkan setiap sel. Kegagalan sel-sel untuk berfungsi akan membinasakan keupayaan organ yang terbabit. Dalam kes Naruto melawan Kakuzu, serangan shuriken rasengan telah memusnahkan 2 buah jantung milik kakuzu dan menggagalkan keupayaan satu lagi jantung untuk berfungsi. Kakuzu hanya mampu terbaring menunggu ketibaan ajalnya.

Naruto kini berjaya menguasai senjutsu. Demi membalas dendam untuk gurunya. Naruto telah mengikut Datuk Fukasaku ke gunung Myobukan. Perkembangan naruto sungguh luarbiasa kerana dia dapat mencapai satu demi satu tahap dengan cepat bahkan mengatasi Jiraiya sendiri. Perkara ini disebut sendiri oleh Datuk Fukasaku. Naruto bahkan berjaya memasuki mode pertapa yang sebenar setelah melepasi ujian keseimbangan. Berbeza dengan Jiraiya yang berubah sedikit menjadi katak. Dalam mode pertapa setiap aspek tubuh naruto dipertingkatkan. Naruto langsung tidak mengalami kecederaan meskipun dia jatuh dari tempat tinggi ke kawasan batu-batu yang tajam. Dalam diam-diam Naruto sedang menyempurnakan sebuah jutsu yang masih belum didedahkan kepada umum. Setelah itu Naruto pulang ke Konoha untuk membunuh Pain,Ninja yang memusnahkan Konaoha. Naruto berjaya mengalahkan Pain malah berjaya menyedarkan Pain erti sebenar kedamaian. Naruto juga membuat Pain menghidupkan kembali penduduk kampung Konoha yang mati ditangan Pain. Setelah itu Naruto dianggap wira di kampung Konoha.

Naruto, Sasuke, bekas-bekas Hokage (dibangkitkan dengan Teknik Edo Tensei oleh Orochimaru) dan semua Angkatan Tentera Shinobi berjuang untuk menghalang projek bulan yang dirancang oleh Uchiha Madara dan Uchiha Obito.

Jalan cerita tamat di sini.

Galeri[sunting | sunting sumber]


Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.