Kampung Datuk Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Datuk Keramat, atau lebih dikenali sebagai Keramat di kalangan orang tempatan, ialah sebuah perkampungan yang besar di kawasan pilihan raya Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Asal nama kampung ini ialah Kampung Tangga Cina (diberi nama dari kehadiran beberapa orang India yang di panggil Tanggaci). Ia mula diteroka pada awal tahun 1950-an dan terdirinya beberapa buah rumah di situ. Nama Kampong Tangga Cina telah ditukar kerana tidak begitu sesuai. Nama Kampung Datuk Keramat adalah sempena kehadiran sebuah kubur keramat bersebelahan Pasar Keramat. Kini kubur ini tidak dapat dikesan lagi, walau bagaimanapun dipercayai itulah asal usul bagaimana nama kampung ini dipilih. Kawasan ini terletak di timur laut pusat bandar Kuala Lumpur dan bersempadan dengan daerah Ampang di negeri Selangor. Sungai Kelang menganjur lebih kurang dari timur laut ke barat dan bertindak sebagai pemisah semula jadi antara Keramat dengan Ampang. Keramat dilayani oleh tiga stesen Transit Aliran Ringan, iaitu Jelatek, Dato Keramat and Damai, dalam sistem Aliran Kelana Jaya.

Keramat terletak hanya 10 minit dari Kampung Baru melalui kereta, dan pada asalnya merupakan kawasan orang Melayu walaupun baru-baru ini, terdapat banyak orang asing, terutamanya orang-orang Arab yang tinggal di sini. Aznil Nawawi, pengacara ternama di Malaysia, juga berasal dari sini.