Jamal Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jamal Nasir
Maklumat peribadi
Posisi permainan Pertahanan Kanan
Kerjaya remaja
1969 Kelantan Kelantan B-16
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1970 Pahang Pahang FA
Pasukan kebangsaan
1971
1972 - 1984

Malaysia Malaysia B

Malaysia Malaysia
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Dato' Jamal Nasir Bin Abdul Ismail, dilahirkan di Kemaman, Terengganu pada (1954-09-12) 12 September 1954 (umur 69), merupakan salah seorang lagenda pemain bola sepak tempatan era 1970an. Pernah mewakili skuad kebangsaan bersama Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah. Gandingan ini menjadi tonggak yang membantu pasukan bola sepak Malaysia mencipta beberapa kejayaan termasuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Beliau amat meminati pasukan Kedah FC dan Selangor FC.

Kerjaya Bola Sepak[sunting | sunting sumber]

Memulakan karier bola sepaknya pada usia 15 tahun di mana Dato’ Jamal Nasir mewakili Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) Kelantan B-16.

Pada usia 16 tahun pula, beliau telah bermain untuk pasukan senior Pahang. Dato’ Jamal Nasir mula bermain untuk Malaysia B ketika berusia 17 tahun sebelum dinaikkan pangkat ke Malaysia A.Ianya hanya selepas setahun bermain bersama Malaysia B.

Dato’ Jamal Nasir menghabiskan karier bola sepaknya mewakili pasukan Pahang, meskipun mendapat tawaran daripada pasukan-pasukan lain seperti Selangor.

Beliau menyatakan bahawa beliau tetap setia kepada pasukan Tok Gajah kerana terhutang budi dengan almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.Almarhum baginda telah memberikan kepercayaan dan peluang kepadanya untuk mewakili pasukan Pahang pada usia yang muda.

Ketika berusia 15 tahun, Dato' Jamal Nasir mengalami patah tangan menyebabkan ayah beliau melarang bermain bola sepak lagi. Apabila almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mengetahui perkara tersebut, baginda memujuk Dato' Jamal Nasir dan ayahnya serta berjanji akan menjaga kebajikan dan menaja pelajaran hingga ke luar negara.Namun keputusan SPM Dato' Jamal Nasir tidak memberangsangkan.[1]

Dato’ Jamal Nasir membentuk gandingan pertahanan yang utuh dalam skuad kebangsaan bersama-sama dengan Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah.

Gandingan inilah antara tonggak yang membantu Malaysia mencipta beberapa kejayaan termasuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Posisi pertahanan kanan sudah sinonim dengan beliau, tetapi Dato’ Jamal Nasir juga mampu untuk beraksi di posisi yang lain seperti pertahanan tengah dan pemain tengah.

Beliau juga mula bermain bola sepak dengan beraksi di posisi tengah. Minat terhadap bola sepak yang begitu mendalam menyebabkan beliau tetap terlibat dalam aktiviti bola sepak.[2]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Selaku antara pemain bola sepak elit negara, Dato’ Jamal Nasir telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bola sepak sama ada pada peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Pahang FA[sunting | sunting sumber]

Dato’ Jamal Nasir telah berjaya membantu pasukan Pahang untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor pada perlawanan akhir. Frank Lord merupakan jurulatih Pahang pada ketika itu.

Skuad Kebangsaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dato' Jamal Nasir telah membawa Malaysia untuk memenangi ibu segala pingat dalam Sukan SEA untuk dua edisi berturut-turut iaitu edisi 1977 di Kuala Lumpur dan edisi 1979 di Jakarta.

Di samping itu, Dato’ Jamal Nasir juga memenangi Pesta Bola Merdeka bersama Malaysia untuk edisi 1976 dan 1979.

Kejayaan beliau yang paling signifikan dan diingati adalah menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Namun, skuad negara akhirnya tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik berikutan daripada tindakan Kerajaan Malaysia yang memboikot Sukan Olimpok Moscow bagi membantah tindakan Soviet Union yang menceroboh Afghanistan.

Pada pusingan kelayakan untuk Sukan Olimpik 1980, gawang gol pasukan negara dilindungi oleh barisan pertahanan yang utuh dianggotai oleh Dato’ Jamal Nasir, Soh Chin Aun, Santokh Singh dan Kamarudin Abdullah.

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Selepas bersara dari bermain bola sepak, Dato' Jamal Nasir pernah menjadi jurulatih Pahang selama 2 tahun. Dato’ Jamal Nasir mempunyai ‘A-license’ dalam bidang kejurulatihan yang diperolehinya semasa menyambung pelajaran di Eropah.

Beliau turut pernah menyandang jawatan naib presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang(PBNP) dan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).

Selain bola sepak, Dato’ Jamal Nasir juga pernah menceburi bidang politik dimana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuantan serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) bagi kawasan Beserah selama satu penggal.

Selain itu, beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perlabuhan Kuantan.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 1980, beliau berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Datin Puziah binti Osman dan mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]