Layang-layang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.

Sejarah wau[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.[perlu rujukan] Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman Greek lagi.

Kemungkinan juga perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.

Pada masa dahulu, orang-orang Melayu di Singapura turut menggunakan layang-layang bagi menangkap ikan.[1]

Mitos permainan wau[sunting | sunting sumber]

Mengikut satu cerita, wau itu pada awalnya adalah permainan tanpa nama. Permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat dari daun tertentu yang diikat pada tulang belakang daun tersebut dengan tali kelopak batang pisang atau urat-urat daun nenas. Wau dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya, dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita, lahirlah perkataan "Wau".

Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesa duduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnya tembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadi seorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Muda itulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.

Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda dijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-layang".

Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakan minuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi, yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukul oleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angina barat.

Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulan sekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.

Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembali Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijaya iaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara ini mulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang Bhumi.

Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atau Sanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapati atau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-cerita tradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.

Sebelum Dewa Muda mengadakan serangan, dia telah lama bertapa dan apabila selesai, dia pulang dari gua tempatnya bertapa dengan membawa rangka atau ‘lembaga’ wau bulan yang baginya merupakan peta penyerangan dan penaklukan kembali Empayar Srivijaya atau Asia Tenggara itu.Dewa Muda menakluk kembali empayar yang agung itu kira-kira pada tahun 713 hingga 779 Masihi. Setelah mendapat kemenangan, Wau Bulan yang menjadi lambang Empayar Srivijaya dikenali sebagai ‘Sejagat Tanah Jawa’.

Kepala dan tengkuk wau bulan yang berbentuk garuda itu melambangkan raja segala burung yang sebenarnya seorang wali. Namanya ialah Riah, dalam Bahasa Arab disebut ‘Nabi Mahlail Alaihissalam’ antara 313 rasul dan dalam Bible, beliau disebut dengan nama ‘Mahalelselt’. Dalam cerita-cerita tradisi dia digelar ‘Burung Petala Indera’. Jadi, kepala Wau Bulan ini melambangkan roh dan semangat Empayar Srivijaya, dan memberi erti asas kebudayaan dan asas peradaban dalam empayar ini.

Dikisahkan bahawa busur wau ini memiliki dua belas bahasa, dua belas ragam yang melambangkan negeri atau daerah yang disatukan kembali dengan negara pusat Empayar Srivijaya. Dua belas negeri tersebut ialah Filipina, Vietnam, Segenting, Kemboja-Laos-Thailand Tengah dan Utara, Burma, Burma Barat dan Benggala Timur menganjur ke Kepulauan Andaman, Pulau Irian dan Pulau Sulawesi. Sementara dua belas ragam bererti dua belas suku terdapat di dua belas daerah/negeri tersebut tadi.

Bulatan bulan pada Wau Bulan melambangkan negeri-negeri daratan yang dinamakan Nusarantang-kawasan yang bersambung. Bintang yang terletak di antara bulatan bulan sabit penuh dilambangkan sebagai ‘negara pusat’ atau ‘kawasan pusat pemerimtahan’ yang dinamakan ‘Nusa Kencana-Kawasan Emas dan bulan sabit penuh yang menjadi bahagian bawah wau ini dilambangkan dengan negeri-negeri kepulauan yang dinamakan Nusantara-Kawasan yang dirantai oleh laut-laut.

Wau Bulan ini memiliki tiga teraju yang melambangkan tiga bahagian empayar Srivijaya dan tiga teraju ini diikat oleh satu tali, yang melambangkan Empayar Srivijaya ini diperintah oleh satu pentadbiran pusat.

Dalam asal usul yang lain pula, wau dinyatakan berasal dari Kembayat Negara di zaman Siti Zubaidah dan wau ini bernama Wau Lenggang Kembayat. Wau inilah yang dinaikkan oleh Pembina Empayar Srivijaya iaitu Dewa Muda. Bentuknya tidaklah seperti Wau Bulan seperti yang dinyatakan dalam asal usul di atas. Wau Lenggang Kembayat ini bentukya seperti Wau Ikan yang wujudnya sekarang ini.

Banyak lagi terdapat asal usul wau, tetapi hampir semuanya menyerupai asal usul yang telah dicatat.

Jenis wau[sunting | sunting sumber]

Wau bulan.

