Ardell Aryana: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 9: Baris 9:
| agent = Prokuya Studios (2015–kini)
| agent = Prokuya Studios (2015–kini)
| height = {{height|ft=5|in=0}}
| height = {{height|ft=5|in=0}}
| spouse = {{marriage|[[Nadzmi Adhwa]]|2019}}
| occupation = [[Pelakon]], [[pengacara]], [[model (orang)|model]]
| occupation = [[Pelakon]], [[pengacara]], [[model (orang)|model]]
| children = 2
| years_active = 2013–kini
| years_active = 2013–kini
}}
}}

Semakan pada 17:55, 8 Mei 2024

Ardell Aryana
ارديلل اريان
Kelahiran
Nurul Hidayah binti Mohd Amin

(1990-04-13) 13 April 1990 (umur 34)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Cambridge
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013–kini
EjenProkuya Studios (2015–kini)
Ketinggian5 ft 0 in (1.52 m)

Nurul Hidayah Mohd Amin (lahir 13 April 1990) atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana (Jawi: ارديلل اريان) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada 2013, beliau terkenal dengan drama lakonannya termasuk Baby Ana Milik Siapa? (2014), Asam Pedas Untuk Dia (2015) dan Anakku Diva (2016). Filem-filem lakonan beliau termasuk Dorm Melati (2017) dan Surf This Love: Gelora Juara (2018).

Beliau juga merupakan artis di bawah Prokuya Studios milik pelakon Farid Kamil dan Fadzil Zahari.[1]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Nurul Hidayah binti Mohd Amin pada 13 April 1990 di Kuala Selangor, Selangor.[2] Beliau dibesarkan dalam keluarga mualaf, bapanya, Mohd Amin berasal dari Indonesia dan ibunya, Sawiyan Abdullah berbangsa Cina[3] dan merupakan anak kelima daripada enam beradik, dan anak perempuan tunggal; Ibu bapanya bercerai ketika Ardell masih kecil.[4][5] Beliau dan adik-beradiknya dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam.[3] Ardell merupakan lulusan dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Cambridge.[1]

Kerjaya

Penglibatan Ardell dalam bidang seni bermula secara tidak sengaja.[6] Ketika itu, beliau membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti dan sejak itu, Ardell mula mendapat panggilan daripada sebuah syarikat penerbitan yang berminat untuk menawarkan beliau berlakon. Sepanjang tahun 2013, beliau aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri. Namun, pendiriannya lantas berubah selepas bernaung di bawah syarikat pengurusan Prokuya Studios Sdn Bhd milik adik pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari iaitu suami kepada pelakon, Yana Samsudin, pada tahun 2015. Beliau juga kembali aktif pada tahun yang sama berkat dorongan dan sokongan daripada syarikat pengurusan ia membantu memulihkan semangat beliau malah, hubungan mereka yang rapat seperti satu keluarga.[4]

Nama Ardell mula mencuri tumpuan peminat drama selepas membintangi drama adaptasi novel karya Nuree Mirza, Asam Pedas Untuk Dia yang bersiaran di TV3 pada tahun 2015. Beliau memegang watak sebagai Farhana, adik bongsu kepada Ahmad Ziyad lakonan Shukri Yahaya.

Selain berlakon, Ardell mempunyai bakat dalam penulisan skrip apabila diberi kepercayaan dalam penulisan skrip untuk drama berjudul Penipuan Seorang Ibu.[7] Di samping itu, beliau juga telah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan televisyen dan mengacara sebuah program travelog, bertajuk Extreme Road Trip bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad pada tahun 2016. Program arahan pengarah Nizam Zakaria menemui penonton pada 1 Oktober 2016 di saluran Astro Bella (133) dan Astro Mustika HD (134) setiap hari Sabtu, 7 malam manakala bagi siaran ulangan di Astro Maya HD.[8][9][10]

Filem pertama yang dibintangi oleh Ardell ialah sebuah filem seram bertajuk CCTV. Beliau memegang watak sebagai seorang jururawat bernama Marianaa yang bekerja di sebuah hospital yang penuh misteri dan beliau juga bergandingan bersama Aeril Zafrel dalam filem tersebut.[11][12][13] Pada tahun 2017, Ardell muncul dalam drama bersiri Cinta Hati Batu yang bersiaran di TV3.

