Kek lapis Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kek Lapis Sarawak
Kek lapis berwarna mengandungi kismis
Nama alternatifKek lapis Sarawak, Kek lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak, Kek lapis
JenisKek lapis
Tempat asalMalaysia Malaysia
Kawasan/rantauSarawak Sarawak
Bahan utamaMentega, tepung gandum atau minyak sayuran, gula, telur, seri kaya
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kek Lapis Sarawak (كيك لاڤيس سراوق) adalah sejenis kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia pada majlis-majlis khas. Dalam bahasa Melayu, kek itu dikenali sebagai kek lapis Sarawak, kek lapis moden Sarawak, atau hanya kek lapis. Kek lapis Sarawak sering dihidangkan semasa perayaan keagamaan atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis perkahwinan serta dijadikan sebagai buah tangan oleh pelancong yang berkunjung ke Sarawak.[1] Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi rumah terbuka pada hari perayaan. Ciri unik rumah terbuka di Sarawak adalah kek berlapis moden.

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Kek Lapis Berasal Dari Negeri Sarawak, dengan Pengaruh Cake Layer Dari Europe.

Orang-orang Sarawak kemudian menambah dan mengubah bahan-bahan baru, rasa, corak dan warna yang menyebabkan versi baru kek lapisan telah diperkenalkan dan dinamakan sebagai kek lapis Sarawak.[2] Di samping itu, kek lapis moden Sarawak diilhamkan oleh pembuatan kuih Barat pada awal tahun 1980-an. Pada tahun 2011, pembuat kek Kek lapis Qalas Qalas memperkenalkan reka bentuk moden kepada kek lapis tradisional, bersama-sama dengan rasa baru yang lebih sihat kandungan khasiatnya. [3]

Sebenarnya Kek lapis Sarawak dan Betawi tidak sama kerana "Kue lapis"(Lapis Cake) yang berasal dari Betawi sejarahnya berawal Eropah penjajah Eropah iaitu Belanda,"Kue lapis" sebenarnya sama dengan kek yang berada di barat iaitu "Layer Cake" , manakala Kek lapis Sarawak mempunyai adunan yang berbeza dan tekstur yang berbeza , Kek lapis Sarawak juga lebih mampat manakala Kue lapis yang berada di Betawi teksturnya lembut lebih kurang dengan Kek orang Eropah.

Sifat صفة[sunting | sunting sumber]

Kek lapis moden Sarawak boleh dibahagikan kepada dua jenis: kek dengan lapisan biasa dan kek dengan berbagai corak, motif, atau bentuk (bentuk yang selalu digunakan adalah gegulung, swiss roll). Kedua-dua jenis kek mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua warna yang berbeza. Kek lapis ini perlu dibakar di dalam ketuhar pada suhu tinggi secara berlapis dan dibakar berasingan mengikut ketebalan yang diingini. Adunan menggunakan mentega, marjerin atau minyak sayuran, telur, tepung gandum, dan gula [4] serta memerlukan kekuatan lengan yang jitu atau pengadun elektrik untuk memukul adunan tersebut supaya adunannya sebati dan sempurna. Kek yang telah siap dibakar akan mempunyai tekstur yang pejal serta lembut dan setiap lapisan kek akan dicantumkan dengan seri kaya, jem atau bahan manis yang melekit. Kek yang lebih terperinci corak, motif dan bentuknya memerlukan peralatan khas untuk memotong dan disusun sehingga menghasilkan corak motif dan bentuk yang menjadi ikon kek lapis ini. Secara tradisinya, kandungan gula yang tinggi digunakan untuk membuat kek lapis Sarawak menyebabkan kek lapis Sarawak tahan lebih lama tanpa perlu disimpan ke dalam peti sejuk.[5]

Nisbah ramuan asas kek lapis Sarawak

  Mentega (26.9%)
  Telur (26.9%)
  Tepung gandum (13.4%)
  Gula (9.7%)
  Susu pekat manis (10.6%)
  Serbuk minuman malt (5.4%)
  Seri kaya/Jem (5.4%)
  Pengemulsi ovelet (1.6%)
  Perisa vanila (0.1%)
  Pewarna makanan (0.1%)

