J. R. R. Tolkien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
John Ronald Reuel Tolkien (1916).

John Ronald Reuel Tolkien CBE (3 Januari 18922 September 1973) ialah seorang pengarang British yang amat dikenali disebabkan karyanya Si Hobit (The Hobbit) dan susulannya, Penguasa Cincin (The Lord of the Rings). Beliau adalah profesor untuk bahasa Anglo-Saxon di Universiti Oxford dari 1925 hingga 1945, dan untuk bahasa dan kesusasteraan Inggeris, juga di Oxford, antara 1945 hingga 1959. Seorang Roman Katolik yang warak, Tolkien adalah kawan rapat kepada C. S. Lewis dan kedua-dua mereka merupakan ahli kumpulan perbincangan kesusasteraan Inklings.

Selain daripada Si Hobit dan Penguasa Cincin, fiksyen-fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk Silmarilion (The Silmarillion) serta buku-buku yang beliau menggelarkan legendarium dan yang diterbitkan selepas kematiannya. Legendarium merupakan satu mitologi fiksyen mengenai Bumi pada masa lampau yang lama dahulu. Beliau menamakan masa itu sebagai Arda, dan Bumi Tengah (Middle-earth) (perkataan yang berasal daripada middangeard, perkataan Germanik untuk "dunia yang sesuai didiami oleh manusia"). Kebanyakan karyanya disusun daripada nota-nota Tolkien oleh anak lelakinya, Christopher Tolkien. Kepopularan and pengaruh karya-karya Tolkien yang lama bertahan telah mengasaskan Tolkien sebagai "bapa kepada genre fantasi halus". Fiksyen terbitan Tolkien yang lain termasuk padanan cerita-cerita yang pada asalnya diceritakan kepada anak-anaknya tetapi tidak mempunyai sebarang perkaitan yang langsung dengan legendarium.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Biografi

Bibliografi

Pangkalan data/Direktori

Persatuan

Seni terbitan

Lihat juga rencana Karya-karya yang diilhami oleh J. R. R. Tolkien