Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
| Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia | |
|---|---|
| Konvensyen untuk Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Fundamental | |
| Tempat Perjanjian |
4 November 1950 Rom |
| Berkuatkuasa | 3 September 1953 |
| Penandatangan | Negara-negara anggota Majlis Eropah |
| Pemegang simpanan | Setiausaha Agung Majlis Eropah |
| Bahasa | Inggeris dan Perancis |
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia atau dalam bahasa Inggeris European Convention on Human Rights atau ECHR (secara formalnya Convention for the Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms atau Konvensyen untuk Perlindungan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Fundamental) adalah suatu triti antarabangsa untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan di Eropah. Didraf pada tahun 1950 oleh Majlis Eropah[1] konvensyen ini telah berkuatkuasa pada 3 September 1953. Kesemua negara anggota Majlis Eropah merupakan anggota konvensyen ini dan ahli-ahli baru diwajibkan menjadi anggota seawal yang mungkin.[2]
Konvensyen ini memperkenalkan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Rakyat Eropah yang merasakan hak asasinya di bawah Konvensyen ini dicabuli boleh membawa kesnya ke Mahkamah ini. Kehakiman yang mendapati bahawa negara anggota telah melanggar hak asasi di bawah Konvensyen ini mengikat negara tersebut dari segi undang-undang dan ia seharusnya bertindak menurut kehakiman tersebut, terutama dari segi pampasan kewangan kepada mangsa pelanggaran hak asasi tersebut. Jawatankuasa Menteri-Menteri Eropah menyelia pelaksanaan kehakiman mahkamah ini. Penubuhan Mahkamah untuk melindungi hak-hak asasi individu difikirkan suatu pendekatan inovatif di bawah undang-undang antarabangsa kerana lazimnya individu bukanlah actor di bawah undang-undang antarabangsa. Konvensyen Eropah ini masih merupakan satu-satunya konvensyen hak asasi manusia yang memberikan perlindungan tertinggi. Negara anggota juga boleh membawa negara anggota yang lain ke mahkamah melalui Konvensyen ini tetapi ini amatlah jarang.
Konveysnen ini mempuyai beberapa protokol-protokol. Sebagai contoh, Protokol 13 melarang hukuman nati. Protokol-protokol ini berbeza antara Negara Anggota ke Negara Anggota yang lain. Tetapi kesemua negara anggota mestilah menjadi anggota kepada seberapa banyak protokol yang mungkin.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
-
Lihat juga: Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah
Sistem perlindungan hak asasi manusia di Eropah boleh dilihat sebagai hasil daripada perkembangan situati berkembar. Satu, dalam keadaan selepas Perang Dunia Kedua, konvensyen ini lahir hasil inspirasi daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang boleh dilihat sebagai respons lebih meluas Kuasa Perikatan dalam membentuk agenda hak asasi manusia yang boleh beroperasi sebagai pencegah pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua itu (seperti Holukus). Keduanya, Konvensyen ini juga merupakan tindak balas kepada perkembangan Komunisme di Eropah Timur dan bertindak melindungi negara-negara anggota Majlis Eropah kepada penyelewengan komunis. Maka inilah yang sering dirujuk sebagai nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang “perlu dalam masyarakat demokratik” melalui Konvensyen ini, meskipun prinsip-prinsip ini tidak terhurai dalam Konvensyen ini sendiri.[3]
