Tebus guna tanah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seluruh East Coast Park di Singapura dibina di atas tanah tebus guna dengan pantai buatan manusia.
Flevopolder diBelanda yang ditebus guna dari IJsselmeer ialah pulau buatan yang terbesar di dunia.

Tebus guna tanah merupakan proses pembentukan daratan baru daripada dasar laut atau sungai. Tanah yang ditebus guna itu dipanggil tanah tebus guna atau kambus tanah.

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Penebusgunaan tanah di Daerah Pusat Beirut
Seluruh daerah Fontvieille, Monaco ditebus guna dari laut

Pembuatan daratan baru adalah untuk kegunaan kegiatan manusia.

Contoh-contoh di negara Barat:

Contoh-contoh di negara Timur:

Salah satu projek penebusgunaan tanah yang terawal dan paling dikenali ialah Skim Tebus Guna Praya yang memperluas kawasan daratan sebanyak 50 hingga 60 ekar ({{convert/Dual/Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "{" tidak dikenaliRalat ungkapan: Aksara tanda baca "{" tidak dikenalirnd|50|to/AonSoff|60|b=({{{s}}}+4,046.856422*2-({{{s}}}+4,046.856422))/10,000|j=4-3.607117796-0|p=Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "{" tidak dikenali|s=Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "{" tidak dikenali|n=hektar|l=hektars|h=hektar|u=ha}}) pada tahun 1890, iaitu salah satu projek pembangunan yang paling besar di Hong Kong sewaktu pemerintahan British.[1] Sekitar 20% tanah di Teluk Tokyo turut ditebus guna.[2]

Pulau buatan merupakan salah satu contoh hasil penebusgunaan tanah yang mahal dan menanggung risiko yang amat tinggi. Ia sering dipertimbangkan di tempat-tempat yang amat padat dengan penduduk dan kekurangan tanah rata. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (di Osaka) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong merupakan contoh-contoh perlunya pembuatan pulau baru. Kepulauan Palma, The World dan hotel Burj al-Arab di luar pesisir Dubai, Emiriah Arab Bersatu juga contoh-contoh pulau buatan, di samping juga Flevopolder di Belanda selaku pulau buatan terbesar di dunia.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Pertanian ialah salah satu tujuan penebusgunaan tanah sebelum datangnya pengindustrian. Di China Selatan, para petani menebus guna sawah padi dengan memotong sebuah kawasan di pinggir laut dekat muara atau delta sungai dengan tembok batu-batan. Spesies padi yang tumbuh di atas tanah-tanah ini lebih tahan garam. Satu lagi tujuan tanah terpotong sebegini ialah kolam ikan, misalnya yang sering didapati di Delta Sungai Mutiara dan Hong Kong. Tanah tebus guna ini juga menarik pelbagai spesies burung berpindah-randah.

Salah satu amalan yang berkait rapat ialah penyaliran tanah lembap yang berpaya atau tenggelam ikut musim untuk ditukar menjadi tanah ladang. Biarpun sebenarnya tidak membentuk tanah baru, namun ia membenarkan penggunaan yang berdaya hasil komersil ke atas tanah yang asalnya terhad sebagai habitat hidupan liar. Ia juga sejenis kaedah pembasmian nyamuk yang penting.

Pemulihan pantai[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pemulihan pantai

Pembinaan semula pantai ialah proses membaiki pantai dengan bahan-bahan seperti pasir atau lumpur dari pedalaman. Ini boleh digunakan untuk membina semula pantai-pantai yang mengalami kebuluran pantai atau hakisan akibat hanyutan susur pesisir. Ia menghalang pergerakan bahan-bahan pantai yang asli akibat hanyutan susur pesisir sambil memelihara wajah pantai yang semula jadi. Walaupun bukan penyelesaian jangka panjang, namun kaedah ini murah berbanding kaedah-kaedah pemeliharaan pantai yang lain.

Kambus tanah[sunting | sunting sumber]

Apabila kawasan terbangun semakin sesak dengan penduduk pada abad ke-20, timbulnya keperluan untuk membangunkan strategi peggunaan semula tanah untuk kambus tanah yang siap. Antara kegunaan-kegunaan tersebut adalah pembukaan taman, padang golf dan tapak sukan yang seumpamanya, di samping pembinaan bangunan pejabat dan kilang di mana kawalan metana kerap dijalankan untuk mengurangkan bahaya letupan dalam bangunan.


Kesan kepada alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Penyaliran tanah lembap untuk tujuan membajak, sebagai contoh, ialah satu contoh pemusnahan habitat. Di sesetengah negara, projek tebus guna baru dihadkan atau dilarang oleh undang-undang perlindungan alam sekitar.

Undang-undang alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Penebusgunaan tanah di Hong Kong: Kelabu (siap dibina), merah (dalam cadangan atau pembinaan). Kebanyakan kawasan bandar Hong Kong terletak di atas tanah tebus guna.