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

  1. Wau barat -- lihat Wau daun.
  2. Wau bayan
  3. Wau bulan -- Wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya.[2]
  4. Wau burung [3]
  5. Wau ceduk -- Wau tanpa tulang.[4]
  6. Wau daun -- Wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani.[5]
  7. Wau gubah -- Wau yang direka mengikut daya cipta pembuatnya sendiri lazimnya berunsur tumbuhan, haiwan, peralatan sosiobudaya, ciptaan sains dan teknologi dan alam khayalan.[6]
  8. Wau gubah kain -- Wau gubah yang dicipta daripada pelbagai bahan kecuali kertas.[7]
  9. Wau gubah kertas -- Wau gubah yang dicipta daripada kertas.[8]
  10. Wau helang -- Wau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan berasal dari Perlis.[9]
  11. Wau jala budi -- (Kedah) Wau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi.[10]
  12. Wau kangkang -- lihat Wau jala budi.
  13. Wau kapal -- Wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan berasal dari Selangor.[11]
  14. Wau katak -- Wau tanpa tulang.[12]
  15. Wau kikik -- Nama lain bagi wau kemetek, sejenis wau ringkat berbentuk empat segi.
  16. Wau kucing -- Wau yang bahagian ekornya menyerupai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik.[13]
  17. Wau legu -- Wau kucing yang berekor.[14]
  18. Wau lenggang kebayak -- Wau kucing yang berekor.[15]
  19. Wau merak -- Wau yang menyerupai bentuk burung merak.[16]
  20. Wau orang -- lihat Wau jala budi.
  21. Wau pari
  22. Wau payang -- Wau yang menyerupai bentuk perahu payang.[17]
  23. Wau pepek
  24. Wau sewah -- Wau yang menyerupai bentuk burung sewah.[18]
  25. Wau sobek -- Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan kaedah meretas, menebuk, melorek atau tampal-cantum bertujuan untuk dipamerkan dan bukan untuk dinaikkan.[19]
  26. Layang-layang Melayu

Cara bermain[sunting | sunting sumber]

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang juruanjung yang memegang wau dan seorang jurutarik yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Istilah[sunting | sunting sumber]

  • anjun[20] / anjung[21] (Kelantan) / lambung[22] -- Proses menjulang wau untuk naik ke udara.[20]
  • gelanggang permainan -- Tempat untuk menaikkan wau lazimnya disempadani oleh pagar, pokok, parit dan khemah di sekelilingnya.[23]
  • hulur -- Keadaan menghulurkan tali memanjangkan tali wau.[24]
  • indang -- Kedudukan wau yang dinaikkan yang terkawal dalam kedudukan 90°.[25]
  • juruanjung -- Orang yang menganjung atau melambung wau.[26]
  • jurutarik -- Orang yang menarik atau mengendalikan tali wau semasa dinaikkan.[27]
  • juruwau -- Orang yang menyediakan peralatan permainan dan padang serta perundangan wau dan juga mengetahui peraturan wau dalam satu-satu pertandingan.[28]
  • kawasan permainan -- Kawasan keseluruhan tempat pertandingan wau diadakan.[29]
  • markah dengung -- Markah yang dikira pada bunyi dengung semasa wau dinaikkan.[30]
  • markah kecantikan -- Markah yang dikira daripada aspek daya cipta, bentuk, corak, hiasan dan warna semasa wau di bumi.[31]
  • markah ketahanan -- Markah yang dikira daripada aspek berapa lama wau dapat bertahan di udara dalam jangka masa sekurang-kurangnya lima minit atau yang telah ditetapkan.[32]
  • markah ketinggian -- Markah yang dikira dari bacaan pancang meter semasa wau berada di udara.[33]
  • masuk pancang -- Kedudukan wau yang melayang tinggi yang dapat dikesan melalui pancang meter.[34]
  • ngedap[35] / selat[36] (Pahang) / selangkung[37] (Kedah, PI.) -- Keadaan wau yang terbalik jatuh menjunam.[35]
  • sarut -- Keadaan tali beberapa buah wau yang bersimpul atau bersilang di udara.[38]
  • senget -- Keadaan wau yang berat sebelah.[39]

Menghasilkan wau[sunting | sunting sumber]

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbangkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Bahagian-bahagian wau[sunting | sunting sumber]

