Indomie Mi Goreng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Indomie Mi Goreng
إندومي مي غورينغ

Indomie Mi Goreng (tulisan Jawi : إندومي مي غورينغ) ialah merupakan salah sebuah jenis mi segera yang diperbuat dengan jenama Indomie yang diperbuat oleh PT Indofood, Jakarta, Indonesia, gergasi pengilang mi segera tingkatan satu dunia, dan perkara itulah yang menjadikan Indonesia sebagai pasaran utama mi segera di dunia. Jenama mee segera ini dilancarkan pada tahun 1982. Mee ini menjadi makanan utama bagi sesiapa yang berpendapatan kecil dan dah menjadi makanan pilihan di negara-negara yang ada di Afrika, Amerika, Australia, Asia, dan Eropah. Pada tahun 2006, Indomie Mi Goreng melancarkan jenis baharunya, iaitu Indomie Mi Goreng Kriuuk.. 8x. Erti daripada 8x pada produk ini (dalam bahasa Indonesia) ialah "Lebih banyak, Lebih renyah, Lebih gurih, Lebih gede" (bahasa Melayu : "Lebih banyak, Lebih rangup, Lebih gurih, Lebih besar"). Jenis Indomie Mi Goreng ini ada dalam 3 perisa, iaitu Ayam, Bawang, dan Pedas.

Pemfahaman[sunting | sunting sumber]

Indomie Mi Goreng merupakan mi segera tanpa kuah yang sejenis dengan mi goreng tradisional yang boleh ditemui di kedai makan-kedai makan atau penjual makanan di tepi jalan di Indonesia.

Mi segera ini boleh ditemui di pasaraya pada bahagian pasta dan beras, atau pada kedai-kedai borong di Asia Pasifik dan rangkaian supermarket tempatan yang lain. Indomie Mi Goreng tersedia di negara-negara yang mempunyai jumlah pemastautin Asia terbanyak, seperti Australia. Mi ini juga popular di negara-negara Teluk Parsi seperti Qatar, dan mula memasuki Amerika Syarikat.

Setiap pek Indomie Mi Goreng Biasa mempunyai berat bersih 85g, dan mengandungi 2 bumbu sachet, yang terdiri daripada bumbu dalam bentuk "bubuk" dan "cair". Sachet pertama terbahagi kepada 3 bahagian yang terdiri daripada: kicap manis, sos cili, dan minyak bumbu. Sachet kedua terbahagi kepada 2: bumbu dalam bentuk serbuk dan bawang goreng.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Mee[sunting | sunting sumber]

Tepung gandum, minyak sayuran, tepung sagu, garam, pemantap tumbuhan, penetap keasaman, mineral (zat besi), pewarna (Tartrazin CI 19140), dan antioksidan (TBHQ).

Rempah[sunting | sunting sumber]

Garam, gula, penguasa perisa Mononatrium glutamat (MSG), serbuk bawang putih, serbuk bawang merah, perisa ayam, serbuk lada, dan serbuk cili.

Bawang goreng[sunting | sunting sumber]

Kicap manis[sunting | sunting sumber]

Gula merah, air, garam, kacang soya hitam, dan pengawet (natrium benzoat, metil p-hidroksibenzoat)

Sos cili[sunting | sunting sumber]

Minyak rempah[sunting | sunting sumber]

Minyak sayuran dan bawang merah

Cara Penghidangan[sunting | sunting sumber]

Cara penghidangan Indomie Mi Goreng terdapat pada setiap - tiap pek Indomie Mi Goreng yang pada awamnya terdiri daripada bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Pada versi tempatan, cara penghidangan Indomie Mi Goreng menggunakan bahasa Cina tradisional, bahasa Jerman, dan bahasa Arab.

Cara membuat Indomie Mi Goreng terdapat pada setiap - tiap pek Indomie Mi Goreng yang pada awamnya terdiri daripada bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia. Pada versi serantau, cara pembuatan Indomie Mi Goreng menggunakan bahasa Cina tradisional, bahasa Jerman, dan bahasa Arab.

  • Sila masukkan mee ke dalam 400 ml ayer mendidih sambil dikacau - kacaukan.
  • Kacaukan rempah, minyak rempah, kicap manis, dan sos cili ketika mee tengah dimasak
  • Tapiskan mee sehingga kering
  • Kacaukan mee dengan rempah yang dah disediakan dan dikacau sehingga sebati
  • Berikan bawang goreng dan mee goreng anda yang lazat dah sedia untuk dihidangkan

Maklumat Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Dalam setiap - tiap 1 pek Indomie Mi Goreng (1 pek = 85g)

Setiap penghidangan Setiap 100g
Tenaga 1620kJ (390Cal) 950kJ (230Cal)
Protein 8g 5g
Jumlah Lemak 17g 10g
Lemak Tepu 11g 6g
Karbohidrat 52g 30g
Gula 8g 4g
Sodium 830 mg 490 mg

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]