KOSMO!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kosmo)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kosmo!
Kosmo.jpg
Logo Kosmo!
Jenis Surat khabar harian
Format Kompak
Pemilik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Diasaskan 30 Ogos 2004
Bahasa Melayu
Edaran 35,000 (Harian; sewaktu Jun 2005)
Laman web Kumpulan Utusan
Halaman muka depan akhbar Kosmo!

KOSMO! ialah sebuah akhbar terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Ogos 2004. KOSMO! bercorak santai dan dalam bentuk yang paling mudah dibawa dan dibaca.

Akhbar Kosmo dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen setiap hari kecuali Ahad berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya. Namun sejak April 2007 akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2004, Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO! Dengan mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan "Suara Kontemporari" yang mensasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.

KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya "Bukan Sekadar Berita" adalah ideal untuk semua peringkat umur pembaca. Ia turut mesra pembaca apabila mudah dipeang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya yang miniscute.

KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.

Selepas dua tahun akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca (jualan semasa di Lembah Klang, Edisi Utara dan Edisi Selatan : 120,000 naskah), KOSMO! pada 4 dan 6 Oktober yang lalu telah menemui pembaca baru mereka di negeri Melaka dan Pahang.

KOSMO! kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia.

Berikut kronologi perkembangan akhbar kompak KOSMO! :

Walaupun masih baru dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan pilihan terbaik kepada pembacanya. Langkah terbaru akhbar kompak itu bagi mengurangkan saingan ialah dengan rangka strategi menurunkan kadar harga daripada RM1.20 kepada RM0.80 untuk edaran harian dan KOSMO! Ahad pula daripada RM1.50 kepada RM1.00 pada 1 September 2005.Pada 1 januari 2012 harga akhbar bagi kosmo setiap isnin ke sabtu menjadi harga RM 1.20 dan pada hari ahad RM 1.30.Pada 1 november 2013 kosmo telah menghadiahkan pembacanya dgn menjual dengan harga RM1 setiap hari.

Serentak itu, untuk edaran dalam kampus dan universiti, KOSMO! diturunkan kepada RM0.40 dan RM0.50 untuk KOSMO! Ahad. Kemudian pada 1 Februari 2006 ditawarkan kepada RM0.50 senaskah dan RM0.60 untuk KOSMO! Ahad kepada pasaran pembaca (IPT). Namun pada 1 Februari 2007 ia dinaikkan kepada RM0.70 senaskah dan RM1.00 untuk KOSMO! Ahad. Bagaimanapun, harga tersebut secara prbandingannya masih rendah berbanding pasaran di luar Institusi Pengajian Tinggi - IPT.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]