Hakcipta Pembuatan Kek حقچيڤتا ڤمبواتن كيك[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, kek lapis Sarawak telah dilindungi hakcipta nama dan tempat pengeluarannya sejak tahun 2010, didaftarkan dan diluluskan pada 10 November 2010 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.[6] Oleh yang demikian, sebarang produk hanya boleh digelar atau dijenamakan sebagai "kek lapis Sarawak/Sarawak layer cake" jika kek tersebut dibuat di Sarawak, Malaysia berdasarkan spesifikasi Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS).[7] Adalah menjadi kesalahan berat untuk melabel kek yang dibuat sama rupabentuk seperti "kek lapis Sarawak/Sarawak layer cake" jika kek tersebut tidak dibuat di Sarawak, dan secara tegasnya, pembuat kek yang berada di luar Sarawak hanya boleh menamakan dan melabel produk mereka secara sah dengan nama "Kek Lapis" dan ditambah dengan perkataan seperti "Bergaya Sarawak"/"Ala Sarawak"/"Stail Sarawak" ("Sarawak-style Layer Cake").

Budaya Terkenal بوديا تركنل[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Kek lapis Sarawak telah menjadi cabaran teknikal bertemakan voyage gourmand (seni makanan rantau) kepada peserta pembuat kek dan pastri dalam rancangan bersiri Le Meilleur Pâtissier (Jurupastri Terbaik) dalam episod ke 8, musim ke 7 pada 31 Oktober 2018 terbitan bersama Perancis-Belgium di saluran televisyen tempatan, RTL-TVI.[8][9]

Kek lapis Sarawak telah menjadi salah satu cabaran peserta pembuat kek dan pastri dalam rancangan bersiri The Great British Bake Off yang disiarkan dalam episod ke 7, musim ke 10 pada 8 Oktober 2019 di saluran televisyen tempatan UK, Channel 4. [10][11]

Nama pelakon dan pengacara Neelofa serta beberapa artis terkenal di Malaysia dijadikan sebagai inspirasi nama kek lapis ala Sarawak oleh ibuempire.[12]

Lihat juga ليهت جوڬ[sunting | sunting sumber]

Rujukan رجوكن[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hun Pin, Chua; Daniel, Nicholas; Yahya, Mohammad Noor Adros (2012). "Kawalan Mutu Kek Lapis Sarawak". Buletin Teknologi MARDI. Malaysia: MARDI. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012. Dicapai pada 10 Oktober 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Invalid |display-authors=3 (bantuan)
  2. ^ Meran Abu Bakar (19 Julai 2013). "Tarikan kek lapis Sarawak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-13. Dicapai pada 28 Mac 2016.
  3. ^ "Healthier trends for Kek lapis Sarawak". The Borneo Post. 26 July 2013. Dicapai pada 14 August 2013.
  4. ^ Hun Pin, Chua; Daniel, Nicholas; Yahya, Mohammad Noor Adros (2012). "Kawalan Mutu Kek Lapis Sarawak". Buletin Teknologi MARDI. Malaysia: MARDI. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012. Dicapai pada 10 Oktober 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Invalid |display-authors=3 (bantuan)
  5. ^ "Healthier trends for Kek lapis Sarawak". The Borneo Post. 26 Julai 2013. Dicapai pada 14 Ogos 2013.
  6. ^ KEK LAPIS SARAWAK Geographical Indication at the Intellectual Property Corporation of Malaysia[pautan mati kekal]
  7. ^ [1]
  8. ^ "Le Kek Lapis, le Meilleur Pâtissier saison 7, émission 8, Voyage Gourmand". Mercotte. 31 Oktober 2018. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  9. ^ Le Kek Lapis De Mercotte
  10. ^ "Kek lapis Sarawak gets star treatment on British baking competition TV show". The Borneo Post. 9 October 2019. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  11. ^ "The Great British Bake Off". Channel 4. 8 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-10. Dicapai pada 10 Oktober 2019.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  12. ^ "Mula-mula tak laku, tapi selepas Lofa bersuara "di kek lapiskannya kita ye?" ramai tempah 'Neelofa satu!'". mstar. 7 Mei 2019. Dicapai pada 10 Oktober 2019.

Pautan luar ڤاوتن لوار[sunting | sunting sumber]