Dato Maharaja Lela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Maharaja Lela atau nama sebenar beliau Pandak Lam ialah Orang Besar Berlapan Perak yang merupakan pejuang bangsa Melayu ketika itu yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya

Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.

Dato Maharajalela bersama-sama dato Bahaman sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch) [1] Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Atas kesepakatan itu, Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain.

Namun, Dato Maharaja Lela didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping Perak

Rujukan[sunting | sunting sumber]