  • belalai -- Rambu tambahan pada hujung kepala wau bulan berukuran lebih 15 cm.[40]
  • bilah ekor -- Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka ekor wau.[41]
  • bilah sayap -- Bahan daripada buluh yang diraut atau dibentuk untuk dijadikan rangka sayap wau.[42]
  • bok[43] / batang busur[44] -- Bahagian busur daripada buluh untuk menyemat tali busur.[43]
    • tali busur -- rotan atau sebagainya, yang dipasang pada bok yang boleh mengeluarkan bunyi apabila ditiup angin.[45]
  • bulan penuh -- Bulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala dan dikenali juga dengan nama labu di Kelantan.[46]
  • bulan sabit -- Ekor wau bulan yang berbentuk bulan sabit lazimnya 1/3 daripada bahagian ekor yang dikenali juga dengan nama tanduk.[47]
  • cakah -- Lebar di antara sayap dengan ekor.[48]
  • dengung (Kedah) -- Bunyi yang dihasilkan apabila wau dinaikkan.[49]
  • ekor -- Bahagian bawah wau.[50]
  • hujung tali -- Bahagian tali wau yang diikat pada tali teraju.[51]
  • kertas jagung -- Kertas nipis, berwarna surih, digunakan untuk membuat wau.[52]
  • kertas perada -- Kertas berwarna dan berkilat untuk membuat wau.[53]
  • kertas wau -- Kertas nipis, berwarna, digunakan untuk membuat wau.[54]
  • lengkok bulan -- Bahagian lengkung dalam wau bulan dari sayap dan bulan sabit ke bulan penuh, dikenali juga dengan nama cakah di Kelantan.[55]
  • paha dalam -- Bahagian dalam hujung ekor wau jala budi.[56]
  • paha luar -- Bahagian luar hujung ekor wau jala budi.[57]
  • pancang meter -- Alat untuk mengukur ketinggian wau yang dinaikkan.[58]
  • pangkal tali -- Bahagian tali wau yang diikat pada pancang meter.[59]
  • penyemat -- Buluh atau bahan lain untuk melekatkan busur pada kepala wau.[60]
    • simpai penyemat -- Tali atau rotan untuk mengikat penyemat pada bok. Apabila dipasang busur, kepala wau diapit dengan bok dan penyemat.[61]
  • rambu -- pada wau terutama di bahagian kepala dan kiri kanan sayap dan hujung ekor.[62]
    • rambu panjang - Rambu yang dipotong panjang, lazimnya diikat di bahagian bawah jerabut pendek.[63]
    • rambu pendek -- Rambu yang dipotong pendek, lazimnya diikat di atas rambu panjang.[64]
  • sayap -- Bahagian tengah wau.[65]
  • sundari[66] / busur[67] (Kelantan, Terengganu, Pahang) / senderen[68] (Selangor) -- Alat yang dipasang pada kepala wau untuk mengeluarkan dengung dan mengimbangkan antara berat kepala dengan berat ekor.[66]
  • tali adang angin -- Tali yang diikat pada sayap dan ekor wau bertujuan menahan kertas daripada tiupan angin supaya tidak koyak dan untuk mengimbangi wau dalam keadaan imbangan semerti.[69]
  • tali ikat -- Bahan daripada benang, dawai, nilon, atau sebagainya digunakan untuk mengikat rangka wau.[70]
  • tali teraju -- Tali yang diikat pada sayap dan tulang belakang untuk keseimbangan keseluruhan. Tali wau diikat pada teraju apabila wau dinaikkan.[71]
    • tali teraju atas -- Tali teraju yang diikat pada bilah sayap atas, bertujuan untuk mengimbang antara kiri dan kanan.[72]
    • tali teraju bawah -- Tali yang diikat pada teraju atas dan bilah sayap bawah. Bertujuan untuk mengimbangkan keadaan angin.[73]
      • teraju keras -- Keadaan simpulan teraju bawah yang paling bawah daripada pusat sayap.[74]
      • teraju lembut -- Kedudukan simpulan tali teraju bawah yang paling atas daripada pusat sayap.[75]
  • tali wau -- Tali daripada benang, tali tangsi, nilon atau sebagainya, digunakan untuk menaikkan wau.[76]
  • teraju dua -- Keadaan tali yang diikat pada dua poin pada wau.[77]
  • teraju tiga -- Keadaan tali yang diikat pada tiga poin pada wau.[78]
  • tiang pelilit tali -- Tiang untuk melilit tali wau ketika wau dinaikkan.[79]
  • tulang belakang -- Bahan seperti buluh, nibung, bertam, batang pinang atau bahan gentian yang dibentuk untuk batang tengah wau.[80]

Perincian wau[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Teknik pembuatan wau tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan pantang larang pemilihan buluh[sunting | sunting sumber]

  1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
  2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
  3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
  4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
  5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
  6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
  7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
  8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
  9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan buluh[sunting | sunting sumber]

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

  1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
  2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
  3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut buluh[sunting | sunting sumber]

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

  1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
  2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
  3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
  4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat bingkai[sunting | sunting sumber]

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:

  1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
  2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu.
  3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang.
  4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
  5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap.
  6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
  7. Langkah terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah:

  1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
  2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
  3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
  4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, melukis dan menyobek corak[sunting | sunting sumber]

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat:

  1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
  2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
  3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
  4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
  5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
  6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.

Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Memasang jambul atau rambu[sunting | sunting sumber]

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Jambu biasanya diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Memasang belalai[sunting | sunting sumber]

Belalai menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau.

Memasang busur[sunting | sunting sumber]

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

  1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.
  2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
  3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
  4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Malay magic: an introduction to the folklore and popular religion of the ... By Walter William Skeat
  2. "wau bulan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+bulan+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  3. Focus Ace Spm 2009 Pen.seni Visual By Kathleen
  4. "wau ceduk - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+ceduk+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  5. "wau daun - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+daun+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  6. "wau gubah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+gubah+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  7. "wau gubah kain - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+gubah+kain+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  8. "wau gubah kertas - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+gubah+kertas+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  9. "wau helang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+helang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  10. "wau jala budi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+jala+budi. Capaian 19 November 2012. 
  11. "wau kapal - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+kapal+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  12. "wau katak - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+katak+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  13. "wau kucing - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+kucing+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  14. "wau legu - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+legu+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  15. "wau lenggang kebayak - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+lenggang+kebayak+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  16. "wau merak - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+merak+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  17. "wau payang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+payang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  18. "wau sewah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+sewah+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  19. "wau sobek - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+sobek+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  20. 20.0 20.1 "anjun - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anjun+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  21. "anjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=anjung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  22. "lambung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lambung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  23. "gelanggang permainan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gelanggang+permainan+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  24. "hulur - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hulur+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  25. "indang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=indang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  26. "juruanjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=juruanjung. Capaian 19 November 2012. 
  27. "jurutarik - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=jurutarik. Capaian 19 November 2012. 
  28. "juruwau - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=juruwau. Capaian 19 November 2012. 
  29. "kawasan permainan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kawasan+permainan+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  30. "markah dengung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=markah+dengung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  31. "markah kecantikan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=markah+kecantikan+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  32. "markah ketahanan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=markah+ketahanan+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  33. "markah ketinggian - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=markah+ketinggian+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  34. "masuk pancang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masuk+pancang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  35. 35.0 35.1 "ngedap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ngedap+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  36. "selat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=selat+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  37. "selangkung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=selangkung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  38. "sarut - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sarut+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  39. "senget - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senget+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  40. "belalai - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=belalai+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  41. "bilah ekor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bilah+ekor+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  42. "bilah sayap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bilah+sayap+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  43. 43.0 43.1 "bok - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bok+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  44. "batang busur - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batang+busur+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  45. "tali busur - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+busur+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  46. "bulan penuh - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan+penuh+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  47. "bulan sabit - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan+sabit+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  48. "cakah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cakah+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  49. "dengung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dengung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  50. "ekor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ekor+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  51. "hujung tali - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hujung+tali+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  52. "kertas jagung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kertas+jagung+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  53. "kertas perada - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kertas+perada+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  54. "kertas wau - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kertas+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  55. "lengkok bulan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lengkok+bulan+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  56. "paha dalam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+jala+budi+paha+dalam+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  57. "paha luar - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wau+jala+budi+paha+luar+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  58. "pancang meter - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pancang+meter+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  59. "pangkal tali - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pangkal+tali+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  60. "penyemat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penyemat+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  61. "simpai penyemat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=simpai+penyemat+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  62. "rambu - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rambu+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  63. "rambu panjang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rambu+panjang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  64. "rambu pendek - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rambu+pendek+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  65. "sayap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayap+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  66. 66.0 66.1 "sundari - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sundari+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  67. "busur - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=busur+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  68. "senderen - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senderen+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  69. "tali adang angin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+adang+angin+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  70. "tali ikat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+ikat+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  71. "tali teraju - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+teraju+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  72. "tali teraju atas - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+teraju+atas+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  73. "tali teraju bawah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+teraju+bawah+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  74. "teraju keras - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teraju+keras+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  75. "teraju lembut - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teraju+lembut+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  76. "tali wau - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tali+wau+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  77. "teraju dua - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teraju+dua+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  78. "teraju tiga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=teraju+tiga+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  79. "tiang pelilit tali - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tiang+pelilit+tali+kesenian. Capaian 19 November 2012. 
  80. "tulang belakang - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulang+belakang+kesenian. Capaian 19 November 2012. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Pogadaev, Victor. "Svetly Mesyatz-Zmei Kruzhitsa" (My Lord Moon Kite) - “Vostochnaya Kollektsia” (Oriental Collection). M.: Russian State Library. N 4 (38), 2009, 129-134. ISSN 1681—7559

Pautan luar[sunting | sunting sumber]