Para penggubal undang-undang Hong Kong meluluskan Ordinan Perlindungan Pelabuhan 1996 dalam usaha melindungi Pelabuhan Victoria yang semakin terancam oleh pencerobohan pembangunan tanah.[3]

Jumlah tanah yang ditebus guna[sunting | sunting sumber]

  • Belanda - sekitar 1/5 seluruh negara ditebus dari laut, tasik, rawa dan paya. Sejumlah kira-kira 7,000 km2.
  • Korea Selatan - setakat tahun 2006, 38 peratus atau 1,550 km2 tanah lembap pantai ditebus guna, termasuk 400  km2 di Saemangeum.
  • Singapura - 20% saiz asal atau 135 km2. Sekitar tahun 2003, rancangan untuk menambahkan 99 km2 sepatutnya dijalankan,[4] biarpun timbulnya pertikaian dengan Malaysia atas kerja-kerja penebusgunaan tanah Singapura yang berleluasa.[5]
  • Hong Kong - Skim Penebusgunaan Praya bermula pada lewat 1860-an dan terdiri daripada dua fasa yang berjumlah lebih 60 ekar.[1] Hong Kong Disneyland, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, dan pendahulunya, Lapangan Terbang Kai Tak semuanya dibina di atas tanah tebus guna. Selain itu, sebahagian besar kerja penebusgunaan ini dilakukan di tempat-tempat utama pada dermaga di kedua-dua belah Pelabuhan Victoria. Ini telah menimbulkan isu-isu alam sekitar tentang perlindungan pelabuhan ini yang pernah menjadi punca kemakmuran Hong Kong, kesesakan lalu lintas di daerah Central,[6] dan juga perselisihan antara kerajaan Hong Kong Government dan para pemaju hartanah di wilayah tersebut.[7][8]
Selain itu, serentak dengan peluasan kota, terbinanya pekan-pekan baru sepanjang zaman seperti Tuen Mun, Tai Po, Shatin-Ma On Shan, Kowloon Barat, Kwun Tong dan Tseung Kwan O.
  • Macau - 170% saiz asal atau 17 km2[9]
  • Mumbai - Tujuh pulau yang asalnya berasingan disambungkan oleh penebusgunaan tanah yang bertujuan membina pelabuhan
  • Monaco - 0.41 km2 daripada 2.05 km2, atau 1/5 Monaco datang dari tanah yang ditebus dari laut, terutamanya di kawasan kejiranan Fontvieille, La Condamine dan Larvotto/Bas Moulins.
  • Teluk Tokyo, Jepun - 249 km2.[10]
  • Kobe, Jepun - 23 km2 (1995).
  • Bahrain - 76.3% daripada saiz asal 410 km2(1931–2007).
  • New Zealand - sejumlah besar kawasan tanah yang berjumlah ratusan hektar ditebus guna di sepanjang dermaga pelabuhan Auckland, Wellington dan Dunedin. Di Dunedin - yang dahulunya diberi jolokan "Mudedin" - sekitar 2.5 km2, termasuk sebahagian besar pedalaman dan pinggir bandar Dunedin North, South Dunedin dan Andersons Bay ditebus dari Pelabuhan Otago, sementara kawasan seumpamanya di St Clair dan St Kilda ditebus dari paya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Bard, Solomon. [2002] (2002). Voices from the Past: Hong Kong 1842-1918. HK University press. ISBN 962-209-574-7
  2. Petry, Anne K. (July 2003). "Geography of Japan". Japan Digest, Indiana University. http://iis-db.stanford.edu/docs/129/geo.pdf. Capaian 2009-07-30. 
  3. Wallis, Keith. "Bill seeks to protect harbour", Hong Kong Standard, February 12, 1996. Dicapai pada 2007-03-23. 
  4. "Singapore Finds it Hard to Expand Without Sand". Planet Ark. http://www.planetark.com/dailynewsstory.cfm?newsid=30328. Capaian 2007-03-23. 
  5. "Singapore". The World Factbook. CIA. 1 September 2010. section Transnational issues. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/sn.html. Capaian 1 October 2010. "disputes persist with Malaysia over […] extensive land reclamation works" 
  6. "Courts protect our imperiled waterway - at least for the time being", Hong Kong Standard, 14 Ogos 2006. Dicapai pada 2007-03-23. 
  7. DeGolyer, Michael. "Commentary: Just Looking for Answers", Hong Kong Standard, March 15, 2007. Dicapai pada 2007-03-23. 
  8. Ng, Michael. "Lawmaker warns of West Kowloon arts venue glut", Hong Kong Standard, October 5, 2006. Dicapai pada 2007-03-23. 
  9. http://www.gov.mo
  10. "Japan Fact Sheet". Japan Reference. http://www.jref.com/society/japan_fact_sheet.shtml. Capaian 2007-03-23.