Ardell muncul dalam sebuah filem drama sukan bertajuk Surf This Love: Gelora Juara lakonan bersama Shukri dan Josiah Hogan yang ditayangkan pada 22 Februari 2018.[14][15][16] Beliau muncul dalam filem XX-Ray 3 arahan Aziz M. Osman yang ditayangkan pada 24 Januari 2019.[17][18]

Cabang lain

Selain kerjaya lakonan, Ardell turut bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Pada 8 Januari 2020, beliau bersama suami, Nadzmi terlibat dalam misi kemanusiaan ke Syria di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Beliau sebelum ini pernah ke Palu, Indonesia bagi membantu mangsa gempa bumi.[19]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 CCTV Marianaa Filem pertama
2017 Dorm Melati Raihana
Kolestrol vs Cinta Jasmin
2018 Surf This Love: Gelora Juara Lia
2019 XX Ray III Adel

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Jodoh Musim 1 Balqis Astro Ria
AKU Juliana
Ku Kejar Bintang Syafiq
Duri Di Hati Mufazzal TV3
2014 Baby Ana Milik Siapa? Qaisara
Jiwa Jawwad
Kifarah 2: Seri Muka Misya
2015 Asam Pedas Untuk Dia Farhana
Jangan Lafazkan Janji Julia TV1
Dia Isteri Luar Biasa Nora TV3
Wadi Widya
2016 Anakku Diva Amanda
Aku Bukan Bimbo Jenna Astro Ria
2017 Namaku Bedah Ustazah Umairah TV9
2018 Cinta Hati Batu Asyraf TV3
Tak Ada Cinta Sepertimu Intan Astro Ria
Klik! Pengantin Musim Salju Layla

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 ORIENTASI Rara Komeng
2016 Dodol Dodol Cinta Nurul Ain TV2
2017 Titik Terakhir Dilla Astro Prima
2018 Homestay Maya Mawar Astro Citra
2019 Jodoh Wassap Angah TV3
Khutbah Terakhir Sakinah TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2015 Lari Peserta TV9
2016 Extreme Road Trip Pengacara Astro Bella, Astro Mustika HD dan Astro Maya HD Beliau mengacara bersama Elfira Loy dan Sherry Alhadad
2019 Naura Shares Tetamu jemputan Naura Beliau menceritakan pengalaman ketika terlantar sakit

Rujukan

  1. ^ a b Ardini Sophia Sina (26 Julai 2015). Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro. Diperoleh pada 28 Julai 2015.
  2. ^ Nor Eryani Yusup (26 Februari 2018). "Laluan berduri Ardell Aryana". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2019. Dicapai pada 28 Julai 2018.
  3. ^ a b Aida Rismariza Kamruddin (30 September 2016). "Ardell normal, bukan pengkid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 23 Disember 2016.
  4. ^ a b Norhidayyu Zainal (22 Julai 2015). "Luahan pilu Ardell Aryana". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2018. Dicapai pada 28 Julai 2015.
  5. ^ "Ardell Aryana kumpul kekuatan". Kosmo!. 22 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-25. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ Garret Dawum (10 Julai 2015). "Kerja untuk keluarga". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 23 Disember 2015. Ardell Aryana mahu buktikan kepada semua dia mampu berjaya dengan bakat yang ada.
  7. ^ Mohd. Haikal Isa (3 Ogos 2015). "Mengejar komitmen kerja". Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-08. Dicapai pada 3 Ogos 2015.
  8. ^ Ardell tahan kesakitan demi Extreme Road Trip Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  9. ^ Mohd Al Qayum Azizi (9 Oktober 2016). "Ardell Aryana Anggap Tuduhan 'Pengkid' Isu Lama". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-07. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  10. ^ Rafiq Mazlan (4 Oktober 2016). "Ardell Aryana giat cipta nama". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-28. Dicapai pada 1 Disember 2016.
  11. ^ Kenangan CCTV yang sukar dilupakan oleh Ardell Aryana Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Agenda Daily (4 Ogos 2015). Diperoleh pada 1 September 2015.
  12. ^ Ardell mahu tawan layar perak Harian Metro (26 Julai 2015). Diperoleh pada 1 Ogos 2015.
  13. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (2 Ogos 2015). "CCTV uji Ardel Aryana". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada 5 Ogos 2015.
  14. ^ Arina Azlan (4 Oktober 2016). "Ardell bukan pengkid". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-16. Dicapai pada 10 Oktober 2016.
  15. ^ Haslina Kamaludin (28 Mei 2016). Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  16. ^ Ardell, Josiah enggan 'main-main' Diarkibkan 2018-05-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (9 November 2016). Dicapai pada 9 November 2016.
  17. ^ Amirul Haswendy Ashari (24 Disember 2018). Elak kecaman netizen Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  18. ^ Amirul Haswendy Ashari (11 Disember 2018). Ardell kembali berlakon Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  19. ^ Zaidi Mohamad (2 Januari 2020). Hamil tak halang Ardell Aryana sertai misi kemanusiaan Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.

Pautan luar