Hakka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hakka
Bahasa Cina:

客家

Bahasa Hakka: hag2 ga24
Maksud harfiah: keluarga tetamu
Hakka
客家
Jumlah penduduk
kira-kira 30 - 45 juta di selurh dunia
Kawasan ramai penduduk
Jiangxi, Guangdong, Fujian, Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand
Bahasa

Bahasa Hakka + bahasa-bahasa negara kediaman

Agama

Kebanyakannya menganut agama Buddha Mahayana, Konfusianisme, Taoisme, agama tradisional Cina. Populasi Kristian kecil tetapi penting.

Kelompok etnik berkaitan

Orang Cina Han yang lain, orang She

Orang Hakka (Bahasa Mandarin: Kèjīa) ialah sebuah suku bangsa Han yang tertumpu di wilayah-wilayah Guangdong, Jiangxi, dan Fujian di China. Nenek moyang mereka sering dikatakan berasal dari China Utara atau China Tengah berabad-abad dahulu. Namun, asal-usul orang Hakka masih hangat diperdebatkan. Adalah dikatakan bahawa dalam beberapa gelombang penghijrahan, orang Hakka berpindah, menetap di tempat-tempat mereka berada sekarang di China selatan, dan kemudiannya berhijrah seberang laut ke negara-negara lain. Orang Hakka banyak berpengaruh sepanjang sejarah China dan orang Cina seberang laut: khususnya, mereka telah menjadi satu sumber pemimpin revolusi, politik dan ketenteraan, tidak memeranjatkan kerana suku Hakka ini banyak berjelajah[perlu rujukan] di dalam dan luar China, serta memegang pandangan seluruh China [perlu rujukan] dan bukannya pandangan setempat panglima-panglima setempat ketika Zaman Panglima Cina.

Orang Hakka paling banyak dijumpai di wilayah-wilayah selatan China, tetapi juga boleh didapati di wilayah-wilayah utara; contohnya terdapat rancangan berita televisyen yang dibaca dalam bahasa Hakka di Xi'an, Shaanxi. Kehadiran suku Hakka ada di merata negara China.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Hakka, ensiklopedia bebas