Konvensyen ini didraf oleh Majlis Eropah selepas Perang Dunia Kedua sebagai tindak balas kepada rakyat Eropah dari serata jenis yang berhimpun di Kongres Hague pada tahun 1948. Apabila lebih daripada 100 ahli-ahli parlimen daripada dua belas negara ahli Majlis Eropah berkumpul bersama di Strasbourge pada musim panas 1949 untuk perbincangan pertama Perhimpunan Konsultatif Majlis berkenaan, matlamat mendraf “piagam hak asasi manusia” merupakan antara focus utama dalam agenda mesyuarat. Ahli Parlimen British dan peguam Sir David Maxwell-Fyfe, Tuan Pengurusi Jawatankuasa Persoalan Perundangan dan Pentadbiran Perhimpunan itu, menyelia pendrafan Konvensyen. Sebagai pendakwaraya di Perbicaraan-perbicaraan Nuremberg, dia telah melihat dengan sendirinya bagaimana keadilan antarabangsa boleh diaplikasikan. Dengan pertolongannya, bekas menteri dan pejuang Perancis, Pierre-Henri Teitgen menghantar laporan[4] kepada Perhimpunan yang mempunyai mempunyai beberapa senarai hak-hak asasi yang hendak dilindungi dengan beberapa daripadanya diilhamkan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang baru dipersetujui di New York, dan mendefinasikan bagaimana mekanisme kehakiman di bawah cadangan Konvensyen ini hendak beroperasi. Selepas debat-debat yang berpanjangan,[5] Perhimpunan itu menghantar cadangan akhirnya[6] kepada Jawatankuasa Menteri-Menteri Majlis itu, yang kemudiannya membentuk sekumpulan pakar untuk mendraf Konvensyen ini dengan sendirinya.
Konvensyen ini didraf untuk merangkumi pendekatan tradisional kebebasan sivil untuk mencapai “demokrasi politik yang efektif”, daripada tradisi-tradisi paling utama United Kingdom, France dan juga negara-negara lain Majlis Eropah. Konvensyen ini dibuka untuk tandatangan pada 4 November 1950 di Rome. Ia kemudiannya diratifikasikan dan berkuatkuasa pada 3 September 1953. Ia diselia oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourge, dan Majlis Eropah. Ia juga pernah diselia oleh Suruhanjaya Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.
[sunting] Pendrafan
Konvensyen ini didraf memakai takrifan-takrifan istilah yang menyeluruh dalam cara yang serupa (meskipun lebih moden berbanding) Perakuan Hak Inggeris, Perakuan Hak Amerika, Perisytiharan Hak-Hak Manusia Perancis, atau bahagian pertama undang-undang asas Jerman. Penyataaan prinsip dari sudut undang-undang bukanlah jelas dan perlukan tafsiran menyeluruh daripada mahkamah-mahkamah untuk memberikan makna menurut situasi semasa.
[sunting] Perkara-perkara Konvensyen
Sebagaimana dipinda oleh Protokol 11, Konvensyen ini mengandungi tiga bahagian. Hak-hak dan kebebasan-kebebasan utama termasuk dalam Seksyen 1, yang mempunyai Perkara-Perkara 2 hingga 18. Seksyen II (Perkara-perkara 19 hingga 51) menubuhkan Mahkamah dan kaedah-kadah pengoperasiannya. Seksyen III mengandungi beberapa peruntukkan-peruntukkan penghakhiran.
Sebelum berkuatkuasanya Protokol 11, Seksyen II (Perkara 19) mendirikan Suruhanjaya dan Mahkamah, Seksyen III (Perkara-perkara 20 hingga 37) dan IV (Perkara-perkara 38 hingga 59) merangkumi mekanisme tinggi pengoperasian Suruhanjaya dan Mahkamah dan Seksyen V mengandungi beberapa peruntukkan-peruntukkan akhir.
Beberapa Perkara di dalam Seksyen I distrukturkan dalam dua perenggan: pertamanya menggariskan hak atau kebebasan asasi (seperti Perkara 2(1) yang memberikan hak hidup) tetapi keduanya mengandungi beberapa pengecualian, ketidakaplikasian dan batasan kepada hak demkian (seperti Perkara 2(2) – yang mengecualikan beberapa tindakan kekerasan yang mempunyai kesan kematian).
