Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia

Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
نئ عبدالعزيز بن نئ مت
Nik Aziz Kelantan.jpg

Menteri Besar Kelantan ke-12
Tempoh jawatan
22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013
Timbalan Dato' Haji Ahmad Yaakob
Didahului oleh Mohamed Yaacob
Diganti oleh Ahmad Yaakob

Member of the Kelantan Assembly
for N6 Chempaka
Penyandang
Tempoh jawatan 
1995
Majoriti 6,500


Lahir 10 Januari 1931 (83 tahun)
Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Parti politik PAS logo.svg PAS - Pakatan Rakyat
Pasangan Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Anak 10
Religion Sunni Islam
Laman web Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Abdul Aziz @nikabdulaziz
Blog Tok Guru

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]

Beliau juga pernah belajar di:

Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.[5]

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[6] Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[7]

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[8] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[9]

Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.[10][11][12]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.[13] Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.[14]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Kenyataan kontroversi

Menjelang pilihan raya 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan.” untuk menjustifikasikan ‘perkahwinan’ parti PAS dengan DAP.[15] Beliau juga menyifatkan ‘orang UMNO sama sahaja dengan orang utan’. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, ‘Tuhan gedebe’, ‘istikharah’ nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin’ selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.[16], [17],[18]

  • Bantahan terhadap kerajaan perpaduan

Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.[19]

  • UMNO dan Ayah Pin

Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.[20] Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka [21].

  • Muktamar Khas PAS

Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.[22],[23]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar Kelantan,
Tingkat 1 & 2, Blok 1,
Kota Darulnaim,
15502 Kota Bharu,
Kelantan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Nik Aziz terima anugerah MB Paling Bersih", Tranungkite. 
  2. "Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia", The Malaysian Insider. 
  3. "Nik Aziz akui tutup lampu ketika solat di pejabat", HarakahDaily. 
  4. 4.0 4.1 "Kenali Menteri Besar Anda" (PDF). PAS. 25 Mac 2008. pp. m/s 3. http://www.pas.org.my/kenali_MB/kenali_MB.pdf. 
  5. "Nik Zain Is Not Afraid Of Nik Aziz", Bernama. 
  6. "Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN 'sign' borang", HarakahDaily. 
  7. "Keputusan Undi DUN Chempaka di akhbar Utusan Malaysia", Utusan Malaysia. 
  8. "Pengumuman undur Nik Aziz sarat maslahat politik?", HarakahDaily. 
  9. "Tok Guru Mahu Bersara", Pakcik.net. 
  10. "PMBK: Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan", http://www.malaysiakini.com. 
  11. "Nik Aziz pertahan lantik menantu", http://www.malaysiakini.com. 
  12. "Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan", http://www.harakahdaily.net. 
  13. Tuan Guru Nik Aziz Masuk Hospital, Tranungkite.
  14. Tok Guru Nik Aziz masih dirawat di hospital, Kelantankini.
  15. ‘Semalam cakap lain, esok cakap lain’.
  16. Semalam cakap lain, esok cakap lain’.
  17. SEMALAM CAKAP LAIN, ESOK CAKAP LAIN
  18. ‘Semalam cakap lain, esok cakap lain’
  19. Rais: Tindakan Nik Aziz minta Nasharuddin letak jawatan tidak wajar
  20. Nik Aziz banding Umno dengan Ayah Pin, al-Arqam.
  21. Kemelut politik: Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
  22. [ "Muktamar khas PAS pecat Hadi?", Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.]
  23. "Muktamar khas PAS pecat Hadi?",Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kelantan
22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013
Penyandang Kemudian
Dato' Mohamed Yaacob Dato' Haji Ahmad Yaakob