Krisis kerabat diraja Kelantan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Krisis kerabat diraja Kelantan 2010 tercetus ketika Sultan Kelantan menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth , Singapura. Beberapa pihak mengeluarkan kenyataan kesihatan Sultan Kelantan pada 24 Mei 2009. Selepas Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan.

Kesihatan Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan Sultan Kelantan.Panel pakar memutuskan baginda Sultan Kelantan masih gering / sakit dan tidak mampu menjalankan tugas memerintah negeri.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sebarang keputusan yang dibuat oleh MPN adalah terpakai dan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan. MPN bertegas menyatakan Sultan Kelantan masih gering dan Pemangku Raja kekal memangku tugas sebagai pemerintah negeri Kelantan.[1]

Pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra[sunting | sunting sumber]

Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Kerajaan negeri Kelantan berpegang kepada Perlembagaan Negeri Kelantan. Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan.

Pelucutan Pemangku Sultan Kelantan[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mac 2010, Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja . Titah itu diberitakan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan Tengku Sri Utama Raja Abdul Aziz Ibni Tengku Sri Maharaja Hamzah. Titah itu dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota.

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Sri Utama Raja Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru. Tengku Abdul Aziz Hamzah merupakan merupakan abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Ditahan polis[sunting | sunting sumber]

Pada hari Khamis, 23 Mac 2010, Datuk Wan Hashim Wan Daud, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kanan Istana ditahan polis di rumahnya di Taman Sri Aman, Kubang Kerian . Jam 8.40 malam, beliau dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.[2] Ia ada kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan Kelantan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan - dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja. [3]

Pada 25 Mac 2010, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismai Petra tenang menghadapi kemelut cubaan "merampas kuasa" melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan. Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub dan lain-lain Exco negeri Kelenytan menyambut baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang pulang dari Singapura.

Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias menjelaskan bahawa Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut 2/3 daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei 2009.Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan apa-apa keputusan.

Pendirian kerajaan negeri Kelantan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan negeri Kelantan dibawah pentadbiran Datuk Bentara Setia Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan tetap mematuhi Perlembagaan Negeri Kelantan. Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias menjelaskan Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut 2/3 daripada 17 ahli majlis MPN pada 29 Mei 2009.[4]

Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar tidak perlu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja.

Sokongan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 2010, Pengerusi Penaja Kerabat Nik Kelantan (KNK), Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf dan Pertubuhan Kerabat Long Ghafar Kelantan seeta Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan mengisytiharkan taat setia kepada Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Sultan Kelantan. Sidang media di Telipot itu turut disertai oleh Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Long Ghafar, Profesor Madya Engku Ibrahim Tengku Ismail dan Yang Dipertua Pertubuhan Raja Jembal, Nik Yusof Nik Muhammad.

Kemelut ini hendak dihentikan bagi membolehkan Pemangku Raja menjalankan tugas kepada negeri, agama dan rakyat.[5]

Abdullah Yaacob selaku Adun Air Lanas dan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan mencadangkan sidang khas DUN Kelantan diadakan bagi menyelesaikan kemelut istana Kelantan itu.

Pengawal keselamatan istana ditembak[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Mei 2010, pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad (50) cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali. Berikutan itu, Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan bahawa Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra meminta Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi meningkatkan keselamatan Sultan Kelantan mulai 4 Mei 2010.[6]

Fakhry ditangkap, Tengku Anis diawasi[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2010,Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ditahan oleh sepasukan pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) bertopeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu. Akhbar tabloid Kosmo melaporkan turut ditahan ialah dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dibawa Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung. Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid turut ke hospital. [7][8]

Habeas corpus[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mei 2010, Peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo mengemukakan writ habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membebaskan baginda dari hospital HUSM. Writ habeas corpus itu bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon dan ini pertama kali berlaku dalam sejarah dunia. Responden ialah Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Mahkamah khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda. Peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy menyatakan kes ini kes pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]