[sunting] Perkara 1 - menghormati hak
Perkara 1 mengikat anggota yang menandatangani untuk menjamin hak-hak di bawah Perkara-Perkara lain Konvensyen “dalam bidang kuasa masing-masing”. Dalam sesetengah kes, “”bidang kuasa” mungkin tidak hanya termasuk wilayah negara anggota yang dirujuk sahaja, malah turut merangkumi wilayah lain dan keperluan menjamin hak-hak Konvensyen turut terpakai ke wilayah lain, sebagai contoh, wilayah jajahan atau tahlukan negara berkenaan.
[sunting] Perkara 2 - hidup
Perkara 2 melindungi hak setiap insan kepada kehidupannya. Perenggan pertama perkara ini mengandungi pengecualian sekiranya hukuman mati dijalankan mengikut lunas undang-undang manakala perenggan kedua menyatatakan kematian yang disebabkan oleh perlindungan diri daripada tindakan orang lain, menangkap seseorang penjahat, atau cubaan meredakan perhimpunan haram tidak akan bertentangan dengan Perkara ini apabila paksaan yang diaplikasikan “tidak melebihi apa yang sepatutnya”.
Hak ini tidak boleh boleh diketepikan di bawah perkara 15 semasa masa aman. Pengecualian untuk hukuman mati turut dibataskan oleh Protokol 6 dan Protokol 13 (lihat di bawah) untuk negara-negara anggota protokol-protokol berkenaan.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah tidak membuat penghakiman terhadap hak untuk hidup sehingga 1995, dalam kes McCann lwn United Kingdom[7] ia memutuskan bahawa perenggan kedua tidak mengandungi situasi di mana ia dibenarkan membunuh, tetapi situasi di mana paksaan bolhe digunakan yang mungkin menyebabkan kematian.[8]
Mahkamah telah memutuskan bahawa negara-negara anggota mempunyai tiga tanggungjawab di bawah Perkara 2:
- tanggungjawab untuk tidak membunuh tanpa menurut lunas undang-undang,
- tanggungjawab untuk menyiasat kematian yang sangsi dan,
- dalam sesetengah situasi, peranan untuk mencegah kematian yang boleh dijangkakan.[9]
[sunting] Perkara 3 - penyeksaan
Perkara 3 melarang penyeksaan, dan “layanan atau hukuman tidak berperikemanusiaan atau berbentuk penghinaan”. Tidak wujudnya sebarang pengecualian atau batasan terhadap hak ini. Peruntukkan ini lazimnya terpakai, selain daripada ke situasi penyeksaan, kepada situasi keganasan polis atau persekitaran yang buruk semasa penahanan.
Mahkamah telah menekankan sifat fundamental Perkara 3 dengan keputusannya bahawa larangan ini dibuat “secara mutlak… tidak kira apa jua tindak-tanduk pihak pemunya hak yang dilanggari."[10] Mahkamah juga telah memutuskan bahawa negara-negara tidak boleh menghantar pulang atau mengekstradisikan individu-individu yang mungkin akan diseksa atau dilayan secara buruk atau tidak berperikemanusiaan di negara penerimanya.[11]
Pada awalnya Mahkamah telah menaifsir secara ketat apa yang disifatkan sebagai penyeksaan, dan lebih cenderung mendapati bahawa negara-negara telah melakukan layanan buruk atau tidak berperikemanusiaan. Maka mahkamah telah memutuskan bahawa tindakan-tindakan seperti melarang daripada tidur, meyebabkan supaya didengar bunyi bising dan memaksa untuk berdiri berhadapan dinding dengan kaki terbuka untuk tempoh yang lama bukan berbentuk penyeksaan.[12] Mahkamah hanya mendapati negara yang menyeksa pada tahun 1996 dalam kes tahanan yang digantung melalui bahunya semasa tangannya diikat di belakang badan.[13] Semenjak masa itu Mahkamah telah lebih bersedia untuk mendapati tindakan penyeksaan dan telah menghakimi bahawa disebabkan Konvensyen adalah “instrumen bernyawa”, layanan yang dulunya dianggap sebagai layanan buruk atau tidak berperikemanusiaan mungkin akan dianggap sehagai penyeksaan pada masa hadapan.[14]
[sunting] Protokol-protokol Konvensyen
Semenjak bulan Januari 2010 terdapatnya lima belas protokol Konvensyen yang dibuka untuk tandatangan. Ini boleh dibahagikan menurut dua kumpunan: yang menukar mekanisme konvensyen, dan seterusnya yang meletakkan beberapa hak-hak baru sebagai menambah hak-hak dalam konvensyen. Yang pertama memerlukan ratifikasi dari semua negara anggota sebelum berkuatkuasa manakala yang kedua berkuatkuasa hanya antara negara-negara yang meratifikasikannya (lazimnya selepas beberapa negara-negara telah meratifikasikannya).
