Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat 2006 diadakan selama 3 hari mulai 5 September 2006 di dewan besar Hotel Equatorial .Lebih 2000 perwakilan dan pemerhati hadir bagi mendengar amanat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PKR ialah Dr Syed Husin Ali merasmikan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan pada hari Jumaat.

Kongres ini membincangkan keazaman tinggi untuk mencatatkan kemenangan dalam PRU12, yang dijangka diadakan lebih awal.PRU12 diharapa dapat menebus kekecewaan PRU11. PRU12 adalah pesta demokrasi' yang PKR anggap tidak demokratik.

Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sungai Buluh pada 2004 dan PKR brjaya memecah monopoli Barisan Nasional (BN) dalam [[Pilihan raya negeri Sarawak 2006. PKR diterajui oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang 1 kerusi di Sarawak.

Kritikan berterusan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memberi harapan cerah kepada PKR.

Kerajaan BN juga tidak membuat pensempadanan semula kawasan pilihan raya. Ini akan menghadkan peluang BN mengeksploitasi demografi pengundi bagi meraih kemenangan besar seperti PRU11.

Perwakilan menegur Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang kurang turun padang. Mereka jangan menjadi elitis, enggan turun ke bawah.

Biro politik PKR menyediakan sistem pemantauan pengundi berkomputer atau "Sismep 12" bagi menangani masalah pengundi hantu.

Laporan konprehensif PKU11 bagi menekan kerajaan menerima cadangan membawa masuk pemerhati antarabangsa dalam PRU12 nanti.

Perwakilan Cina dan India dalam PKR semakin dirasakan.Antara yang hadir ialah wakil rakyat Padungan di Sarawak, Dominic Ng dan Datuk KS Nallakaruppan. Kehadiran ahli korporat Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim turut menyuktik semangat baru. Khalid ditugaskan merangka rancangan ekonomi Barisan Alternatif sebagai pilihan kepada Misi Nasional yang dipelopori oleh Abdullah.

Wakil pelajar IPTA dan NGO turut dijemput naik ke pentas.

Pemimpin lama yang merajuk seperti Saifuddin Nasution dan Abdul Rahman Osman telah dibawa kembali ke dalam parti. Semua pejuang reformasi perlu kembali merapatkan barisan bagi menumbangkan BN yang berkuasa selama 49 tahun.

Naib Presiden parti PKR, Azmin Ali menyatakan seorang Anwar Ibrahim tidak cukup.Semua ahli PKR mesti menjadi Anwar Ibrahim di kawasan masing-masing.

Fuziah Salleh selaku ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyentuh tentang kompleks belih belah tidak selamat untuk wanita. Wanita terdedah kepada peragut, didera dan diserang secara seksual, dirogol, malah dibunuh. Kadar jenayah meningkat 11.3 %. Perdagangan wanita telah membuatkan wanita seperti barangan dan objek nafsu, yang merupakan manifestasi perhambaan zaman moden.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]