Otai (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Poster filem Otai.

Otai ialah sebuah filem Malaysia yang bergenrekan komedi. Filem ini merupakan filem arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen.

Pelakon [sunting]

Ia turut dibintangi oleh Saiful Apek

  • Yassin
  • Nasha Aziz
  • Aznil Hj Nawawi
  • Salleh Yaakob
  • Azean Irdawaty

Ringkasan [sunting]

Aiman sudah mendirikan rumah tangga bersama Azura selama 3 tahun tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Mereka mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur, yang mengancam bahawa sekiranya mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat.

Aiman meminta pertolongan dari kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik. Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan dari Azura. Apabila Azura setuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikkan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan.

Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali atas kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.

Pautan luar [sunting]