[sunting] Protokol 1
Protokol ini mengandungi tiga hak berbeza yang negara-negara anggota tidak boleh meyetujui untuk diletakkan dalam Konvensyen itu sendirinya. Monaco dan Switzerland telah menandatangani protokol ini tetapi tidak pernah meratifikasikannya.[15]
[sunting] Perkara 1 - hartanah
Perkara 1 mengandungi hak untuk menikmati secara aman kesemua hartanah yang dimiliki.
[sunting] Lihat juga
- Skop pemakaian Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia mengikut wilayah
- Hak asasi manusia di Eropah
- Piagam Hak Asasi Kesatuan Eropah
- Akta Hak Asasi Manusia 1998 berkenaan bagaimana Konvensyen ini dipakai di United Kingdom.
- Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah
- Hukuman mati di Eropah
[sunting] Nota
- ↑ The Council of Europe should not be confused with the Council of the European Union or the European Council. The European Union is not a party to the Convention and has no role in the administration of the European Court of Human Rights.
- ↑ Resolution 1031 (1994) on the honouring of commitments entered into by member states when joining the Council of Europe
- ↑ Ovey, Clare; Robin C.A. White. The European Convention on Human Rights, 1–3, Oxford University Press. ISBN 9789199288106.
- ↑ Report by Pierre-Henri Teitgen of France, submitted to the Consultative Assembly of the Council of Europe
- ↑ Verbatim of the speech given by Pierre-Henri Teitgen when he presented his report to the Consultative Assembly of the Council of Europe
- ↑ Recommendation 38 of the Consultative Assembly of the Council of Europe on 'Human rights and fundamental freedoms'
- ↑ (1995) 21 EHRR 97
- ↑ (1995) 21 EHRR 97 at para. 148
- ↑ Jacobs & White, p. 56
- ↑ Chahal v. United Kingdom (1997) 23 EHRR 413.
- ↑ Chahal v. United Kingdom (1997) 23 EHRR 413; Soering v. United Kingdom (1989) 11 EHRR 439.
- ↑ Ireland v. United Kingdom (1979-80) 2 EHRR 25.
- ↑ Aksoy v. Turkey (1997) 23 EHRR 553. The process was referred to by the Court as "Palestinian hanging" but more commonly known as Strappado.
- ↑ Selmouni v. France (2000) 29 EHRR 403 at para. 101.
- ↑ protocol signatory and ratification info, Council of Europe treaties office.
[sunting] Rujukan
- (2006) Jacobs & White: The European Convention on Human Rights, edisi 4th, Oxford University Press. ISBN 0-19-928810-0.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Teks penuh Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia
- (Inggeris) Simpanan alasan penghakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg
- (Inggeris) Senarai kesemua triti dan protokol Eropah
- (Inggeris) Terror detention law 'must go'; BBC; 4 August 2004
- (Inggeris) Current Status of Protocol 12
- (Inggeris) Current Status of Protocol 14
- (Inggeris) UK Government's position on Protocol 12
- (Inggeris) Indeks penapisan
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
