Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ialah sebuah karya sastera Melayu oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1838 di Singapura, dan dianggap sebagai teks sastera Melayu pertama diterbitkan secara komersil[1].

Karya ini menceritakan pelayaran Abdullah dari Singapura ke Kelantan dengan temannya, Grandpre dan Baba Ko An untuk menyerahkan surat dari Sir George Bonham, Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk Sultan Kelantan. Tulisannya merangkumi pengalamannya ketika singgah di Pahang dan Terengganu serta apa yang dialami beliau di Kelantan. Karya ini juga mengandungi nasihat-nasihat yang diberikannya kepada Raja-Raja Melayu dan juga perbandingan antara sistem pemerintahan Inggeris dan sistem pemerintahan tradisional Melayu[2].

Edisi pertama karya ini dicetak dalam tulisan Rumi dan Jawi, manakala edisi kedua (1852) dicetak hanya dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1855 sarjana Belanda J. Pijnappel menerbitkan edisi khusus bagi pelajar bahasa Melayu. Semua edisi tersebut menjadi rujukan kepada HC Klinkert untuk edisinya sendiri khusus untuk bacaan siswa di Hindia Belanda.

Di Malaysia, karya ini diterbitkan semula pada tahun 1960 oleh Kassim Ahmad. Pada tahun 2005, ia disunting oleh Amin Sweeney dan diterbitkan sebagai sebahagian dari kumpulan karya lengkap Abdullah bin Abdul Kadir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. p. 116. ISBN 1-57607-770-5. 
  2. Siti Hawa Hj. Salleh (2010). Malay Literature of the 19th Century. Institut Terjemahan Negara Malaysia. p. 116. ISBN 9789830685175. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.
Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z