Tentera Udara Diraja Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
تنترا اودارا دراج مليسيا
Crest of Royal Malaysian Air Force.svg
Panji Tentera Udara DiRaja Malaysia

Ditubuhkan 2 Jun 1958
Negara  Malaysia
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
Jenis Tentera udara
Peranan Mempertahan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui penggunaan kuasa udara yang berkesan
Cogan kata Sentiasa Di Angkasaraya
Ulang tahun 2 Jun 1958
Perang/pertempuran Darurat Tanah Melayu
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Perang Menentang Pengganas Komunis
Komander
Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM
Timbalan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Dato' Roslan bin Saad TUDM
Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM
Tanda kebesaran
Roundel Roundel of the Royal Malaysian Air Force.svg
Lambang ekor Finflash.svg
Pesawat
Penyerang BAE Hawk Mk.208
Pejuang Sukhoi Su-30 MKM Flanker, Boeing F/A-18D Hornet
Pemintas Mikoyan MiG-29N Fulcrum
Pengawasan Northrop RF-5
Latihan Aermacchi MB-339, MD3-160 Aerotiga, BAE Hawk Mk.108, Pilatus PC-7 Turbo Trainer, Mikoyan MiG-29NUB Fulcrum
Pengangkut Lockheed C-130 Hercules, Airbus A400M, CASA CN-235, Sikorsky S-61 Sea King, Mil Mi-17


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); (Jawi:تنترا اودارا دراج مليسيا ) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat[sunting | sunting sumber]

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Straits Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pentadbiran British untuk membantu pertahanan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan ini dilengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat Hawker Hart.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesarkan menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteer Air Force (MVAF)) dan menerbangkan pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard Moth dan Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa Kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan di Sumatera apabila berhadapan dengan pasukan udara tentera Jepunyang jauh lebih besar dan moden.

Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya[sunting | sunting sumber]

Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis Twin Pioneer

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai "Tentera Udara Diraja Persekutuan". Seorang pegawai Tentera Udara Diraja British, Air Commodore (Brigadier Jeneral) A.V.R Johnstone dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk mengetuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Kerajaan. Air Commodore A.V.R Johnstone kemudiannya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang pertama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancangan perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.

Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tentera Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota uyang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil anggota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan November 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhidmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim Heng Lip, Sergeant (Sarjan) Subramaniam, Corporal (Koperal) Othman Mohd Ismail, CorporalWan Said, Corporal JD Parsley, Corporal Mahadeven, Senior Aircraftman (Laskar Udara Kanan) Surindam, Senior Aircraftman Md Noor, Senior Aircraftman Zainal, Senior Aircraftman Mohd Hussain and Junior Technician (Laskar Udara Kanan) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk (Marsyal Udara) Sulaiman bin Sujak.

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Pada mulanya TUDM memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasi dan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Persekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) dan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF). Pada ketika ini hanya dua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yang menyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perjuangan menentang pengganas-pengganas komunis semasa Darurat.

Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaan tempur dengan penghantaran 20 buah pesawat CL41-G Tebuan yang dibuat di Kanada. Pesawat ini adalah satu pengembangan pesawat latihan jenis Canadair Tutor, dan diberikan enjin yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan stesen persenjataan di sayap yang boleh memuatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagikan kepada dua buah skuadron, No. 6 Skuadron dan No. 9 Skuadron. TUDM merupakan pengguna tunggal pesawat CL41-G Tebuan .

Dalam masa ini juga TUDM telah menerima penghantaran 29 buah pesawat Aérospatiale Alouette III yang digunakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini kemudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupun mesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk memberikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.

Tentera Udara Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.

Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan helikopter komunikasi jenis Aérospatiale Alouette III, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat Handley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikan pesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang Dassault Mirage III-EO). Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canada DHC-4A Caribou (versi yang hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).

Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa 31 orang anggota tentera infantri ataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan.

Pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia[sunting | sunting sumber]

Juruterbang Malaysia dan di belakang tiga pesawat pejuang utama F-5, F/A-18, MIG-29.

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapkan pertahanan ruang udara Malaysia yang diberikan oleh Tentera Udara Diraja British dan kemudiannya oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang menempatkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 Tentera Udara Diraja Australia dengan pesawat pejuang Mirage III di Pangkalan Udara Butterworth. Selepas Setiausaha Pertahanan Denis Healy mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM dilihat akan mengambil alih tanggungjawab pertahanan udara.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye.

Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju diberi dengan menggunakan pesawat Aermacchi MB339AM yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Daripada 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

Teknologi moden[sunting | sunting sumber]

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut dibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab bantahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuat Amerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalkan engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separa aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM. Walaubagaimanapun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRAAM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64 km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempunyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AMRAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.

Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) dan Singapura ini telah memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan dekat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority). Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.

Pesawat peronda maritim EMB-145 juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .

TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli semula pesawat F/A-18D Hornet yang kini digunakan oleh TUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Super Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabkan sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkan syarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, seperti sekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRAAM dan banyak lagi serta Washington enggan menerima bayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iaitu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskan pembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia mengalami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar luar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepada perolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi menggantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas budi kepada Moscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysia dalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.

Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonkan Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produk tersebut pada masa akan datang.

Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.

Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangi kontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter Eurocopter EC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakal ditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak menolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat penambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yang akan datang yang mana ianya merupakan pesawat yang berpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari dan menyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dari Mil-171 atau pesawat Nuri sendiri.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

TUDM disusun menjadi beberapa Divisyen mengikut kelengakapan dan tugasan yang diberikan.

Divisyen Pertama[sunting | sunting sumber]

TUDM Subang[sunting | sunting sumber]

TUDM Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

  • No. 10 Squadron S-61A4A Nuri
  • Staff Flying Conversion Unit (SFCU)

TUDM Butterworth[sunting | sunting sumber]

TUDM Kuantan[sunting | sunting sumber]

TUDM Gong Kedak[sunting | sunting sumber]

Divisyen Kedua[sunting | sunting sumber]

TUDM Kuching[sunting | sunting sumber]

TUDM Labuan[sunting | sunting sumber]

Divisyen Latihan[sunting | sunting sumber]

Pangkalan[sunting | sunting sumber]

TUDM mempunyai beberapa buah pangkalan yang digunakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDM yang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDM adalah :

Aset TUDM[sunting | sunting sumber]

Rejimen TUDM[sunting | sunting sumber]

TUDM mempunyai unit pertahanan darat dan keselamatan dikenali sebagai Rejimen TUDM untuk mengendalikan keselamatan dan pertahanan kemudahan-kemudahan dan pangkalan TUDM. Unit ini berasaskan dari Rejimen RAF yang merangkumi pasukan polis tentera udara (Provos TUDM), pasukan khas (Komando), pasukan pertahanan udara jarak dekat, pasukan infantri TUDM dan juga terlibat istiadat ketenteraan.

PASKAU[sunting | sunting sumber]

Pasukan Paskau Anggota Pasukan Khas Dalam Rejimen TUDM

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula pada tahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil.

Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan nama pasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) dan ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pasukan ini seperti komando tentera darat Grup Gerak Khas ataupun komando tentera laut PASKAL, yang membezakannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dan tugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.

Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDM dan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team). PASKAU juga satu-satunya pasukan khas yang mempunyai keupayaan Carilamat Maritim di Asia Tenggara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]